Berkumpul Untuk Apa?
July 2, 2008
Masa aku masih lagi di bangku sekolah menengah – aku terdengar suara Reformasi di hometown aku. Gegak gempita suara2 yang mengalunkan “Reformasi!” di sekeliling kota. Itulah tahun 1998/99. Di saat2 akhir aku dibangku sekolah.
Bila kita tonton berita juga – kita banyak berdepan dengan berita2 kekecohan yang berlaku di negara2 luar bekenaan tunjuk perasaan. Tapi, kita dah lali dengan berita tunjuk perasaan di luar negara. Bagilah nama apa pun – tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan, himpunan rakyat … semuanya bisa disabitkan dengan apa yang dikatakan Reformasi dan apa yang ditonton di kaca TV tadi.
Baru2 ni tatkala aku terbaca suara2 rakyat di muka suratkhabar – aku terbaca macam2 komen tentang protes dan demonstrasi jalanan ni. Ada yang kata bukan budaya kita, ada yang kata ini akan menjatuhkan maruah negara, ada yang kata merugikan kerana banyak premis terpaksa ditutup, ada yang kata membahayakan nyawa orang lain. Banyak benar negatifnya tentang tunjuk perasaan ini.
Aku tertanya2 selalu tentang demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Habis tu menindas orang lain tu budaya rakyat Malaysia ke? Menyembunyikan fakta sebenar adalah budaya kita ke? Cubalah kalau kita terpaksa membayar RM 100 sebulan kepada pihak sekolah untuk setiap orang anak kita tanpa diberitahu apakah fungsinya bayaran tersebut – melenting tak? Andai kata pula ahli keluarga kita sakit tenat tetapi pihak hospital mengenakan bayaran – tak payah banyak la, RM 10K saja – tetapi menyembunyikan fakta tentang sakit saudara kita tu, melenting tak? Tertanya2 tak? Ataupun paling mudah – kalau kita reload RM10, tetapi selepas itu tidak pasal2 semuanya dipotong oleh syarikat talian prabayar tersebut. Mesti kita nak hubungi customer service syarikat tersebut dan sekurang2nya ingin mengadu kesilapan pihak mereka. Tapi, kalau mereka kata tiada apa yang boleh dilakukan kerana mereka mendakwa kita ada melanggan salah satu value-added services mereka sedangkan kita tidak pernah berbuat demikian – marah tak? Kita juga akan melenting.
Kita juga ada sifat sabar dan tidak sabar. Yang mengatakan sebegitu buruknya demonstrasi jalanan ini adalah kerana mereka mempunyai sifat sabar akibat mereka tidak merasai apa yang orang lain rasa. Satu orang melenting – kita mudah juga meleraikan. Tetapi, sesuatu yang ramai tidak faham – demonstrasi ke, tunjuk perasaan ke – itu adalah himpunan lebih dari seorang punya api kemarahan. Sebenarnya sama saja andai seorang diri pergi menghantar memorandum Bersih ke istana. Tapi, bila ramai yang marah – itulah terjadinya himpunan rakyat (terms yang paling sopan).
Manusia juga bila dalam kumpulan, tak semua yang berani bersuara lantang untuk membuat komen. Tapi, bila mereka lihat adanya orang lain yang bersuara dan selamat je tanpa sebarang tindakan dikenakan ke atas yang mengomen – barulah diri tu terasa menyesal tak cakap. Rakyat Malaysia juga macam itu. Dalam hati marah, tapi diam dan siap ada yang being hipokrit. Bila rakan menyebut tak marah dengan sesuatu keadaan yang dia pada asalnya marah – dia pun jadi tak marah. Menyokong. Tapi, bila duduk seorang diri ataupun bersama rakan2 yang marah, barulah nak kembali kepada hujah yang jujur dari diri sendiri.
Fungsi badan2 yang mengajak rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi ini bukan untuk mengajak sesiapa saja untuk menyertai perarakan menghantar memorandum itu dan ini. Ada beberapa aktiviti diselitkan biasanya sambil2 itu. Seperti di Amcorp Mall nanti ada ceramah, pameran, persembahan nyanyian dan puisi dan sebagainya. Terpulang kepada sesiapa yang pergi menyertai himpunan itu. Sama ada hanya untuk menonton persembahan puisi dan nyanyian ke, hanya nak melihat pameran ke … terpulang. Mungkin hanya untuk mengetahui apa sebenarnya isi kandungan himpunan itu. Itu saja. Tak perlu nak berarak sekali seandainya roh tidak bersama perjuangan semasa berarak itu.
