Hari2 Yang Telah Lepas.
October 9, 2009
Sepanjang dari kali terakhir aku mencoret sesuatu di caKap-caKap; agak banyak perkara yang sebenarnya menjadi satu demi satu ide untuk kembali ke wordpress. Namun, keadaan yang agak sibuk membataskan waktu.
Setelah channel kegemaran aku digodam – bukan secara teknikal – oleh pihak yang mejadi pencacai kepada ‘puak penimbul masalah’ … aku sudah kurang juga bercakap di sesawang. Aku mula aktif kembali beraktiviti secara fizikal dan melepaskan satu persatu ilmu pengetahuan yang aku capai setakat ini kepada rakan2 lama. Ada yang boleh menerima, ada yang tidak, ada menentang, ada yang memanipulasikannya, ada yang mengganggap semuanya lawak kelakar moden dan berbagai lagi.
Jadi, nampaknya channel kegemaran juga sudah bertukar menjadi medan mIRC yang kembali ke zaman lapuk. Apa pun, saat2 tegang tetapi penuh makna telah dilalui dengan sebaiknya.
DSAI Pemimpin Yang Memimpin
Aku berpeluang menonton sendiri secara dekat – kuliah ataupun ceramah yang diadakan oleh Datuk Seri di Segambut Dalam. Walaupun ianya bukanlah satu perjumpaan yang lebih ke arah politik kepartian – tetapi, setiap kata penuh makna menjadikan anak2 muda lebih berani berfikir untuk mencari kebenaran.
Sungguhpun di ruang yang sama, aku sempat mengomen sedikit berkait isu SELCAT yang penuh menunjukkan kedangkalan para DO dalam menjalankan amanah – nampaknya, aku juga menerima tempias komen yang lebih pedas dari seseorang dari DUN Kota Raja. Namun, pandangannya aku terima. Cuma, ianya bukanlah sesuatu yang berprinsip sekiranya walaupun ditekan oleh ‘orang2 besar’ – terus meninggalkan amanah. Itu bukanlah sesuatu yang betul. Tetapi, tetap aku berikan satu pujian kerana menyelamatkan imej DO di mata yang melihat perbincangan itu.
Sahabat & Usia
Aku sempat menghabiskan banyak juga masa lapang ketika Aidilfitri lepas dengan beraktiviti bersama rakan2 di Klang. Menuju ke tapak Abang Khairy juga menyaksikan banyak pertukaran ide dan pendapat berlangsung.
Namun, penerimaan komen2 ke atas satu kelompok yang sudah biasa menterjemahkan persahabatan itu sebagai belangkas tanpa mengambil kira sensitiviti – merupakan sesuatu yang agak sukar dicapai oleh aku. Tiada isu minda kelas pertama atau kedua di kalangan itu. Ia hanyalah bak kata seseorang yang mendampingiku,”Belum tentu seseorang yang bergelar profesor mampu memimpin keluarganya.”
Jadi, aku berharap ilmu dan cerita pengalaman sesama sahabat diteruskan kerana semuanya dihambat usia. Kisah2 lama yang boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki kelompok yang sama. Inilah yang diharapkan dan bukanlah hanya mengeji sensitiviti sahabat2 lain.
Hasan Ali & Khalid Samad & PAS
Nampaknya, begitulah keadaannya buat masa ini. Semua yang mengetahui perjalanan kisah ini terutamanya mereka yang berada di dalamnya. Isu 2 tokoh ini pun bukanlah sesuatu yang berat seperti kelompok UMNO yang langsung tidak berprinsip. Ini adalah perjuangan yang sama tapi dari 2 jalan yang berbeza. Sekurang2nya itulah situasinya di mata aku.
Tapi, aku tetap menyebelahi pada yang tidak mengangkat nama Melayu sebagai perkara utama. Kerana, tiada satu buku laporan dan buku panduan lengkap untuk bagaimana menjadi seorang Melayu itu. Tapi, ianya lengkap untuk kita belajar bagaimana menjadi seorang mukmin.
Apa pun perkaranya, aku yakin dan pasti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am mampu membawa kembali persengketaan itu ke arah perkembangan kelompok yang memperjuangkan Islam – menjadi semakin baik. Walaupun kelompok jahanam berpaksikan keris itu acapkali cuba menjahanamkan Tuan Guru, namun itu semua hanyalah perjuangan mereka yang Amar Mungkar!
Isu Dua Negara
Ramai yang sudah melihat berita buluh runcing dan Ganyang Malaysia. Banyak isu yang timbul di belakangnya dan menyebabkan bakal pemula konfrontasi. Malaysian dianggap arrogant dan tidak mempunyai sifat sebagai sahabat yang baik.
Apa pun alasan yang diberikan, tidak syak lagi pastinya Malaysian di sini akan menghulurkan bantuan kepada mana2 warga dunia yang terluka. Tetapi, dalam masa yang sama menolak kehadiran yang terluka itu ke Malaysia. Ini adalah keadaannya.
Bagi aku, ini bukan soal berapa teruk mereka yang terluka itu menilbulkan huru hara di negara ini. Tetapi, mereka tidak mengenali apakah kebiasaan dan pandangan majoriti penduduk di sini berkenaan banyak perkara. Hal2 seperti kebersihan, penguasaan kawasan, pengumpulan sampah sarap, soal bising atau tidak … ini semua memerlukan satu perjalanan untuk mereka mengetahuinya. Mereka yang menjadi orang gaji di sini bukan hanya perlu diberi kursus mempelajari cara melipat kain atau mencuci tandas. Mereka bukan batak. Mereka perlu diberitahu apakah kefahaman orang Malaysia pada hal2 kebersihan dan kekemasan. Mungkin bukan semuanya kemas baik. Tetapi, secara asasnya bagaimana.
Kita mahu ke Jepun juga diajar budaya di negara matahari terbit itu. Inikan pula yang mahu bekerja untuk satu tempoh yang laa dan berkait rapat dengan kebudayaan di sini. Mereka juga perlu diberitahu apa hak mereka sekiranya ditindas. Yang bertongkang datang itu – tidak mungkin terlalu biasa terlepas ke sini. Kita mempunyai angkatan darat yang hebat.
Tetapi, tidak dikata juga – dalam sesuatu keadaan – yang terlepas itu kepala2 yang membawa orang2 itu masuk. Yang disiksa ialah mereka yang keluarganya bersetuju dengan buluh runcing.
Eksklusif @1 : Filem Seram & Tahyul
Aku agak2 begitulah lebih kurang tajuknya. Sempat menatap beberapa babak perbincangan mereka di kaca TV. Namun, isu pendek ini sudah bosan diperdengarkan. Tidak kira David teo atau Norman KRU atau mamat Khalid atau siapa pun … apabila yang disadurkan dengan kisah tahyul itu adalah Muslimin … tanggungjawab siapa yang pada asasnya patut menghalang penerbitan itu?
Dangkalnya Pak2 Menteri yang terlibat. Mata di mana? Akal di mana?
Bagan Pinang
Inilah sesuatu yang sudah kerap berlaku sejak akhir2 ini. Pilihanraya kecil.
