Nazgul Wed : Muar.
March 17, 2008
Nazgul Wed.
Akhirnya, lagi sorang warga GS4TP (nama yang aku berikan) akan menamatkan zaman bujang pada 29.March.2008. Nazgul akan berkahwin dengan warga Muar yang molek menjadi pasangan Nazgul the ‘Thinner’. Ahakz.
Setelah melalui 25 tahun sebagai wajah teruna Klang – akhirnya dah kawen, beliau akan berpindah ke luar Klang tapi masih di dalam Lembah Klang. Tapi, sebelum sampai kepada semua tu – yang lebih penting adalah kendurinya pada 29.March ini.
Insya Allah, aku akan mengetuai delegasi jawatankuasa kenduri tersebut dan akan memimpin secara terus di bahagian audio. Rakan2 yang ramai tidak akan hadir di sana (bukan kerana meminggirkan majlis seperti diuar2kan di Perak) mungkin akan membalas dendam makan2 di Shah Alam. Ini adalah sesuatu yang ajaib kerana aku akan makan kenduri 2 kali. Bravo to this kind of invitation.
Perjalanan aku ke Muar menurut penganjur adalah pada malam 27.March bersama pasangan pengantin. Aku yang mungkin akan hanya berdengkur di bahagian belakang sebuah Gen.2 akan menyimpan tenaga untuk digunakan sepenuhnya pada hari majlis.
28.March adalah hari untuk sound check sebelum hari sebenar majlis. Aku harakan adanya speaker2 yang sesuai untuk digunakan bagi dewan yang biasanya akan banyak gemanya. Aku harapkan juga adanya nanti mixer yang mampu berfungsi tanpa sebarang kerosakan toggle (seperti selalu berlaku – toggle ketat dsb.). Aku juga mengharapkan Muar Traders Hotel bukanlah hotel yang sama di gegarkan oleh Chua Soi Lek.
Dengan ini, aku mohon doa kalian agar projek kenduri Nazgul the ‘Thinner’ ini menjadi yang terbaik setakat ini dan berlangsung dengan jayanya. Caiyok.
March 27, 2008 at 8:16 pm
aku ingat nanti aku nak bawak Syida…datang sekali…sure happening!!!
April 13, 2008 at 6:16 pm
Mana laa Syida lu,bro?Aku sampai dewan – ko plak gi amik exam.Macam kentos la lu …