Samseng ke Mat Rempit ni? Budaya baru ke merempit ni? Kaki kong sekolah ke bebudak ni? Modestos dulu tutup pasal diorang main rembat gadis jejaka2 wira VR4 ke? Aduh. Sejarah membuktikan segalanya tapi apa benda sejarah pun dah bikin minda kelas pertengahan semua blur.

Kenapa boleh jadi blur2 ni? Macam jejaka blur Simpang 4 Teluk Pulai ke? Itu gelaran. Tak mengapa – bak kata A Rahman Hasan.

Yang jadi blur ni sebenarnya adalah kerana pemikiran warga Malaysia yang tipikal. Kita seringkali jadi lebih teruja untuk mengetahui satu punca masalah dalam masyarakat. Kalau soal bab gaduh2 – nak dicari satu point yang mesti wajib menjadi punca utama dan yang satu2nya. Kalau dibentangkan pelbagai hujah – mestinya nak juga satu point yang menjurus kepada satu pihak semata2. Langsung tidak kritis. Itu sudah jadi satu hal – akan tetapi malangnya kita seringkali juga enggan menyelidik atau juga memikirkan faktor2 lain yang terlibat.

Sebelum apa2 – kita soal dulu – ape kebende nye Rempit ni? Macam Rabuan Pit ke? Rempit dalam konteks masyarakat yang sudah biasa dengan perkataan ni – adalah merujuk kepada mat motor yang berlumba motor secara merbahaya di jalan2 awam dan melulu; yang kebanyakannya juga motor curi dan terlibat dalam kumpulan gengster. Itulah yang tidak dapat tidak didefinisikan oleh kebanyakan warga masyarakat kita.

Begitulah halnya dalam soal Mat Rempit. Yang paling mudah untuk diperkatakan adalah ini soal rohani mereka yang lemah. Mereka ini budak2 jahat yang tiada hala tuju dalam kehidupan.

Itu pendapat tipikal. Yang ramai tidak tahu – anak2 yang bijak dan terpelajar sehingga masuk IPT terbaik Malaysia juga ada yang merempit. Bukan yang hanya bermotor kapcai 70cc bertukar menjadi 120cc saja yang merempit. Mat skuter, geng motor besar … ini semua juga merempit di jalan raya. Geng kereta yang kurang2 pun bawak Kancil 650 pun merempit juga.

Seorang penghantar pizza atau burger delivery – juga berlumba … berlumba dengan masa untuk menyelesaikan tugasan penghantaran. Begitu juga dengan despatch2 di Port Klang.

Maka, kenapa hanya dirujuk kepada budak2 yang berlumba motor di tengah malam saja sebagai mat2 rempit?

Kemudian, masuk point kedua – salah mak ayah yang tidak menjaga anak2 mereka dengan baik. Betul. Aku setuju. Jadi, apa masalah yang mak2 dan ayah2 ini hadapi sehingga mereka tidak dapat mengawal anak2 mereka? Masalah rohani juga? Kalau masalah rohani – apa yang masyarakat serta pentadbir negara kita boleh lakukan untuk memperkasakan perkara itu? Adakah dengan menyiarkan rancangan drama Indonesia, Filipina atau tempatan berbentuk famili pada waktu Maghrib dapat menyelesaikannya?

Maka, salah siapa lagi? Takkanlah kes sebesar ini hanya 2 pihak saja yang menjadi faktor? Individu yang berlumba itu sendiri dan mak ayah mereka saja? Nampaknya, ini adalah kaedah tipikal masyarakat untuk lepas tangan dalam isu sebegini.

Bagaimana dengan aktiviti belia yang harus diperkasakan oleh Ketua2 Kampung? Di kebanyakan kampung – jangankan belia, orang2 tua pun belum tentu lagi tahu dan sedar siapa Ketua Kampung pada ketika itu.