Memang tidak disangka yang bertanding itu adalah 2 watak yang berbeza sekali nampaknya. Saudara Zuklefli itu bukan nama besar di arena politik sehingga dikenali rakyat – tidak seperti nama Isa Samad. Bagaimana pun, Bak kata si Isa – katanya, isunya adalah tindakan disiplin yang telah melanggar etika parti. Melanggar kod etika. Itu saja masalahnya. Inilah kebodohan orang2 dari kelompok sana. Mempermainkan wang adalah amalan biasa di sana. Kemudiannya, seboleh mungkin mencari persamaan di seelah sini dan terus terusan mengaitkannya dengan tiada beza antara dua belah itu.
Nampaknya, ujian ini datang lagi. Mari melihat ketelusan mata yang melihat dan tangan yang mengundi di Bagan Pinang.
Gempa Seluruh Dunia
Dari blog Dr Halimah Ali, aku sempat memerhatikan senarai kekerapan gempa yang berlaku di dunia baru2 ini. Sila ke blognya untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Yang paling dekat setakat ini adalah di Sumatera itu sendiri. Mungkin kemunduran kehidupan di tanah besar itu menjadikan keadaan bertambah perit. Namun, dari Jakarta di Pulau Jawa dan seluruh Nusantara tetap membantu tanpa menyedari dari mana lagi datangnya nanti gempa itu.
Lantas, pagi ini kedengaran di berita radio bahawa di Bukit Tinggi Pahang juga berlaku 2 kali gegaran di anatar 1-2 skala richter. Jadi, hujung zaman itu sudah tiba – dan bukan filem 2012 yang patut menjadi panduan. Bukan Feng Shui atau BaZi yang menjadi tilikan. Hanya padaNya kita harus kembalikan segalanya. Tegakkan Islam dan bukan berpecah belah bagai zaman Ibnu Sina dan zaman selepas Uthmaniyyah.
Illuminati Yang Memuja Lucifer
Pelik dan berat untuk kita fahami. Tetapi, yang sempat sehingga ke bahagian terkahir posting kali ini seharusnya sudah mula belajar mempelajari apa itu permainan mereka yang memuja Dajjal. Bersama Lucifer dan menjatuhkan Islam. Dari persoalan Israel itu sendiri yang lebih kompleks serta memahami susur galur masyarakat di Nusantara.
Aku berkesempatan mendapatkan maklumat demi maklumat dari sesawang dan berbagai punca lagi demi memahamkan permasalahan utama dunia hari ini … iaitu dicengkam permainan kelompok penjahanam dunia ini.
Semua yang dipesongkan sejak dari zaman para Anbiya’ telah diteruskan sehingga ke hari ini. Malah menjadi semakin parah akibat kita ditanam dengan berbagai Order dari mereka.
Kurangkanlah matamu di kaca TV itu – dan membacalah … terutamanya Al Quran – panduan lengkap untuk menjadi khalifah yang benar di muka bumi Allah SWT ini …
Puak Penin : Attack of the Clone
August 27, 2009
Hahaha …
Gelak dulu.
Apa pun. Aku nak ucapkan Salam Ramadhan 1430H walaupun agak terlewat, dah masuk hari ke-4.
Kita masuk cerita semula. Ini hikayat2 lama dan baru yang menggelikan hati. Kita pulak anak2 Malaysia pada hari ni – ada yang celik, ada yang celik tapi takut nak berdepan dengan kesilapan, ada yang risau itu dan ini dan yang paling ramai tak amik pot sangat.
Puak2 penin pun dah ramai mula berpencak silat. Sana kuar parti. Sini submit borang. Situ pengkhianat negara dan bangsa. Sinun pulak ingat dia tu ulamak. Hahaha …
Kita kat Malaysia ni – sepatutnya ada kebebasan. Boleh bercakap. Boleh berhujah. Boleh berdebat. Boleh berpersatuan. Boleh bertanya. Apa yang tidak boleh? Bersifat zalim. Menindas orang lain. Menipu. Mempermainkan dengan jelas agama individu lain. Ini semua tanpa kontak sosial ke ape ke, kita semua sudah faham. Melekat.
Media kita kalau cerita pasal RTM dan TV3 – confirm 1Malaysia tau berat sebelah. Semua tau cerita PR takde dlm radio Malaysia. Even Lim Guan Eng turun mana2 ke, Tuan Guru Haji Hadi merasmikan apa2 benda pun … not in the schedule.
Melalui internet semua tahu informasi bertaburan. Di situlah orang dapat menonton Namewee nyanyi lagu Negarakuku. Dalam YouTube banyak benda2 mcm ni. Puak Penin dan pembangkangnya – dua2 side ada bahagian.
Lihat topik Mamula Moon, berapa ramai yang membidas dan membalas komen. Dah jadi mcm kedai kopi. Warga Indonesia di sana panggil kita ‘Maling’sia … kita pulak menyebut nama ‘Indon’ dengan satu sifat yang kita tahu mcm mana kaedah menyebutnya.
Ada menteri pulak baru2 ni suruh Kartika Sari Dewi buat rayuan untuk elak dari kena sebat. Inilah yang dipanggil puak penin. Sebab tu untuk Muslimin sekalian – baliklah pada sokongan mewujudkan sistem Khalifah. Ini bukan kempen untuk mana2 pertubuhan. Tapi, ini adalah sesuatu yang betul. Kalau pun kita usaha tapi masih mengambil masa lama … yang penting letak di hati apa hala tujunya.
Ada yang pandai dan tahu tu. Kelulusan itu dan ini. Tapi, dalam soal agama – pendirian harus betul.
Di pejabat aku hari ni – aku tersentak bila menerima emel yang menggambarkan hukum hudud dijatuhkan ke atas seorang kanak2 yang di bawah umur 10 tahun. Tanggannya digilis dengan tayar kereta – dan menggambarkan bendanya adalah hudud. ia berlaku di Iran.
Jadi, soal agama – kita harus bertegas dan ada nas2 serta pendirian. Kenapa kita ada undang2 syarie tapi tidak ada tukang sebat? Kenapa kita boleh sibuk nak menyokong bila mana seorang Exco mempertahankan isu jualan arak bila mana Exco2 di negri lain tiada pendirian? Bagaimana di Johor? Bagaimana di Pahang? Berapa ramai yang biasa ke Hotel Concorde, Shah Alam dan dapat menyaksikan apa yang dilihat di Cherating? Berapa ramai yang pernah ke hotel2 atau pub2 dan melihat bergelas2 arak diteguk? Kenapa masih tiada undang2 yang mengharamkan orang Islam ke Zouk? Malah walaupun open pub? Rum Jungle? The Laundry? Mana dia undang2 yang mengharamkan perkara mcm gitu? Pernah dengar cerita Menteri yang meraba? Di mana dia meraba?
Ulamak2, Mufti2 harus bertegas.
