Berlagak Jadi Bos.
June 16, 2009
Wak Man Nasi Lemak.
Wak Man ni dibantu oleh seorang rakannya – aku lihat mereka sebaya maka aku katakan mereka itu mungkin
berhubungan sebagai kawan.Tugas rakannya hanyalah mengisi setiap set nasi lemak dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Mudahnya tugas itu. Dia mungkin juga dibayar untuk melakukan
tugas hebat itu.
Itu di mata aku. Apa pun, rakan kepada Wak Man ini sering dimarahi atas sebab musabab yang aku tidak nampak silapnya. Pada ketika rakan Wak Man ini mengisi ikan bilis goreng ke dalam setiap set nasi lemak itu – dia dimarahi kerana terlalu perlahan. Sedangkan tugas itu sudah pun diselesaikan dengan keadaan saiz meja
yang kecil.
Wajah Wak Man agak bengis kerana mungkin menyedari dirinya telah tersilap marah.
Kemudian apabila Wak Man sendiri tersilap mengisi intipati nasi lemak yang salah seorang pelanggan mahukan;
rakannya itu juga yang dimarahi. Nampaknya, konsep ‘escape goat’ telah diaplikasikan. Inilah beza antara
bos dengan kuli.
Makcik Nasi Campur.
Pembantu2 Makcik Nasi Campur terdiri daripada beberapa warga Indonesia dan seorang makcik yang nampaknya lebih muda sedikit dari Makcik Nasi Campur. Makcik Nasi Campur ini hanya duduk di tengah2 laluan pembantu2nya dengan hanya mengarahkan pembantu2nya pantas bekerja. Pernah juga aku minta dibungkus lauk ikan masak pedas tetapi Makcik Nasi Campur telah tersilap membungkuskan lauk yang lain. Wajahnya bertukar kerana sebelum dia tersilap bungkus itu – dia telah memarahi pembantunya kerana tersilap membungkuskan lauk kepada pelanggan. Sebenarnya, pembantunya yang betul – Makcik Nasi Campur yang salah.
Sekali lagi kuasa bos ditonjolkan. Hanya kerana jenis pangkat.
Pembantu Rumah.
Kisah pembantu rumah Indonesia terutamanya – bukanlah satu kisah baru di Malaysia. Pada zaman A R Badul dulu – Jenab adalah pembantu rumah warga Malaysia. Sekarang situasinya berbeza dengan warga asing lebih ramai menjadi pembantu rumah.
Pembantu2 rumah ini hanya kuli. Ya. Kuli batak.
Inilah keadaannya sekarang. Mereka hampir dikerahkan untuk melakukan segalanya. Malah tiada rehat untuk mereka. Ini berbeza dengan suatu ketika dulu apabila seorang tokoh negara kita telah meluahkan idea untuk menjadikan kerier pembantu rumah dijadikan satu kursus di IPT. Sekiranya ianya dilaksanakan, kerja sebagai pembantu rumah juga mempunyai waktu bekerja yang tetap. Hanya 8-10 jam sehari. Pembantu rumah bukan tinggal bersama keluarga majikan. Selepas jam 6 atau 7; dengan waktu maksimum ialah 8 pm – ibu bapa atau majikan harus berada di rumah untuk menyambung tanggungjawab wajib mereka sebagai ibu dan bapa.
Bagi aku – inilah yang harus dilaksanakan oleh kerajaan. Tahap seorang pembantu rumah tidaklah sehingga perlu mengemaskan bilik majikan. Tidak sehingga mencuci tandas. Tidak pula sehingga masak untuk keramaian. Kalau seorang pembantu rumah perlu memasak untuk 20 pek bagi satu2 kenduri atau keramaian – itu harus dikira sebagai bayaran tambahan serta perlu melaporkan kepada syarikat yang membekalkan pembantu rumah ini.
Namun, kes Nirmala dan yang seangkatan dengannya adalah merujuk kepada betapa ramai majikan kepada pembantu2 rumah ini yang bangga menjadi bos dan betul2 menjadikan pembantu rumah hanya di tahap kuli batak.
Tamat.
Itulah beberapa kisah yang sempat aku coretkan untuk memberitahu betapa ramainya rakyat Malaysia yang bangga menjadi bos dan melupakan tanggungjawab sebagai manusia. Ada yang sehingga melihatkan kuli2 ini bagaikan anjing yang tidak perlu diberi makan.
Kata2 itu tidak perlu dirasa pedas bagi yang tidak menogak satu botol sos cili. Tapi bagi mereka yang pelahap sebegitu – haruslah menyedari kita tidak selamanya di atas. Ini kerana selepas alam dunia ini – kita akan ke alam barzakh. Alam duniawi ini hanya paling lama pun setakat paling lama pun hanya 120 tahun. Akan tetapi, alam barzakh adalah lebih lama sehingga beribu tahun lamanya. Mungkin juga sebentar – kerana ia hanyalah transit untuk kita ke alam yang lebih infiniti. Maka, bagi yang bangga menjadi bos di bumi Allah ini – ingatlah, jangan terpedaya dengan kuasa di bumi.
Sekali air bah … janganlah baru nak menggelabah …