Ping Pong Pelbagai Bucu : Acara Nasional.
July 4, 2008
“Just Follow Law”
Filem dari Singapore ini adalah arahan Jack Neo – dilakonkan oleh Gurmit Singh dan Fann Wong selaku teraju utama. Filem ini sangat menarik memandangkan keadaan yang ditonjolkan dalam pelbagai babak – sangat2 dekat dengan apa yang berlaku kepada rakyat terbanyak, terutamanya di Malaysia. Tapi, filem ini bukanlah produk orang kita. Tapi, aku cadangkan untuk kita menyedari setakat mana pengetahuan kita tentang apa yang berlaku dalam negara kita – tontonlah filem ini. Di YouTUBE pun ada!
Pada ketika ini, interest rakyat bercampur baur dengan sangat2 menonjol. Dapat kita lihat pilihan isu yang diikuti oleh mereka yang sedang hidup senang dengan pendapatan yang stabil, isu mana pula yang dipilih untuk diikuti oleh rakyat yang rasa sangat susah untuk meneruskan sehari2 kehidupan, apa pula isu yang lebih diikuti oleh anak2 muda hari ini dalam lingkungan 17 tahun ke awal 20-an. Naruto atau Rakan Muda?
Kalau bercakap soal CYC pun, bukan semua akan tertarik dengan isu ini. Biarpun ia melibatkan wang berjuta2 – namun ia bukan isu nasional agaknya bagi sesetengah orang. Begitu juga dengan isu keruntuhan akhlak remaja yang saban tahun dibincangkan – bukan semua berminat dengan isu ini. Lain pula dengan isu minyak, tak kira petrol ataupun kelapa sawit – ramai yang muncul dengan berbagai hujah yang diperkuatkan lagi dengan memberi bukti dari mana punca info mereka. Tapi, di hujungnya masih lagi tidak dapat dibuktikan kesahihan info tersebut kerana isu harga minyak adalah sesuatu yang bukan even 50% atau 80% telus.
Tambah lagi dengan isu ping pong yang menjadi acara nasional hari ini – iaitu Anwar vs Najib vs Pak Lah vs Altantuya vs Musa Hassan dan vs bermacam2 lagi – juga bukan menjadi tarikan serata negara. Tapi, bila diberitakan kerajaan Bush di Amerika memberi pandangan kepada kerajaan kita berkait isu Anwar, melatah juga ye.
Bagi aku, Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir dulu sudah mendapat tempat dalam masyarakat dunia. Sama seperti mana kita ingin mengetahui keadaan di Brazil, China, Peru, Sepanyol dan sebagainya. Masyarakat dunia juga tak kurang yang tahu serba sedikit mengenai Malaysia – ingin lebih tahu lagi apa yang terjadi dalam negara kita. Bukan tiada orang Malaysia yang membeli produk Prada, Abercrombie ataupun Mercedes. Maka, apa yang kita nak terkejut dengan suara Amerika itu?
Mungkin ianya menjadi isu bila pihak ‘polis dunia’ itu bercakap isu Anwar. Betul. Ini adalah isu dalaman negara kita. Tapi, bukan mereka tidak pernah bersuara berkenaan isu sodomi Anwar ketika 1998 dulu. Bukan hanya warga Malaysia yang dilibatkan dalam kes sodomi 1998 itu. Hanya rakyat yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya akibat pihak ‘SIRIM berita’ yang mengehadkan tinta wartawan. Akibatnya, rakyat yang dahaga – mula melayari Internet untuk berita yang lebih terus dan telus.
Amerika pernah bersuara ke atas negara kita, bukan saja negara lain di dunia ini. Dalam hal ini, mungkin mereka melihat soal hak asasi ataupun bermacam lagi alasan mereka yang high-class. Kita, rakyat Malaysia sudah tentulah tidak mahu pakar ping-pong acara dunia ini untuk campur tangan dalam hal negara kita. Tapi, kepada Encik Syed Hamid Albar – dari mana datangnya dakwaan Anwar menjadi pengadu kepada pihak Amerika? Inilah satu contoh statement yang akan membuatkan rakyat kucar-kacir.
Sekiranya majoriti rakyat tidak sukakan Anwar – biarkan mereka tidak sukakan kerana peribadi ataupun karektor Anwar sendiri. Jangan kerana mereka disogokkan dengan info yang tidak sahih. Biar saja mereka benci melihat Anwar makan nasi beriani di Dubai. Itu hak mereka. Tapi bukannya dengan pukulan statement longgar dari mereka yang bergelar pemimpin.