Di Malaysia ni pun ramai jurucakap2 Menteri. Walaupun ada kesilapan dalam statement seseorang Pak Memanda tu – diiyakan juga. Puak Penin pun hairan tengok pembangkang mereka bagai bertelagah sesama sendiri akibat prinsip. Masalahnya pembangkang mereka bertelagah atau bertengkar dan bercakar akibat prinsip dan bukan sebab kes ‘wang kopi’. Isu wang yang menjadi hal bukan billion malah bukan hal amik harta kerajaan.
Ini siapa Datuk2 yang banyak dapat duit di Port Klang. Di Johor. Semuanya tercetus di Internet sehinggakan ada yang mengatakan ini semua cerita tahyul sedangkan satu2 bukti dikemukakan. Malah dalam kes liwat Anwar Ibrahim pun bukti menyebelahi Anwar sendiri.
Ini bukan soal siapa menyokong Anwar Ibrahim itu sendiri. Tapi, sudah dibuktikan dan walaupun masih berjalan di mahkamah – ia tetap terlihat begitu.
Apa pun, bercakap tentang politik di Malaysia – banyak risiko yang bahaya bagi orang2 biasa. Kita tiada wang untuk membayar jamin itu ini. Tiada wang untuk mendapatkan seorang peguam terhandal. Tiada wang simpanan yang banyak sekiranya disumbat ke tempat gelap. Orang kebanyakan – duitnya hanya cukup untuk hidup. Tapi orang kebanyakan yang ada prinsip – dia tetap seorang manusia yang hebat.
Orang kebanyakan yang masih tidak tahu dan tidak dapat menerima apa itu hakikat sebenar – akan berterusan dalam hikayat2 lama dan moden. Mereka merasakan bangsa itu nombor satu.
Bulan Ramadhan ini dimuliakan kerana dalam bulan ini kita akan menunaikan satu daripada Rukun Islam yang lima itu. Maka, harus kita ingat sehari semalam kita berpuasa – penguasaan ilmu Islam kita di tahap mana?
Jangan sampai kita tidak mahu tahu apa itu hudud yang sebenar.
Kenapa? Mengapa Tiada Orang Datang?
August 19, 2009
Plaza Season Square – letaknya di Damansara Damai, Petaling Jaya Utara. Lokasi Damansara Damai ini berdekatan dengan stesen KTM Komuter Sungai Buloh. Di stesen KTM ini juga penumpang boleh menaiki transit ke utara. Damansara Damai ini juga terletak berdekatan pangkal MRR2. Damansara Damai hanya sebuah kawasan yang mempunyai hanya satu – diulangi hanya satu jalan keluar/masuk. Sebatang jalan raya dua hala yang terpisah oleh divider.
Plaza Season Square ini pula lokasinya berdekatan sebuah stesen pam minyak petrol Shell. Di sebelah lainnya terletak satu deretan panjang rumah kedai. Di satu sudut yang lain terlantarnya jalan raya utama di Damansara Damai. Di satu sudut yang lain pula; ada satu projek pembinaan yang mungkin kelihatan seperti bangunan pejabat ataupun bangunan yang sama seperti plaza itu – satu macam terbengkalai rupanya. Nak kata ada pekerja yang mengerjakannya – macam tak ada. Nak kata tak ada – macam tak ada jugak. Sekalian pembaca pergilah melihatnya sendiri.
Setelah diusik usik suratkhabar Sinar Harian seperti biasa hari ini – aku terlihat isu Plaza Season Square ini yang dikatakan suram. Bak persoalan asal – “Kenapa? Mengapa tiada orang yang datang?”.
Sebagai warga Damansara Damai – aku merasakan dekat sangat isu ini dengan aku. Tersergama kacak bangunan ini saban hari. Ada sebuah kafe yang sudah bertukar namanya menjadi Teratak Mamak. Aku kurang faham namanya – kadangkala bagaikan Teratak Mama tanpa huruf K di hujung. Apa pun, ianya sebuah kafe atau kedai makan yang agak hebat kerana di sisinya ada sebuah water fountain yang menarik di mata. Jangan ushar dekat2 sudah. Lawa hilang entah ke mana; muntah darah kalau diteliti.
Persoalan yang menjadi isunya adalah ‘kurang pelanggan’. Ini isu besar. Katanya, sewa saja di tingkat bawah sudah mencecah RM 1500 sebulan. Sama seperti sewa di salah sebuah medan selera di Mid Valley. Bezanya, di plaza ini memang kurang pelanggan. Antara kedai2 yang banyak memenuhi plaza ini adalah kedai2 telefon yang menawarkan penjualan telefon bimbit, penjualan topup, servis repair dan tak lupa juga menjual DVD2 permainan video PS.
Ada 2-3 kedai makan yang suram. Ada juga kedai pakaian. Di atasnya juga ada sebuah studio jamming yang agak baik walaupun ruang studionya agak kecil. Baru2 ini juga ada karnival yang diadakan di plaza ini – tapi aku pun hanya tahu selepas karnival itu sudah tamat. karnival apa kalau aku tak nampak orang ramai kerumun lokasinya. betul punya karnival ke atau aku yang rabun?
Apa pun – mengapa agaknya tiada yang datang? Adakah sebab ada bangunan terbengkalai di sebelahnya? Kita analisa kawasan Damansara Damai ini. Kita kaji di mana lagi tempat2 makan yang ada di sekitarnya selain dari kedai2 makan di Plaza Season Square.
Di sebelah plaza ini berdekatan dengan Teratak Mamak itu; wujud gerai2 makan yang menumpang tapak2 parking saban malam. Makanannya enak. Kebersihan pekerja2nya agak baik. Pekerja2nya terdiri dari warga tempatan.
‘Depa mai daghi Utagha hat juai makan2 nu.’
Apa lagi? Ada gerai burger Otai berdekatan. Ada gerai yang menjual nasi lemak ayam kukus. Sebaris deret gerai2 itu; banyak pilihan menu makanan yang tersedia untuk warga Damansara Damai.
Di sebelah deret rumah2 kedai pula; adanya banyak kedai2 makan termasuk mamak2 yang walaupun agak jauh perjalanan berjalan kaki tapi tetap berdekatan dengan plaza itu. Jalan pun tak lah jauh sangat. Di mana ramai pelanggan – di situ diandaikan makanannya enak2 belaka. Itu biasa.
Di stesen minyak Shell pula ada 7-Eleven. Ada roti dijual. Ada makanan segera. Ada Slurpee. Ada juga meja untuk duduk2. Tidak kurang hebatnya.
Di sebelahnya pula ada restoran makanan segera brand McDonald. Benda ni kalau ada – memang ramai yang support. Dah tak kira benda ni hulur dana ke Israel atau bukan. Janji stylo. Ini janji anak2 muda kebiasaannya. Tapi, juga akibat kempen pulau makanan2 Amerika ni – tak lah ramai sangat orang ke sana. Nak wi-fi tu boleh lah.
