Taiping : Simpang : KL

April 4, 2009

Semalam dah mula dah. Najib Tun Razak sudah naik ke pentas dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Taiping kini semakin popular. Dulu kalau aku sebut Taiping – semua tanya apa ada di Taiping selain Taman Tasik dan Bukit Maxwell. Kalau aku sebut Bukit Larut – hagham diorang nak gheti. Semenjak dua menjak ni pun ghamai dah mula nak main huruf ghain. Ketegaq laa, ayaq laa … dan yg paling penting sekarang Taiping sudah menjadi pusat kebanggan negara. Iaitu pusat pengundian bagi PRK Bukit Gantang – bagi mencari ahli Parlimen baru.

Ada yang masih tak henti henti bertanya kepada aku – apasal kita nak kena mengundi dan amik tahu hal politik ni? Tak kurang jugak yang kata – asalkan aku solat semua cukup – sapa pun yang jadi wakil rakyat, aku tak kisah.

Hmm … kalau di Indonesia nu – orang sana bilang PEMILU. Pemilu ni maksudnya Pemilihan Umum. Pilihanraya la tu. Kita di Malaysia ni benda yg besar2 semuanya raya. Jalan besar pun jalan raya. Balai besar pun balai raya. Nak kena pilih orang besar sesuatu kawasan pun pilihanraya. Takpa laa …

Anyway, ni yg bertanya kenapa nak amik tau hal politik ni – aku tanya apa depa paham pasai pilihanraya dan politik ni? Susah sangat ke nak paham ni? Besar sangat ke hujah untukj menerangkan apa itu politik dan pilihanraya? Kena guna istilah2 seperti fiskal dan downturn ke untuk bagi org ramai paham?

Aku ulangi pandangan aku yang aku rasakan betul. Kalau ada yang nak kata salah – buat pandangan sendiri. Aku tak kisah asalkan anda paham apa itu politik atau pilihanraya.

Politik kalau ikut Merriam-Webster Online punya dictionary katanya pemikiran taktikal dalam mentadbirurus, pemuslihatan atau memimpin. Itu definisi politik mereka. Politik bagi org melayu pulak – adalah PAS vs UMNO, DAP vs UMNO etc.

Inilah masalahnya bila politik hanya dilihat bab parti politik semata. Dalam satu keluarga pun ada politiknya. Selagi kita perlu mentadbir sesuatu – kita berpolitik sebenarnya. Apa masalah kita untuk pandang jijik terhadap politik? Yang mengotorkan politik negara adalah mereka yang kotor dan jijik diangkat menjadi pemimpin. Maka riba juga dikatakan baik.

Politik lebih merujuk kepada ‘bagaimana kita dipimpin’. Hubungan ahli politik dan rakyat adalah hubungan pemimpin dan rakyat. Bagaimana mereka memimpin kita adalah sesuatu yg politikal. Tetapi … mereka yg bernama Muslim ini tidak dapat lari dari memimpin menggunakan kaedah yang dianjurkan Islam.

Hidup kita tidak lama. Jauh lebih sekejap berbanding manusia di zaman Rasullullah. Dan Allah SWT juga telah mewartakan bagaimana kita harus menjalani hidup kita yang singkat. Seorang pemimpin harus menyedarkan semua ini kepada pimpinannya. Beritahu mereka bagaimana kita harus bersama sama menjalani hidup yang singkat ini. Selesaikan semuanya. Dengan ibadahnya; tak kiralah rukun Islam yang lima ataupun belajar di institusi pengajian atau berkahwin. Semua ini sepatutnya diajar oleh pemimpin kita mengikut jalan yang benar. Jangan diputar belit dan menyusahkan. Gunalah Al Quran dan Hadith Rasul sebagai panduan. Bukan buku demokrasi semata. Dalam Islam juga sudah ada demokrasi. Gunakanlah ia sebagai rujukan.

Sesudahnya, bagaimana pula dengan pilihanraya. Di Malaysia – inilah caranya kita memilih pemimpin. Setiap seorang rakyat yang sudah cukup umur katanya wajib untuk mengundi. Siapa ahli di peringkat negeri dan parlimen. Kita pilih kerana kita mahukan mereka mewakili suara kita. Tapi kebanyakan kita lebih suka menabung 50 sen kepada AF dengan mengundi bakal artis pilihan mereka yang tidak akan membawa negara ke mana2. Alih2 paling kuat pun jadi model atau DJ radio.

Jadinya, kalau kita tidak mengundi kerana kita tidak mahu – manakan kita ada hak untuk mengomel tentang kenaikan harga barang atau jalan raya tidak diperbaiki. Sebab kita pun tak mahu memilih siapa pemimpin kita. Maka, siapa pun yang jadi wakil rakyat – kita kena terima lah saja. Melainkan yang mengundi org lain tetapi yang naiknya org lain.

Apa pun – sekurang kurangnya kita mahu seseorang memimpin kita. Dan sudah tentulah kita mahukan yang memimpin pula – memimpinlah cara baik. Kalau dianya Muslim – lagi mudah untuk kita beritahu supaya beliau memimpin bagaimana.

Taiping memang indah. Indahnya Taiping sehinggakan kebanjiran warga asing juga sudah jauh berbeza berbanding tahun2 90an. Bukit Gantang atau Trong atau Larut Tin … semuanya kawasan kampung yang rata penduduknya masih di taraf miskin sekalipun mereka mepunyai kereta Waja Campro.

Untuk P059 – aku harap mereka yang layak mengundi, keluarlah mengundi. Kalau benar Ismail Saffian itu bagus – undilah dia. Kalau benar Haji Nizar itu bagus – undilah beliau. Kalau kata yg wakil Bebas itu lebih benar – pilihlah beliau juga. Tetapi, yang penting – mengundilah.

Kini, negara mempunyai PM yang baru – yang nampaknya gagah memimpin. Semua kes2 yang kalau disebut nanti dikata subjudis … mungkin tertinggal di belakang. Apa pun – jangan pula Pak2 Menteri yang baru terlupa – kami rakyat mahukan kehidupan yang sepatutnya senang dan bukannya terbeza antara si Mewah dan si Melarat.

Leave a Reply