Acara hari ini dikatakan Tun menala bola ke arah Pak Lah, seterusnya dipukul kepada Anwar, dipukul keras terhadap Najib yang kemudiannya menghantarnya semula kepada Anwar, Anwar mengalihkan pukulan kepada Pak Lah, Pak Lah cuba bermain rally dengan Tun, Tun menghantar secara drop shot kepada Anwar, tetapi diangkat dengan baik dan dihantar semula kepada Pak Lah, Tengku Razaleigh pula muncul mengambil bahagian lalu Pak Lah menghantar bola kepada Tengku. Tengku yang sudah bersedia sebelum masuk gelanggang – membalas semula kepada Pak Lah. Penyokong masing2 mula menjerit2 untuk memberikan tekanan terhadap pemain lain yang dilihat bermain helah. Pak Lah mengajak Petronas dan Hassan Merican yang menjadi wakil, masuk bersama untuk dia hantar bola ping pong tadi. Orang Besar 3 Pangkat Bermisai itu menghantar kepada Pak Lah semula tapi dalam keadaan berhati2 serta bagaikan dalam sesi latihan. Pak Lah hanya menghantar, juga secara hati2 dan berhemat kepada Najib, tapi disekat oleh Saiful Bukhari untuk dia turut serta (sama ada secara terpaksa ataupun sukarela) dan tiba2 memukul smash terhadap Anwar. Namun, tenaga muda 23 tahun tidak dapat menggertak pertahanan Anwar yang lebih berpengalaman sukan, lalu dikilasbnya secara biasa tetapi sedikit keras tehadap Najib. Najib yang sudah sekian lama relax kini diserang pula oleh Anwar tetapi bola itu juga melantun dari pemukulnya menuju kepada Ghani Patail dan Musa Hassan yang selama ini memang wujud dalam acara tersebut. Setelah itu, acara kini makin gamat bersambung …
Inilah antara ulasan sukan bak Zainal Abidin Rawop yang dapat aku bingkiskan dalam pemerhatian aku.
Realitinya, aku agak sedih melihat wujudnya pandangan2 rakan yang terlalu yakin dengan info mereka berkaitan dengan mana2 player di atas. Ada yang warga UNITEN – tahu2lah mereka berbicara tentang siapa. Ada yang dari PKR, Pekan di Pahang, warga kementerian di Putrajaya … masing2 mengeluarkan hujah. Aku bertanya juga, dari mana datangnya hujah2 tu?
Antara jawapan popular, “Aku tahulah … “, “Takkan la tu pun ko tak boleh fikir?”, “Member/Pak Cik/Mak Sedara/Adik aku kerja ngan diorang, tahulah … “, Suratkhabar ada cerita ape … “, “Ayah aku orang politik, dia la cerita …” … Semua jawapan2 yang aku dapat menunjukkan hujah asal ataupun ketegasan kebenaran maklumat itu bukan di tangan mereka. Tidak pula menggunakan ayat, “Setakat yang aku tahu … “, “Dari hasil bacaan aku …”, “Berdasarkan kata orang, yang aku dengar …” … dan diakhiri dengan, “Wallah hu’alam bissawab.”, “Tapi, itu setakat yang aku dengar.” atau “Ini just nak kongsi info dengan ko je. Bukanlah info ni final.”
Kita hanya penonton, yang tidak memegang kayu pemukul bola seperti players yang di depan mata kita. Semasa rehat, memang masing2 mengatakan yang si polan main tipu, pukulan si anu salah dari segi rule. Takkan nak timbulkan kesalahan sendiri.
Ini juga aku tujukan kepada isu Anwar – walaupun aku adalah salah seorang yang menyokong perjuangannya!
Akan tetapi, itu cuma perumpamaan sinis yang aku timbulkan untuk kita melihat apa sebenarnya yang berlaku kepada negara kita hari ini sehinggakan negara seperti Amerika rasa terpanggil untuk memberi pandangan. Apa yang berlaku sebetulnya adalah apa yang berlaku di lapangan itu sendiri. Kita semua kena tahu bahawa setiap inci isi kes2 yang berjalan termasuk isu harga minyak, tidak telus kepada masyarakat. Maka, jangan terlalu bertegas bahawa info yang diperolehi dari kawan2 dan bukan terus dari pembuat kenyataan adalah benar. Kalau nak bercakap tentang apa sikap Saiful Bukhari -dengar terus apa kata dia. Nak tahu apa sebenarnya dakwaan Anwar – dengar SEPENUHNYA dan bukan sikit2 suara Anwar bercakap tentang dakwaannya. Inilah caranya.