Di sebelahnya pula ada lagi best. Satu deret gerai2 makan dalam kategori food court. Nama tempat tu – Tok Yem Street Mall. Ini tempat Ani Sup Utara pun ada. Memang famous. Ada gerai2 makanan yang dipenuhi warga2 tempatan. Tiada ragu2. Makanan sedap2 belaka. Dapur2nya memang telus. Nampak dari tempat2 duduk. Boleh terus bantah cara masakan; jikalau ada yang nak berbuat demikian. Tok Yem rules the area.
Itu satu hal besar.
Setiap hari Jumaat pula – ada satu deret pasar malam. Ini paling banyak membunuh kedai2 makan walau di mana2 pun. Ada yang beli di pasar malam; lantas ke kedai2 makan seperti di Plaza Season Square – pesan teh o ais. Duduk makan sampai sejam. Lepak2 chill out. Tak payah pergi clubbing pun boleh chill.
Di satu kawasan berdekatan; bersebelahan Apartment Idaman – berderet2 gerai2 makan yang juga pernah menggemparkan suratkhabar2 tempatan dengan isu ‘menumpang’ tapak parking penduduk. Tapi, gerai2 ini masih ada sehingga hari ini. Makannya murah. Harga berpatutan. Dari gerai ini boleh order makanan dari gerai lain. Tiada masalah. Cumanya, semacam agak ramai juga warga Indonesia yang berniaga atau sekurang2nya menjaga gerai2 ini. Dengan tangan yang serba majmuk memegang bermacam benda sebelum menyediakan makanan – namun masih menjadi antara pilihan warga Damansara Damai. Dalam perjalanan dari Plaza Season Square menuju ke deretan gerai2 di Apartmen Idaman itu juga – wujud sebuah pasaraya milik AEON Jusco iaitu pasaraya MaxValu yang juga di dalamnya terletak sebuah ruang makan yang dimiliki juga oleh MaxValu itu sendiri.
Menunya berlambak. Makanannya enak2 superb. Harga tidaklah terlalu mahal. Juga selalunya agak penuh dengan pelanggan.
Maka, apa agaknya yang membunuh perniagaan kedai makan di Plaza Season Square? Restoran2 mamak? Gerai2 yang ‘menumpang’ tapak parking? Pasar malam? 7-Eleven? Tok Yem Street Mall? Deretan gerai makan di Apartmen Idaman? MaxValu? … atau adakah kerana makanan di kedai2 makan di Plaza Season Square itu tidak enak2 belaka?
Yang mana satu boleh diundi keluar?
Tiada AFUNDI atau ‘Aaah…P%$#@k’ di sini. Ini bukan cobaan tapi betul2.
Ulasan aku setelah makan di kedai2 makan di plaza itu – not bad. Masih di tahap sederhana. Boleh dimakan. Pekerja2nya mungkin agak ramai warga bukan Malaysia. Mungkin isu itu sepatutnya tidak menjadi hal – tetapi isu kebersihan warga luar yang lebih menjadi keutamaan di sini. Selain menunya, lokasi makan di kedai yang mana kedai disebelahnya kosong mungkin bukan menjadi pilihan orang ramai. Apa barang makan kat tempat tak ada orang.
Nah. Di sini mungkin jatuh kepada salah pemaju yang tidak mampu menyewakan ruang2 kedai di situ. Gang2 Salesnya tidak kayuh laju2 untuk menerbitkan hasil. Kedai2 di sebelah dalam lebih kepada kosong macam bangunan terbengkalai juga.
dari segi psikologi; melihat kepada kedai makan di satu2 plaza – yang terdetik ialah harganya pasti lebih sedikit dari biasa. Ini kerana towkeynya terpaksa membayar sewa yang tinggi serta menunya yang tidak boleh dibawa berbincang. Maka, untuk makan malam yang mengambil masa lebih kurang setengah jam – gerai2 di tapak parking pun ok.
Hari Jumaat – lebih baik beli di pasar malam dan balik makan di rumah. Kalau nak makan di plaza yang tak tentu sedap sebab tidak ramai orang – lebih baik makan di Tok Yem Street Mall.
Maka, lebih kurang begitulah situasinya. Dan situasi ini bukan hanya terjadi di Damansara Damai. Ianya di mana2 saja yang ada gerai makan berdekatan plaza.
Sebenarnya, bagi aku – kedai2 makan di plaza2 itu sendiri harus ceria dan ada marketing strategy sendiri selain dari menunggu orang datang. Mungkin ini adalah kata2 mudah dari seorang pelanggan tetapi, bunyi bising dari sebuah kedai makan2 adakalanya menunjukkan kedai makan itu tidak kusam. Selalu ada brosur2 terkini juga mendatangkan minat kepada orang ramai untuk mencuba masakan2 mereka. Jangan lupa sertakan sekali dengan harga terutama benda2 promosi. Jangan mengalah untuk melabur dan cubalah adakan servis delivery seperti salah sebuah restoran biasa (bukan McDonald) di Damansara Damai yang menggunakan ide itu … walaupun masakannya hampeh!
Pihak BerTANGGUNGJAWAB.
July 21, 2009
Kita tidak perlu disogok lagi dengan angka demi angka bagi menyedari pihak2 yang mempunyai kuasa di negara kita yang tercinta ini – telah berterusan menyalahgunakan kuasa.
Angka2 ini juga bukan semudahnya didedahkan. Ada berbagai penyebab untuk menjadikan rakyat Malaysia daripada ‘ingin tahu’ bertukar menjadi ‘tidak perlu tahu’. Rakyat Malaysia ‘tidak perlu tahu’ sekiranya ada tahanan mati di dalam lokap ataupun ada pegawai Imigresen sendiri yang membuat perniagaan jual orang.
Kita tidak perlu tahu.
Malah … ada pakar2 yang terdiri dari kalangan orang biasa, rakyat biasa, orang kebanyakan … menjadi suara pelindung kepada konsep ‘kita tidak perlu tahu.
Kita semua kalau dipusing2kan di segenap ceruk – kita pasti ada hubungan kenalan dengan pegawai polis, pegawai kastam, pegawai SPRM, ahli2 exco, anak2 menteri … semua ini ada kemungkinan. Malaysia ini bukan negara yang terlalu besar. Pusing ke arah mana pun – bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mengenali sekurang2nya seorang pegawai polis yang menjadi sahabat kita. Itu bukan satu kebanggaan ataupun satu ‘kabel’ yang mampu memberi kebaikan tertentu.
Biarpun pemuzik mahupun pegawai polis – mereka bekerja. Mereka adalah pekerja. Baik wartawan ataupun pengutip botol2 dan tin2 terbuang – mereka tetap bekerja untuk hidup. Masing2 mempunyai tanggungjawab.
Apabila kita kehilangan kenderaan – andaikanlah sebuah motosikal kapcai tua – pasti kita terfikir untuk melaporkan kepada polis. Biarpun kita memiliki 4-5 buah Ferrari tetapi motosikal kapcai tua sebagai riadah ringan – kehilangannya tetap membawa kita kepada laporan polis. Bagi yang terlalu kaya mungkin menganggapnya sebagai suatu sedekah kepada si pencuri. tetapi, tetap realiti kebiasaan – ianya akan sampai ke kaunter polis sebagai satu laporan kehilangan.
