Baca dengan teliti.

Ini adalah Karangan untuk Peraduan “Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas” anjuran Hasbullah Pit.

Aku banyak jugak menjerumuskan diri membaca kisah2 hikayat abang2 otai blog domestik yang lain. Aku terkejut jugak ada seorang lagi yang ditahan selain dari Brother Pet. Apalah nasib suara rakyat.

Yang ini lain sikit – En. Hasbullah Pit dengan duit terpijaknya mengajak bloggers lain bercakap soal Emas dan pengeluaran Wang KWSP untuk membeli emas. Gold and how to purchase gold thru’ KWSP.

Ini pertama kali aku melangkah ke rumah orang dan diberi duit hanya dengan menulis. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada abang Hasbullah kerana menganjurkan program sedemikian rupa. Insya Allah – ada rezeki kita semua. *sNyuM_ujuNg_tLinGa*’

Emas. Emas. Emas.

Awal tahun 2007 – aku menyulur mencari sesuap nasi akibat kejatuhan saham hidup. Biasalah bila mana duit terbang begitu saja. Alkisahnya panjang tetapi dihujungnya silap sendiri juga. Apa pun, perbandingan emas dan wang ini aku dengar pada waktu tersebut. Keluarnya dari ajakan seorang rakan yang menyertai satu MLM ini.

Aku yang penuh pengalaman dengan 3 MLM ini diajaknya mendengar ceramah bisnes tatkala aku makan pun tak menentu. Namun, di situlah aku mendapat ilham memerhati keberkesanan wang dan kepenggunaan emas dalam jual beli. Malah yang aku dengar dari ceramah itu – emas disimpan kerana harganya tidak jatuh maka, boleh dijadikan seperti satu property yang sangat2 menguntungkan.

Kalau rumah tidak boleh jatuh harga – aku pernah menyaksikan Palm Spring@Sunway Damansara dibeli dengan harga RM 170K – jatuh sedikit harganya walaupun harga patut adalah lebih dari RM 200K. Tapi, emas disebut sebagai satu pelaburan yang lebih baik dan selesa. Begitulah ceritanya. Itu awal tahun 2007.

Kini isu dari abang Hasbullah pula – membeli emas melalui KWSP. Terjojol juga mata aku kerana tidak pernah mendengar ataupun melihat pernyataan ini. Nyata sekali kita boleh mengeluarkan wang kita sendiri yang dicarum itu untuk membeli beberapa aset seperti rumah, tools seperti PC ataupun membuat pelaburan seperti yang dianjurkan Public Mutual. Kini emas juga melangkah setapak.

Seandainya boleh, itulah yang aku cari supaya pelaburan jangka panjang aku akan membuahkan hasil dengan risiko yang rendah. Aku tidak pasti apakah tunjang konsep pengeluaran wang KWSP untuk pembelian emas itu. Tetapi, di sudut sendiri aku melihat emas sekiranya boleh dibeli melalui KWSP – akan menjadikan setiap warganegara Malaysia sudah mempunyai pelaburan yang tetap. Sekurang2nya bukanlah sepenat menunggu buah ASB jatuh ke riba. Nak keluarkan pun kesian.

Dalam kegawatan seperti ini – mungkin ianya boleh dipajakkan secara Islam atau juga dijual untuk mendapat sedikit keuntungan yang boleh digunapakai untuk hidup. Kirakanlah penggunaan petrol selama seminggu dan nilai gadaian emas yang boleh diperolehi sekiranya sekarang kita mempunyai aset itu. Banyak yang boleh disenangkan selain dari kereta sendiri.

Aku juga dari sat sudut lagi percaya KWSP, dengan wang pekerja yang dicarum perlu digunakan untuk menyenangkan rakyat negara kita yang sering ditekan oleh *ops*. Gaya hidup yang perlu ditukar mungkin pelaksanaan kaedah caruman KWSP. Mungkin perlu dikurangkan buat sementara waktu. Wang seratus lebih adalah amat memberi kesan sekiranya dipotong buat masa ini. Maka, bantuan pengeluaran wang rakyat sendiri untuk membuat pelaburan ataupun pembelian aset2 dengan kerenah birokrasi yang kurang dari kaunternya – amat berguna sekali.

Itupun kalaulah KWSP mempercayai hakikat pencarumnya perlukan pelaburan emas demi masa depan!

3 Responses to “Emas,KWSP & Encik Hasbul.”


  1. [...] Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+ [...]


Leave a Reply