Jadi, jangan malu untuk memerhati dewan rakyat, dewan negara, ceramah politik, tazkirah, statement terus dari individu terlibat dan bukan wakilnya saja. Jangan kita dengar anak jiran membuat kenyataan bahawa ayahnya nak membeli kereta Mercedes dan disebarkan tanpa bertanya secara terus kepada ayahnya (kalau nak menyibuk hal orang la).
Isu sodomi Anwar adalah bukan hal kita sebenarnya, ianya tidak perlu menjadi muka depan akhbar. Yang menjadi isu dalam kes itu adalah ketelusan serta kejujuran dan kebenaran yang ditegakkan oleh badan kehakiman serta pak polisi kita. Itu yang menjadi isi untuk kita bincang di kedai2 kopi. Bukannya, Anwar ‘menyodom’ atau tidak. Bukannya Najib ada hubungan seksual dengan Altantuya atau tidak. Bukannya Saiful dibuang UNITEN atau tidak.
Kalau ada yang ingin menjadi pengulas acara ping pong itu – silalah. Tapi, jangan menyebarkan berita2 yang tidak dibuktikan sahih cerita, hanya bunyinya betul saja. Soal harga minyak – biarlah yang memecahkan ceritanya adalah dari kalangan ahli politik seperti MP sendiri di mana mereka mempunyai akses kepada setiap inci isi kandungan sudut mana pun dalam Petronas dan kerajaan. Yang penting, mereka mesti membuktikan dengan statement yang ada asas berbanding hanya bercakap secara semberono.
Begitu juga halnya dengan isu kontrak sosial – yang layak bercakap mengenainya adalah ahli politik yang secara langsung berkait dengan isu itu. Mereka perlu menyalurkan cerita secara tepat kepada kita. Bila diberitahu adanya warga Bar Council yang berbicara tentang isu itu – biarlah kita yang menghadiri program tersebut untuk kita ebrcakap tentang apa yang mereka bicarakan. Jangan kita berbicara sedangkan kita tidak berada di sana!
Acara ping pong ini memang sejak dulu lagi menjadi rally yang agak panjang. Hanya Tun yang pernah menjadi pemukul smash yang berjaya memperolehi satu mata hasil pukulan mautnya terhadap Anwar. Pada ketika itu yang tinggal hanya pemain gantian dan penyokong Anwar yang terus menyokongnya. Tapi ada pula pemain gantian yang sudah beralih arah dan tag team dengan pemain lain! Kasihan.
July 4, 2008 at 3:29 pm
Kini politik dah jadi kerjaya. Ahli politik berkerja untuk jadi pemimpin, bukan lagi berjuang. Dan kini sesetengah individu menanam dalam diri anak mereka untuk menjadi seorang pemimpin esok hari untuk hidup senang. itulah hakikat. Bila dicuit skit mulalah melenting… mulalah tunjuk kekuasaan, demi menjaga periuk nasi sendiri. Yang berjuang untuk bangsa dianggap pelampau. Hancurlah bangsa kita kalo benda macam ni tak terbendung. Anak cucu nanti taktau la camne.
July 4, 2008 at 4:40 pm
Salamz.
Pendapat tu tak dapat disangkal lagi, Zul. Aku sendiri memang setuju bila kita katakan remaja hari ini lebih bijak. Yangm uka pecah rumah, mat dadah pun boleh berbahasa inggeris, tahu untuk operate PDA – tapi etika tu dah ke mana. Aku tak maksudkan teruk sangat mak bapak hari ni tak tau membentuk anak2. Tapi, itu adalah hakikat – kalau pun tak teruk – maka, ada satu dua ruang yang perlu dibentuk semula dan diberi perhatian oleh mak bapak moden ini untuk meletakkan jalan remaja hari ini ke landasan yang sepatutnya!
Chiowz.
July 8, 2008 at 11:21 am
Buat semua pemimpin yang berkuasa,ingatlah bahawa setiap yang kamu yang berkuasa menjadi pemerintah akan disoal oleh Allah tentang pemerintahan sepnajang kamu berkuasa.Adakah pemerintah itu adil atau sekadar berkuasa seperti Firaun Latnatullah??cari lah pemimpin yang benar2 memperjuangkan dan menengakkan agama Allah dimuka bumi ini
July 8, 2008 at 11:33 am
Salamz.
Ya.Itulah peringatan yang sepatut2nya kepada para pemimpin kita!
Chiowz.