Itu adalah tanggungjawab seorang pegawai polis untuk membantu pelapor tersebut. Adakah kita ingin berdepan dengan ayat ,”Alaa … motor tua macam tu pun nak buat laporan jugak ke encik? Beli baru je laa …”
Adakah kita ingin mendengar dialog begitu? Aku rasa tidak.
Maka, apabila kita melaporkan sesuatu yang kita rasa ianya perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti PDRM – kita tahu bahawa ianya tanggungjawab mereka untuk bekerja. Bukan membantu. Kita yang akan membantu mereka dengan info2 yang berkaitan dengan kes. Mereka perlu bekerja dengan cara menyiasat kebenaran kes tersebut.
Apabila anjing2 liar banyak berkeliaran di kawasan taman berdekatan rumah kita – adakah perlu pula bagi kita melaporkan kepada pihak polis. Tidak. Pihak Berkuasa Tempatan adalah pihak yang sepatutnya menerima tugasan ini.
Adakah kita mahukan mereka bertanya ,”Alaa … anjing2 tu pernah mengejar atau menggigit sesiapa ke encik?Kalau tak pernah … tak perlu lah encik buat laporan ni …”
Adakah itu yang kita nak dengar? Aku rasa tidak.
Ini ada satu kisah hikayat.
Tersebutlah kisah sebaris rumah teres yang terdiri dari 10 buah rumah. Rumah nombor 1 dan rumah nombor 10 adalah rumah hujung bagi baris rumah teres ini.
Suatu hari rumah nombor 1 telah dimasuki pencuri dan habislah 80% hartanya dicuri dengan hebat sekali. Hampir saja tinggal sehelai sepinggang.
Lantas, selepas kejadian itu – rumah nombor 2,3 dan 10 telah pergi melawat rumah nombor 1 ini. Mereka bersama2 menenangkan pemilik rumah nombor 1 itu.
Dalam masa yang sama, pemilik rumah nombor 4,5 dan 8 hanya berada di rumah dan tidak semakin kerap keluar beriadah. Takutnya yang amat sekiranya harta di rumah mereka pula yang dicuri.
Tinggal pemilik rumah bernombor 6,7 dan 9 saja yang seperti biasa keluar makan angin. Malah, mereka menyindir pula pemilik rumah nombor 1 itu sebagai tidak pandai menjaga rumah. Ditambah pula lagi rencah hinaan mereka dengan berbagai kutukan lagi.
Nah.
Di sinilah terpancarnya beberapa sikap manusia.
Pemilik rumah nombor 2 melawat rumah nombor 1 kerana rumahnya bersebelahan dengan rumah itu. Ini telah menyebabkannya hatinya gundah gulana lalu dia melawat untuk bertanyakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Begitu juga dengan pemilik rumah nombor 10. Ini kerana rumahnya juga terletak di hujung sekali maka dia merasakan perlu untuk bertanyakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku supaya dia boleh berjaga2.
Manakala, pemilik rumah nombor 3 pula melawat kerana rasa simpatinya terhadap keadaan pemilik rumah nombor 1 itu. Hatinya pula merasakan sebagai jiran – dia perlu memberikan sedikit sumbangan atau kata2 semangat untuk jirannya itu.
Pemilik2 rumah bernombor 4,5 dan 8 pula hanya berada di rumah kerana merasakan risau juga. Tetapi, mereka tidak melawat rumah nombor 1 kerana merasakan lebih baik dijaga rumah sendiri daripada turut sama bersedih atau mengambil peduli keadaan rumah nombor 1 itu. Bagi mereka, bukan ada yang sudi membantu mereka pun sekiranya rumah mereka pula yang dimasuki pencuri. Begitu juga kalau dibuat laporan polis sekalipun. Bagi mereka – semua itu perkara sia2.
Pemilik2 rumah nombor 6,7 dan 9 pula bersikap sedemikian dingin kerana bagi mereka juga sama. Bukannya rumah mereka yang dimasuki pencuri. Malah, rumah mereka pun bukannya dekat atau sebelah rumah nombor 1 itu. Mereka merasakan rumah nombor 6,7 dan 9 adalah jauh dari rumah nombor 1. Kejadian kecurian itu pula adalah disebabkan oleh kecuaian dan kebodohan pemilik rumah nombor 1 itu sendiri. Bagi mereka, meletakkan loceng penggera kecemasan seperti mereka adalah tindakan orang2 bijak – seperti yang mereka lakukan.
Tamat hikayat.
Kisah hikayat itu ada hubungkaitnya dengan tanggungjawab pihak berkuasa selaku pihak yang mempunyai kuasa. Maka, mudahnya disebutlah SPRM mempunyai kuasa menyiasat kes2 atau laporan2 penyelewenga kuasa atau wang. Polis pula menyiasat2 kes2 jenayah. Tentera pula berkuasa mempertahankan negara dari ancaman kuasa luar ataupun ketenteraan juga. Begitulah sedikit sebanyak.
Namun, ada yang merasakan perkataan ‘kuasa’ ini telah ditakrifkan sebagai ‘tiada batas’ bagi mereka yang berkhidmat di dalamnya. Ini amat berbeza sekali dengan konsep TANGGUNGJAWAB. Berapa kalikah kita telah mendengar pernyataan dari mereka yang mempunyai kuasa ini – yang menyebut ,”Kami akan memegang amanah dan tanggungjawab untuk menyiasat perkara ini sepenuhnya tanpa penyelewengan kuasa. Kami akan bekerja atas nama Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Doakan agar kami ditemukan dengan kebenaran dan dijauhkan dari kegagalan.” Bunyinya cliche kan?
Tapi, pihak yang memegang TANGGUNGJAWAB dan rakyat biasa adalah 2 kedudukan berbeza. Pihak yang memegang TANGGUNGJAWAB harus lebih serius dalam kata2 mereka yang tidak memilih kerja. Bukannya meminggirkan kes2 kecil atau yg melibatkan Dato’2 berkepentingan politik tetapi bekerja selagi mana ada ‘kerja’ yang harus diselesaikan. Jika tidak – dipersilakan bersara awal.
Pengajaran dari kisah hikayat tadi pula – betapa dalam satu2 kes yang melibatkan seseorang yang lain – kebiasaannya begitulah reaksi masyarakat. Ada yang tersentuh hatinya lalu membantu sungguhpun mangsa keadaan itu tidak dikenalinya. Ada juga yang mengambil peduli – tetapi hanya kerana risaukan diri sendiri.
Ada juga yang merasa lega kerana bukan mereka yang menjadi mangsa tetapi tidak pula mahu membantu atau sekurang2nya mendoakan kesejahteraan mereka yang menjadi mangsa keadaan.
Dan, yang paling hebat ialah mereka yang seboleh2 mahu memperlekeh keadaan mangsa malah merasakan ianya tidak perlu dilaporkan kepada mana2 pihak berTANGGUNGJAWAB kerana terpencilnya kes itu. Sebagai bukti menyokong kenyataan mereka – ianya dikatakan kerana mereka tidak pula menjadi mangsa sepertimana mereka yang terlibat.
