Made in Malaysia!

May 6, 2008

Produk Malaysia.

Kalau dulunya – bila dikatakan barang local, semua nak mencemuh mengatakan tiada standard. Tapi adakah produk2 keluaran luar itu terbaik dan harga yang berpatutan. Adakah bila batik diimport – baru akan dapat dikatakan hebat.

Aku tertarik dengan isu produk tempatan sejak kecil lagi. Antara beberapa sebab mengapa aku lebih suka membeli produk tempatan adalah kerana ia jauh lebih murah. Adakah murah itu bermaksud tiada kualiti? Siapa yang dapat memastikan kualiti barangan tempatan ini? Pembeli dan kerajaan.

Kalau aku keluarkan produk A. Aku ada 100 pembeli – hasil keuntungan dari 100 jualan tersebut boleh aku gunakan untuk menambahbaik produk aku. Aku mungkin boleh perhebatkan lagi produk A di samping mengeluarkan pula produk B. Ini akan menjadi tonik untuk aku terus maju dalam perniagaan.

Kerajaan pula perlu memastikan usahawan2 seperti aku mengekalkan kualiti produk yang baik dan kalau boleh menambahbaikkan lagi. Tanpa sebarang proses yang haram seperti rasuah – penguatkuasaan ke atas usahawan seperti aku akan menjadikan aku semakin berdayasaing dengan produk luar.

Itu adalah contoh yang menguatkan pendapat aku tentang betapa pembeli dan kerajaan adalah pemangkin kepada kejayaan produk2 tempatan.

Aku juga suka membeli produk tempatan kerana aku tahu ke mana aku perlu pergi untuk membuat komen dan aku tahu siapa orangnya yang memasarkan produk2 ini. Ada lagi pembekal dan peniaga berada 2 takuk di atas aku sebelum produk tu sampai kepada aku. Sekurang2nya kalau produk tempatan – apa sekalipun, syarikatnya ada dalam negara. Dan itulah pejabat induk syarikat tersebut – senang untuk aku mengetahui bagaimana proses pengeluaran produk2 tertentu. Tapi, itu jikalau aku ada isu2 besar untuk diunjurkan kepada syarikat2 pengeluar produk.

Satu lagi – aku sukakan produk tempatan kerana aku juga ingin berjaya seperti mereka dalam bidang perniagaan. Hari ini aku membantu perniagaan mereka dengan membeli produk keluaran mereka – satu hari nanti andai aku terbit dalam lapangan perniagaan, ada pula yang membantu perniagaan aku. Insya Allah.

Apa yang menarik minat aku untuk memperkatakan perihal produk tempatan? Ini kerana baru2 ini aku menerima satu emel yang mungkin juga sudah tersebar luas berkaitan kandungan asas minuman Coca-Cola atau Coke. Yang sudah menerima emel tersebut – mungkin boleh memikirkan sejauh mana kebenaran isi emel tersebut.

Tapi, bagi aku dari kita memeningkan kepala dengan memahami nama2 bahan yang digunakan – apa kata kita beralih kepada RADIX Cola saja? RADIX ini adalah produk tempatan. Dan mereka juga mengeluarkan jenis produk yang sama. Cola juga. Jadi, setelah kita tau kuatnya kesan Coke seperti asid. Bahaya bila Coke dicampur dengan Mentos. Kita diisi dengan informasi mengatakan Coke menyalurkan bantuan kepada Yahudi atau mungkin juga dimiliki oleh seorang Yahudi. Apalah salahnya jikalau kita beralih kepada produk tempatan. Halal haramnya pun senang kita selidik. Ia ada dalam negara kita sendiri.

Begitu juga dengan OLIGO Coco yang merupakan produk keluaran Orang Kampung. Ia adalah produk yang sama dengan MILO yang merupakan produk keluaran Nestle (Switzerland). Mungkin MILO ada khasiat2nya tersendiri yang mungkin melebihi kemampuan pengeluar OLIGO Coco. Tapi, satunya – itu boleh dirujuk terus dengan pihak pemasaran produk OLIGO untuk mengetahui apakah khasiat2nya berbanding produk seumpama. Keduanya, sekurang2nya produk itu dapat menjadi lebih baik dengan kuasa kita sebagai pembeli/pengguna untuk memberitahu mereka apa yang kurang.

Kita ada banyak produk2 tempatan yang ditonjolkan di kaca TV melalui iklan2. Ia hanyalah antara kita perasan ataupun tidak. Bagi aku – lebih penting untuk kita sokong barangan keluaran tempatan melebihi dari barangan luar. Kita yang perlu merajakan barangan kita ke luar. Bukan makin membawa barangan luar ke dalam negara kita untuk di’untung’kan!

Mungkin suatu hari nanti – aku betul2 dapat melihat nasi lemak akan menjadi sebuah restoran dengan banyak franchise di Eropah ataupun Jepun. Mungkin juga satu gedung besar seperti IKEA dapat diwujudkan untuk memperkenalkan pereka2 perabot dari Malaysia sama seperti gedung di Mutiara Damansara itu!

2 Responses to “Made in Malaysia!”

  1. nabcore Says:

    skrg buatan malaysia lebih berkualiti dari negara2 lain,banyak makanan dari malaysia telah menjadi idaman negara luar,contoh lemang kalo sedara sedari perasan bile kita nak raya kadang2 cina,india dan orang putih lebih2 yang beli tau,saya berharap made in malaysia akan berterusan ke negara2 luar,disamping tu ekonomi kita pun akan naik tau kalo negara kita terkenal di perusuk negara,i love malaysia

  2. PsychoMatix Says:

    Salamz.

    Yeah! Hidup kuasa rakyat Malaysia!


Leave a Reply