Ini juga perlu disedari oleh remaja2 yang hanya membuta tuli tanpa mengetahui sekurang2nya basis perarakan tersebut. Jadilah seperti perarakan pada hari Merdeka di peringkat sekolah atau hari sukan. Tak perlu berarak kalau sekadar nak huha2 menjerit “Turun, turun!” tanpa mengetahui tujuannya. Cumanya, yang tidak turut berarak tidak perlu nak menghina yang berarak tu. Mereka juga rakyat Malaysia – dan mereka adalah golongan yang terasa ditindas. Kalau 60 000 orang yang turut berarak maknanya 60 000 lah yang rasa tertindas. Kalau sejuta – sejutalah yang berkongsi rasa dan kondisi yang sama.
Begitu juga sekiranya kita nak kata tunjuk perasaan ini hanya akan menjatuhkan maruah negara dan pelancong akan lari. Kalau begitulah keadaannya, negara2 Eropah dan Amerika takkan dapat melihat pelancong ke negara2 mereka. Sebab merekalah yang paling banyak tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan untuk menghina Bush pun ada. Ini bukan fenomena pelik sebenarnya. Ia adalah sama dengan keadaan seorang yang sedang marah. Masalahnya, kalau seorang – dia tiada kuasa untuk mengubah apa2. Tapi, bila dah ramai – sehingga menjadi demonstrasi … di situlah letaknya kekuatan untuk mengubah apa yang pincang.
Jadinya, untuk remaja2 yang ingin turut sama berarak berdemonstrasi – aku nasihatkan baca betul2 tujuannya perarakan tersebut. Pastikan diri tu tahu bahawasanya sebagai contoh himpunan ahad ini adalah untuk menentang kenaikan harga minyak. Maka study tentang kenapa kita menentang kenaikan harga minyak. Banyak sangat ke? Itu satu bab.
Rakyat Malaysia yang lain pula yang mana memberi gambaran buruk terhadap demonstrasi jalanan – silalah hentikan kutukan tersebut. Be in other people shoes before nak judge apa2. Macam yang aku cakap sebelum ni – bukan anak kamu yang diculik atau dirogol. Bukan gaji kamu yang cuba dibahagikan dua kali bayar. Bukan kamu yang terbeban dengan teruk akibat kenaikan harga minyak. Sebab itulah, kamu boleh mengatakan itu bukan budaya kita. Bila kerajaan memaksa rakyat menerima tekanan, kerajaan juga wajib menerima tekanan rakyat yang marah.
Keganasan bukan budaya rakyat Malaysia – yang ini ada benarnya. Sebab itulah perarakan Bersih tidak langsung memecahkan premis2 perniagaan seperti di Sepanyol baru2 ini. Kita berjalan dengan tertib bagaikan sedang berarak keluar dari panggung selepas wayang tamat. Kita berarak seperti sedang keluar dari masjid selepas solat Jumaat. Ganas2 ni bukan budaya kita. Kalau berarak itu kemudiannya dibalas dengan pancuran air sehinggakan mencederakan yang menyertai perarakan – yang itu barulah ganas. Nak tahu bagaimana keadaan berarak – pergi lihat sendiri sama ada menakutkan atau tidak. Kalau yang berarak masih boleh senyum kepada orang yang di sekeliling – di mana ganasnya?
Ingatlah, sebelum merdeka kita perlu memberontak dengan berarak keluar untuk protes. Itu bukan budaya kita kah? Memang itu bukan budaya kita – tapi itu adalah budaya orang yang tertindas. Kita tidak akan melakukan demonstrasi jalanan sekiranya kita tidak tertindas. Maka, yang berpuluh2 ribu keluar itu – itulah mereka yang tertindas dan marah dengan apa yang kerajaan lakukan kepada mereka. Kamu yang tidak marah dengan kerajaan – it’s ok for you to stay at home or go shopping. Kita tak ganas dan menyerang mereka yang sedang membeli belah. Yang berarak ada laluannya dan telah diumumkan laluannya pula.
Maka, soalannya berkumpul itu untuk apa? Baca semula penerangan ini untuk jawapannya …
July 3, 2008 at 12:31 pm
Aku pun Marah gler ngan Kerajaan ni……buttakleh lebey or nampak sangat coz aku kerja ngan anak syarikat kerajaan.
July 3, 2008 at 1:50 pm
Biasala anod…=] caKap-caKap lebih pun nanti dilesingnya kita ni. Yang tak boleh nak luahkan lebih2 tu … just berdoa kepadaNya semoga dia buahkan kejayaan pada kawan2 kita yang bertindak. Yang sampai maki hamun tak pasal2 tu or hentam membuta tuli – kita tak perlu nak support. Tapi, yang ada hujah dan menentang secara bertegas dengan pendirian sendiri secara terbuka – dan ada saluran untuk menentang tu – kita doakan mereka berjaya! =]