Jadinya, ‘pihak berkuasa’ wajib menterjemahkan kuasa mereka kepada satu TANGGUNGJAWAB yang tidak memilih2 kerja. Masyarakat pula harus tahu bahawa kita bukan perlu takuti mereka yang ‘ada kuasa’ tetapi tidak melaksanakan amanah dan TANGGUNGJAWAB mereka. Tidak perlu takut kerana mereka yang harus takut kepada masyarakat sekiranya mereka menyelwengkan kuasa mereka.
Akhirnya, diserulah kepada rakyat Malaysia … jangalah hanya kerana bukan ayah kita yang difitnah membunuh; bukan ibu kita yang disepak terajang; bukan adik beradik kita yang dicabul; bukan jiran2 kita yang dirompak atau dianiaya; bukan saudara2 kita yang dibunuh … maka kita memperlecehkan keadaan seseorang yang menjadi mangsa keadaan.
Kugan mungkin melakukan jenayah – tetapi ia adalah haknya untuk dibicarakan supaya dia berpeluang berubah sekiranya dia bersalah.
Teoh Beng Hock adalah seorang manusia yang perlukan tidur yang cukup sepertimana orang lain juga yang bukan disabit atas satu2 kesalahan. Dia harus dilepaskan dari sesi soaljawab sebaik waktu bekerja tamat. Itulah yang menjadi persoalan – mengapa dia tidak dilepaskan? Adakah kita merasa selesa sekiranya anak kita yang tidak bersalah ditahan untuk soaljawab sehingga ke dinihari?
Ini adalah soal TANGGUNGJAWAB.
p/s : Bagaimana pula dengan TANGGUNGJAWAB menyiasat harta Doktor Gigi yang kaya di Shah Alam?
Bahasa Di Bibir : Tribute to PPSMI.
July 18, 2009
Kisah Parameswara yang diceritakan tempoh hari – ada di dalam buku teks sejarah di tahap sekolah menengah. Tanya lah memanda Menteri yang berkenaan …
Dikhabarkan, bahasa2nya di zaman itu – bermacam2; sehingga wujudnya juga bahasa Sanskrit dan berbagai bahasa lagi. Ini semua telah dikaji oleh mereka2 yg pakar. Tanah semenanjung ini berkembang dengan bahasa ibunda lama, ‘mothertongue’ lama, bahasa pasar serta dialek lama yang tersendiri. Tiada dialog2 dan bait2 bahasa penuh emosi seperti yang dipaparkan dalam siri drama Gerak Khas atau Sembilu ‘Skop Production’ di sana sini.
Pada ketika itu, diketahui juga Nusantara ini juga menjadi pusat ilmu.
Dari sudut ilmuwan dan dunia Islam – ilmu dunia dan akhirat untuk sekalian umat manusia sudah terkandung di dalam Al Quran itu sendiri. Ilmu2 ini diturunkan oleh Allah SWT kepada khalifah untuk dikaji, dipelajari dan diperkembangkan dengan sebaiknya. Bahasa yang digunakan pada ketika pembelajaran2 itu pula – bila mana memetik firman2 Allah SWT, sudah pasti di dalam bahasa Arab.
Bahasa Arab juga banyak nahunya … banyak ilmu2 yang perlu dipelajari untuk kaedah sebutan yang betul. Lantas, banyak perkara untuk dipelajari bagi memahami bahasa Arab. Ilmu2 dalam Bahasa Arab ini kemudiannya dikembangkan dengan bahasa ibunda semula. Bagi membolehkan ianya diajar di kedai2 kopi ataupun di madrasah2 – bahasa yang mudah difahami menjadi pilihan.
Semuanya ini bukan rekaan2, bukan cobaan2 … tetapi begitulah ilmu dikembangkan. Andai kata kita ke kuliah2 di masjid2 atau surau2 yang menjadikan kitab2 lama sebagai rujukan; bahasanya adalah bahasa2 lama yang kemudiannya memerlukan terjemahan oleh si guru yang mengajar. Ini yang membuatkan terpancarnya kefahaman guru tersebut dalam subjek yang diajar. Barulah meyakinkan warga yang belajar.
Zaman berganti zaman; masa bergerak pantas; ilmu Hisab yang sudah dipelajari masih belum dikembangkan. Masih belum berkembang luas untuk mengetahui wujudnya pengamiran ataupun angka kuasa lima dan logarithma. Masih belum. Semuanya seperti yang diperlukan bagi menjalani hidup seharian saja.
Kemudian, apabila dilihat dari susur galur ilmu2 itu – ianya kembali ke tempat asal iaitu dari ilmuwan Islam. Lalu, orang2 barat yg rajin dan teruja terhadap ilmu2 duniawi; menterjemahkannya pula ke dalam bahasa yang lidah mereka tuturkan. Ini menjadikan mereka sebagai ilmuwan2 yang seterusnya. Mereka mengkaji dan belajar dan memperkembangkan ilmu2 itu melalui bahasa yang mereka tuturkan.
Ilmu2 dan bahasa2 ibunda merka itu; seterusnya telah dibawa merentasi selat2 dan lautan yang bergelora di samping batalion tentera tak kira darat atau laut. Mereka telah datang ke Nusantara ini dan memerangi tuan2 tanah di sini sambil berbangga kerana memiliki ilmu2 dunia yang hebat sekali. Dari berbagai ilmu Hisab dan Sains maka mereka terjemahkan melalui teknologi2 mereka. Pernah anda terfikir bagaimana mereka mencipta meriam besi?
Satu kampung tergadai kerana tiada ilmu2 itu.
Di satu sudut pula – negara matahari terbit yang tiada teknologi eropah; mencipta dan memiliki teknologi dari kayu2 dan rumpun2 buluh. Mereka juga belajar ilmu2 Hisab dan Sains. Mereka hanya berbahasa Jepun. Jenis tulisannya juga mengambil masa yang lama untuk dipelajari.
Jepun ini bukan seakan tenaga barat yang tinggi2 sosok tubuhnya. Mereka lebih kurang sama tinggi dengan rakyat Malaysia hari ini.
Mereka juga datang dan berpencak di Nusantara ini dan kemudian memiliki tanah2 di sini. Di samping itu – tak kurang juga mereka yang membawa teknologi basikal2 mereka.
Bertemulah 4 bahasa komunikasi asas di tanah2 Nusantara ini. Bahasa ibunda lama menjadi bahasa pertuturan yang paling mudah difahami warga Nusantara. Bahasa Arab juga disebarkan dari ilmuwan2 Islam yang faham akan kewajipan beriman kepada Al Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan. Barat datang dengan teknologi batalion tentera untuk berbangga dengan bahasa2 dan loghat2 mereka. Jepun juga mencabar minda barat kerana menang perang hanya dengan lambang2 dan huruf2 tulisan mereka.
Tuan2 tanah di sini – dipaksa pula berbahasa seperti penjajah.
