Aku Kasi 2 Kupang.
July 5, 2009
This is my 2 cents.
Pada suatu masa dahulu; asalnya; tersebutlah kisah tanah semenanjung ini dihuni oleh orang2 asal tanah semenanjung. Dengan adat dan kepercayaan mereka yg tersendiri. Di suatu sudut yg lain; Parameswara bergerak dengan ahli2nya menuju ke tanah semenanjung ini.
Begitulah sedikit sebanyak asal usul yg diketahui secara umum.
Tak kurang sgt; tak lebih sgt … begitulah.
Panglima2 yg datang ke tanah semenanjung ini pernah berkerajaan. Mereka2 ini tahu siapa raja dan siapa khadam. Datang je tanah semenanjung ini lalu menubuhkan kerajaan yg yg seterusnya. Dalam filem2 P Ramlee banyak sekali diselitkan kisah2 hikayat ini.
Masa bergerak sedikit demi sedikit; tidak laju tidak perlahan; tapi semakin bertambah bijak rakyat2 marhaen yang bernaung di bawah raja2. Istilah ‘meneroka’ mula meniti di bibir rakyat marhaen yang akhirnya mewujudkan golongan peneroka. Peneroka2 ini bergerak sendirian mencari tanah2 kosong yang terdiri dari hutan2 belantara. Di ketika itu – tiada geran, tiada cukai pintu. Maka, yang meneroka mendapat tanahnya sendiri. Diteroka untuk anak, cucu dan cicit2 mereka. Di situlah yang akan disebut tanah tumpah darah mereka. Ini bermakna; jangan cuba dirampas tanah mereka. Pasti dilawan sehingga ke titisan darah yg terakhir.
Zaman Parameswara ini kelihatan segak di mata dunia agaknya. Eropah yang dahagakan tanah baru, mula meneroka Asia. Nah. Tanah semenanjung ini kelihatan menarik yang penuh dengan hasil mahsul serta khazanah isi buminya. Tongkat Ali mungkin belum ditemui pada ketika itu.
Eropah datang membawa kemakmuran sambil meneroka tanah2 di sini. Orang2 tua kita memerangi mereka. Kerana bagai yang dijanjikan – sudah pasti akan dilawan sehingga ke titisan darah terakhir. Maka, Eropah di lawan. J W W Birch dibunuh di Pasir Salak. Tak cukup dengan Eropah, geng Jepun pun datang dengan berani mati. Naik basikal menjelajah negara tanpa perlu adanya Le Tour de Langkawi.
Yang datang itu disebut penjajah – kerana mereka menjajah tanah2 warga semenanjung ini. Penjajah dihalau kerana cuba mendapatkan tanah atuk2 dan bapak2 kita. Kita diberi kemerdekaan atas tanah kita sendiri. Kita yang sepatutnya merdeka untuk melakukan apa saja di atas tanah sendiri telah diberi kemerdekaan ataupun kebebasan akhirnya. Jenayah apa ni?
Setelah penjajah bergerak keluar meninggalkan tanah semenanjung ini – peneroka menyambung warisan bapak2 tua yang meneroka tanah2 kosong. Rupa2nya ada juga tanah2 yang tidak lagi menjadi tanah2 mereka. Hutan di sebelah rumah mereka diwartakan menjadi milik pemimpin2, hulubalang2, menteri2 atau ketua2 yang ada melata di atas tanah semenanjung ini. Mereka bercakap dan berkomunikasi sama seperti aku. Sama seperti Ah Chong atau Ramu.
Rumah2 lama yang dibikin di atas tanah2 bapak2 peneroka mula dikelilingi oleh bangunan2 besar yang menjanjikan kebahagiaan ke atas rakyat2 marhaen di sekelilingnya. Geran2 belum lagi diperbesarkan kuasanya sehingga semua perlu mendapat geran. Ada yang ada, ada yang tidak. Ada pula yang bernaung di bawah institusi2 korporat yang entah dari mana datangnya. Mereka2 ini membawakan konsep ‘tanah swasta’.
Bapak2 yang telah membikin rumah2 lama bertradisi dan hasil binaan tangan2 anak cucu Parameswara dulu kini tidak dapat melihat rumah2 itu lagi. Hasil keadaan ini – persoalan tanah ini tanah siapa ditentukan dengan geran. Geran demi geran. Demi geran lagi. Yang akhirnya menimbulkan geram. Akibat geram – cucu cicit peneroka memberontak kerana tidak dapat geran. Tapi mendapat pula surat pengosongan tanah. Mereka lalu tertanya – tanah ini bukan datukku kah yang menerokanya? Jadi, mana setinggannya?
Akhirnya, inilah yang kita katakan – kera di hutan disusukan, rumah setinggan dirobohkan. Kera pun dapat makan. Yang nak mendapat rumah hasil tanah yang diteroka – tidak dapat membuktikan itu tanah tradisinya. Satu Malaysia nampak,kan? Bak kata Che Det di press conferencenya dulu.
Ya. Satu Malaysia nampak betapa bukan rumah2 tradisi ini yang dibantu. Tetapi, swasta2 yang masuk dan menswastakan tanah ini yang membangunkan bangunan secara membuta tuli tanpa diambil tahu – siapa tuannya? Ini sama macam Eropah dan geng Jepun dulu. Penat Felda teroka – tuan punya Felda dapat nama.
Apa pun … kesudahan Berembang, Pala atau beberapa nama lagi yang dikatakan setinggan sedangkan tanah yang diteroka menjadi kampung itu sudah dimasuki posmen bertahun2 – kesudahannya adalah di suara hakim. Mari kita doakan mereka mendapat hak tanah tradisi mereka. Ini bukan negara yang senang2 dijual.
Trivia : Tanah kerajaan itu – tanah siapa?