Bagaimana dengan kerajaan yang sepatutnya menyedari bakat serta keinginan anak2 muda ini berlumba motor – lalu menyediakan gelanggang yang mampu mereka sewa untuk berlumba? Pengisian rohani? Jangan pula kawasan gelanggang hanya diwujudkan tandas untuk mereka beristinjak tetapi tiada surau untuk mereka bersolat. Jangan pula tiada badan pengurusan yang baik untuk menguruskan gelanggang. Sepatutnya projek sebegini lah yang akan menguntungkan masyarakat.

Bagaimana pula dengan filem2 yang ditayangkan di kaca TV atau pawagam? Macam mana dengan nostalgia kisah Roy dan kawan2nya? Adakah dengan menonjolkan watak seorang pelumba nakal yang merempit di jalan raya akan menjadikan anak2 muda sedar bahawa merempit di jalan2 awam itu membahayakan nyawa? Bagaimana dengan kisah The Fast & The Furious? Pasti ramai yang bangga dan seronok setelah menonton kisah ‘cool’ anak2 muda berlumba ni. Apa kata survey? Banyak lagi tajuk filem yang berkait hal2 begini.

Yang agak kurang diperkatakan – ialah tentang dari mana datangnya budaya merempit ni? Budaya merempit di Malaysia ni hampir sama usianya dengan budaya buli di sekolah. Ianya dilihat sebagai perkara biasa bagi orang lama yang sudah tua sekarang ini. Semuanya mula membuka cerita bagaimana di usia muda mereka melakukan semua itu – dan kemudian kelihatan ‘cool’ di mata anak2 dan cucu2.

Adakah mereka2 itu tak bersalah? Kita tanya mereka apa yang menyebabkan mereka berlumba dahulu? Tanya puncanya dan sekat faktor yang sama untuk sekurang2nya pun mengurangkan kewujudan perlumbaan haram di jalanan. Tetapi, berapa ramai orang tua yang memanggil pula anak2 muda sekarang sebagai Mat Rempit tanpa mengenangkan usia muda mereka? Bagi yang tidak melakukannya – tidak perlu tersinggung. tetapi, bagi yang memulakannya di suatu ketika dahulu – please take the responsibility. Tidak ada ’sekurang2nya’ ataupun ‘cuma’ …

Then, bagaimana pula dengan fakta bahawa kebanyakan mat2 rempit ni – bak kata masyarakat – ianya bermula dengan anak2 muda yang gagal di bangku sekolah? Maka, apa yang masyarakat lakukan untuk membantu mereka? Emm … aku rasa tak payahlah kita guna perkataan ‘masyarakat’ – besar sangat perkataan tu. Kita guna perkataan ‘org2 kampung’. So, apa yang org2 kampung sudah lakukan untuk membantu mereka?

Dot.Dot.Dot.

Untuk semua – artikel aku yang ini hanya untuk mengajak kita semua berfikir – apa lagi faktor selain dari sekatan2 jalan raya yang akan mengeluarkan berbagai saman serta cemuhan masyarakat sehingga ada yang menggelar mereka samseng jalanan. Anak2 muda jangan dicabar begitu. Mereka salah – ya … mereka salah. Tapi mereka bukan komuniti yang akan memikirkan punca mengapa mereka jadi begitu walaupun kita sedang menerangkan di hadapan mata mereka sendiri.

Maka, kita lah yang harus peka dan terus menyelidik faktor mengapa mereka jadi begitu dan seboleh2nya sekat atau betulkan kesilapan yang selama ini kita sudah lakukan.

Bagi ibu2 dan bapa2 moden yang membiarkan anak2 mereka bersama kawan2 di dalam bilik mereka bermain Playstation – jangan sekadar pantau. Tetapkan prinsip dalam diri mereka dengan mengajar mereka memilih permainan video yang tidak mengajar mereka menjadi ‘cool’ dan ‘american. Susahlah anak2 kita di masa depan sekiranya itu yang diajar ibu bapa moden …

Leave a Reply