Akibat dipaksa itulah maka wujudnya nama2 institusi di negara ini di dalam bahasa2 asing. Bila dilihat kembali – Eropah itu besar dan mengandungi berbagai negara. Jepun itu satu negara saja yang banyak pula pulaunya. Namun, tak kira kecil besar – kesan pendudukannya di tanah2 Nusantara ini besar. Sudahnya, tanah2 yang asalnya dimiliki warga Nusantara dipenuhi dengan warganya yang berlidah penjajah.
Zaman selepas Hijrah dan tahun2 Masihi bergerak berganti tahun. Penjajah sudah pulang. Semua sudah kecewa akibat memberi ilmu tambahan kepada warga Nusantara – rupanya itu menjadikan warga Nusantara mengamuk menghantar mereka pulang. Lagu2 ‘farewell’ dan ’sayonara’ berkumandang serata negeri.
Rombongan kemerdekaan sudah pulang juga dengan membawa khabar gembira yang teramat sangat. Tak tidur malam jawabnya akibat akhirnya tiada penjajah di muka Nusantara ini.
Madrasah2 kembali bernyawa. Sebutan2 lama dalam bahasa ibunda kembali mekar. Tidak perlu ‘hait’ jika bertemu pegawai polis. Tidak perlu ’sorry’ bila terlanggar bahu pegawai daerah.
Namun, penjajah ini rupanya pulang dengan meninggalkan minda kelas ketiga yang mereka ciptakan di tanah2 Nusantara ini. Minda yang membuktikan tanah Nusantara ini tidak yakin dengan apa yang mereka miliki malah lebih berbangga dengan apa yang ada di tanah2 Eropah.
Maka, institusi2 di atas tanah2 merdeka ini masih berbangga bila menggunakan bahasa2 luar2. Kita malu dan memberikan alasan ‘taxi’ atau ‘teksi’ itu lebih pendek ejaannya berbanding ‘kereta sewa’.
Malah, yang berjanji memperkasakan Melayu juga menggunakan nama inggeris dalam nama United Malays *** [... you should know the rest of this freaky name ...].
Atas sebab itu juga; ilmu2 yang berputar di tanah semenanjung ini akhirnya diajar dalam bahasa luar yang bukan bahasa kita. Kerana apa? Kerana kita malu dengan tahap ilmu dalam bahasa sendiri. Kita lebih berasa bangga apabila kita menyebut satu2 istilah itu dalam bahasa luar. Bahasa penjajah. Bahasa Inggeris.
Kita tanya kepada pakcik2 yang sedang mengira hujung usia di hari ini. Adakah mereka masih mengenali siapa yang dulunya bersetuju dengan membanggakan bahasa Inggeris yang menjajah Malaya dan siapa pula yang menentang usaha untuk mem’bahasa-inggeris’kan seluruh Malaya?
Kalau tika itu – DBP wujud untuk memperkasakan bahasa ibunda … Nusantara ini ada personalitinya. Kini,diajar pula Matematik dan Sains di dalam bahasa yang bukan dituturkan di pasar2 kita. Maka, kita sebenarnya masih mengejar punggung penjajah kerana; mereka sudah mengorak langkah mencipta istilah demi istilah yang kadangkala hanya menggunakan nama mereka sendiri. Kita mengejar punggung mereka dan berasa malu untuk mengembangkan ilmu dunia ini dalam bahasa ibunda tanah Nusantara ini. Dan memalukan juga kerana kita hanya meyakini bahawa DBP itu kerjanya hanya menjilidkan satu buku saja sepanjang hayatnya iaitu yang bertajuk …
‘Kamus Dewan’.
Aku Kasi 2 Kupang.
July 5, 2009
This is my 2 cents.
Pada suatu masa dahulu; asalnya; tersebutlah kisah tanah semenanjung ini dihuni oleh orang2 asal tanah semenanjung. Dengan adat dan kepercayaan mereka yg tersendiri. Di suatu sudut yg lain; Parameswara bergerak dengan ahli2nya menuju ke tanah semenanjung ini.
Begitulah sedikit sebanyak asal usul yg diketahui secara umum.
Tak kurang sgt; tak lebih sgt … begitulah.
Panglima2 yg datang ke tanah semenanjung ini pernah berkerajaan. Mereka2 ini tahu siapa raja dan siapa khadam. Datang je tanah semenanjung ini lalu menubuhkan kerajaan yg yg seterusnya. Dalam filem2 P Ramlee banyak sekali diselitkan kisah2 hikayat ini.
Masa bergerak sedikit demi sedikit; tidak laju tidak perlahan; tapi semakin bertambah bijak rakyat2 marhaen yang bernaung di bawah raja2. Istilah ‘meneroka’ mula meniti di bibir rakyat marhaen yang akhirnya mewujudkan golongan peneroka. Peneroka2 ini bergerak sendirian mencari tanah2 kosong yang terdiri dari hutan2 belantara. Di ketika itu – tiada geran, tiada cukai pintu. Maka, yang meneroka mendapat tanahnya sendiri. Diteroka untuk anak, cucu dan cicit2 mereka. Di situlah yang akan disebut tanah tumpah darah mereka. Ini bermakna; jangan cuba dirampas tanah mereka. Pasti dilawan sehingga ke titisan darah yg terakhir.
Zaman Parameswara ini kelihatan segak di mata dunia agaknya. Eropah yang dahagakan tanah baru, mula meneroka Asia. Nah. Tanah semenanjung ini kelihatan menarik yang penuh dengan hasil mahsul serta khazanah isi buminya. Tongkat Ali mungkin belum ditemui pada ketika itu.
Eropah datang membawa kemakmuran sambil meneroka tanah2 di sini. Orang2 tua kita memerangi mereka. Kerana bagai yang dijanjikan – sudah pasti akan dilawan sehingga ke titisan darah terakhir. Maka, Eropah di lawan. J W W Birch dibunuh di Pasir Salak. Tak cukup dengan Eropah, geng Jepun pun datang dengan berani mati. Naik basikal menjelajah negara tanpa perlu adanya Le Tour de Langkawi.
Yang datang itu disebut penjajah – kerana mereka menjajah tanah2 warga semenanjung ini. Penjajah dihalau kerana cuba mendapatkan tanah atuk2 dan bapak2 kita. Kita diberi kemerdekaan atas tanah kita sendiri. Kita yang sepatutnya merdeka untuk melakukan apa saja di atas tanah sendiri telah diberi kemerdekaan ataupun kebebasan akhirnya. Jenayah apa ni?
Setelah penjajah bergerak keluar meninggalkan tanah semenanjung ini – peneroka menyambung warisan bapak2 tua yang meneroka tanah2 kosong. Rupa2nya ada juga tanah2 yang tidak lagi menjadi tanah2 mereka. Hutan di sebelah rumah mereka diwartakan menjadi milik pemimpin2, hulubalang2, menteri2 atau ketua2 yang ada melata di atas tanah semenanjung ini. Mereka bercakap dan berkomunikasi sama seperti aku. Sama seperti Ah Chong atau Ramu.
