Bumi Klang

March 17, 2008

Klang.

Aku pijak bumi Klang setelah lama di Taiping seawal tahun 2000. Dengan penuh harapan untuk berada di daerah Lembah Klang yang mempunyai kolej2 dan universiti2 terkemuka. Keputusan SPM yang agak baik pada tahun 1999 dulu membuatkan aku yakin aku mampu menempatkan diri di mana2 satu universiti awam Malaysia. Tapi nampaknya aku tak berjaya.

Bila berada di Klang – aku diperkenalkan dengan Mydin, Tesco, Giant, Shaw Centrepoint (jauh lebih besar berbanding Taiping Jaya), Komuter dll. Nak kata bangga – tak juga. Nak kata terlalu bertuah – tak juga. Semua atas usaha keluarga aku sendiri yg tak kering dari kesusahan kewangan tapi bahagia.

Kini, aku sudah berada di luar bumi Klang Bandar Diraja. Hanya keluarga aku di sana. Tapi, isu keselamatan dan penjagaan kawasan persekitaran di Klang aku kira agak buruk. Malah tak sehebat Taiping. Mungkin Taiping lebih kecil berbanding Klang (walaupun aku tetap merasakan Taiping lebih besar). Tapi, kebersihan di Taiping lebih membanggakan.

Bukan di sini aku nak mengatakan MPK lebih teruk dari MPT. Tapi, aku ada beberapa isu yang berkait dengan keselamatan rakyat.

Jenayah bukan baru di Klang.

Anjing liar berkeliaran dengan bahagianya sekali.

Burung gagak menggugurkan ‘bom asid’nya ke atas kenderaan2.

Mat2 Indon berlagak bagai di Jawa atau Bandung.

Sistem bas hanya bertumpu di satu kawasan – tidak menyeluruh.

Pekhidmatan teksi tidak dikawal.

… Berkait soal Mat2 Indon – ada perkampungan pula di kawasan Simpang 4. Keadaan ini amat berbahaya bila jenayah di sekitar Klang lebih banyak diakibatkan dari pendatang2 asing. Mereka mungkin bukan merompak atau menyamun warga tempatan tapi pergaduhan antara etnik atau kerakyatan luar mampu menggugat keselamatan warga Klang sendiri.

Keyakinan ke atas keselamatan tatkala berjalan bersendirian di Klang adalah bagi aku di bawah paras 25%. Maksud aku 3 kali fikir sebelum aku nak melakukan apa aktiviti berseorangan seperti berjalan kaki ke Komuter atau menunggu Komuter di stesennya. Nak tunggu Komuter sorang2 pun menjadi satu keadaan yang boleh mengundang bahaya.

Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat mengenai badar Klang setakat 2000 – 2005 boleh disimpulkan sebagai tidak semenggah seperti yang aku harapkan. Malah, aku yakin hampir setiap warga Malaysia mahukan tempat yang selamat. Mungkin barisan teraju MPK boleh melakukan sesuatu yang ‘out of the box’ untuk menyelesaikan soal keselamatan dan persekitaran di Klang. Banyak yang perlu dilakukan untuk mengatasi soal2 tersebut.

Namun, Klang juga telah memperkenalkan aku kepada insan2 yang menjadi sahabat karib dalam aku lalui perjalanan hidup aku.

Terima Kasih GS4TP.

2 Responses to “Bumi Klang”

  1. Ir Arnodz Says:

    Thats y la aku ajak korang g pindah ke raub ke, tioman ke….kat cni aman, damai, permai dan penuh ketenangan.

  2. psychomatix Says:

    Bro … bila aku bulih join lu kat Tioman? Aku nak join Liga Bola Keranjang Pulau.


Leave a Reply