Rumah2 lama yang dibikin di atas tanah2 bapak2 peneroka mula dikelilingi oleh bangunan2 besar yang menjanjikan kebahagiaan ke atas rakyat2 marhaen di sekelilingnya. Geran2 belum lagi diperbesarkan kuasanya sehingga semua perlu mendapat geran. Ada yang ada, ada yang tidak. Ada pula yang bernaung di bawah institusi2 korporat yang entah dari mana datangnya. Mereka2 ini membawakan konsep ‘tanah swasta’.
Bapak2 yang telah membikin rumah2 lama bertradisi dan hasil binaan tangan2 anak cucu Parameswara dulu kini tidak dapat melihat rumah2 itu lagi. Hasil keadaan ini – persoalan tanah ini tanah siapa ditentukan dengan geran. Geran demi geran. Demi geran lagi. Yang akhirnya menimbulkan geram. Akibat geram – cucu cicit peneroka memberontak kerana tidak dapat geran. Tapi mendapat pula surat pengosongan tanah. Mereka lalu tertanya – tanah ini bukan datukku kah yang menerokanya? Jadi, mana setinggannya?
Akhirnya, inilah yang kita katakan – kera di hutan disusukan, rumah setinggan dirobohkan. Kera pun dapat makan. Yang nak mendapat rumah hasil tanah yang diteroka – tidak dapat membuktikan itu tanah tradisinya. Satu Malaysia nampak,kan? Bak kata Che Det di press conferencenya dulu.
Ya. Satu Malaysia nampak betapa bukan rumah2 tradisi ini yang dibantu. Tetapi, swasta2 yang masuk dan menswastakan tanah ini yang membangunkan bangunan secara membuta tuli tanpa diambil tahu – siapa tuannya? Ini sama macam Eropah dan geng Jepun dulu. Penat Felda teroka – tuan punya Felda dapat nama.
Apa pun … kesudahan Berembang, Pala atau beberapa nama lagi yang dikatakan setinggan sedangkan tanah yang diteroka menjadi kampung itu sudah dimasuki posmen bertahun2 – kesudahannya adalah di suara hakim. Mari kita doakan mereka mendapat hak tanah tradisi mereka. Ini bukan negara yang senang2 dijual.
Trivia : Tanah kerajaan itu – tanah siapa?
Last2 – Ini Yang Kita Dapat
June 24, 2009
Baru2 ini – aku akhirnya bercakap bahasa yang sama dengan seorang rakan kepada rakan aku yang lain – dan akhirnya menjadi rakan aku. Hmm …
Rakan yang menjadi sahabat ini mengutarakan suara yang sama dengan aku rupanya. Suara kami berbicara tentang media tempatan. Dalam konteks kesan media kepada anak muda – kami sudah pasti lebih menjurus kepada nilai ilmu yang disogokkan ke minda anak2 muda Islam Malaysia.
Anak2 muda di Iran – punyai ruang lingkup mereka sendiri. Begitu juga anak2 muda di Dubai, Beijing ataupun negara Sarkozy yang menghalang pemakaian purdah. Itu semua di negara mereka. Tetapi, bagi aku dan sahabat aku yang bersuara yang sama – kami merasakan betapa hebat serangan untuk menjumudkan minda anak2 muda Islam di Malaysia.
Ini bukan benda baru di Malaysia.
Berapa ramai yang pada hari ini menunggu di hujung minggu untuk berhadapan dengan kaca TV dan menonton pelbagai konsert? Berapa ramai yang memperlekehkan suara yang menghalang hiburan yang keterlaluan? Begitu juga bagaimana ibu bapa moden disodok dengan kubota yang membawa alasan – KEKELUARGAAN!
Atas dasar kekeluargaan, maka penari gelek dangdut dibenarkan untuk ditonjolkan kepada anak2. Atas dasar ilmu juga maka rancangan yang memaparkan Muslimin di Arab sebagai pengganas – ditonjolkan. Atas dasar kekeluargaan juga – last2, ilmu agama menjadi sesuatu yang pelik untuk dibincangkan.
Pada hari ini, sekiranya kita tiba2 bertanya soal solat dan puasa – kita disuruh belajar bagi pandai dulu sebelum mengajak orang berbicara mengenainya. Subhanallah. Kejumudan sudah pun menguasai minda anak2 muda Islam kita. Inilah anak2 muda yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin. Tetapi, yang kita seronok melihat ialah betapa mereka kreatif dalam membina laman web dan berbicara dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, kita terlupa betapa akhlak dan imanlah yang akan menjadikan mereka anak2 yang soleh dan selamat dunia akhirat.
Kita hari ini terlupa – bahawasanya, apabila kita baligh – tujuan hidup kita bukan hanya mencari rezeki dan mengejar kuasa wang dan pangkat. Kita ada lebih banyak perkara yang perlu kita kejar dalam hidup untuk selamat dunia dan akhirat … sebagaimana Allah SWT turunkan arahan2Nya di dalam Al Quran.
Trivia : Berapa ramai yang faham bagaimana wujudnya Tabligh dan Tarekat?
Berlagak Jadi Bos.
June 16, 2009
Wak Man Nasi Lemak.
Wak Man ni dibantu oleh seorang rakannya – aku lihat mereka sebaya maka aku katakan mereka itu mungkin
berhubungan sebagai kawan.Tugas rakannya hanyalah mengisi setiap set nasi lemak dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Mudahnya tugas itu. Dia mungkin juga dibayar untuk melakukan
tugas hebat itu.
Itu di mata aku. Apa pun, rakan kepada Wak Man ini sering dimarahi atas sebab musabab yang aku tidak nampak silapnya. Pada ketika rakan Wak Man ini mengisi ikan bilis goreng ke dalam setiap set nasi lemak itu – dia dimarahi kerana terlalu perlahan. Sedangkan tugas itu sudah pun diselesaikan dengan keadaan saiz meja
yang kecil.
Wajah Wak Man agak bengis kerana mungkin menyedari dirinya telah tersilap marah.
Kemudian apabila Wak Man sendiri tersilap mengisi intipati nasi lemak yang salah seorang pelanggan mahukan;
rakannya itu juga yang dimarahi. Nampaknya, konsep ‘escape goat’ telah diaplikasikan. Inilah beza antara
bos dengan kuli.
Makcik Nasi Campur.
Pembantu2 Makcik Nasi Campur terdiri daripada beberapa warga Indonesia dan seorang makcik yang nampaknya lebih muda sedikit dari Makcik Nasi Campur. Makcik Nasi Campur ini hanya duduk di tengah2 laluan pembantu2nya dengan hanya mengarahkan pembantu2nya pantas bekerja. Pernah juga aku minta dibungkus lauk ikan masak pedas tetapi Makcik Nasi Campur telah tersilap membungkuskan lauk yang lain. Wajahnya bertukar kerana sebelum dia tersilap bungkus itu – dia telah memarahi pembantunya kerana tersilap membungkuskan lauk kepada pelanggan. Sebenarnya, pembantunya yang betul – Makcik Nasi Campur yang salah.
Sekali lagi kuasa bos ditonjolkan. Hanya kerana jenis pangkat.
Pembantu Rumah.
Kisah pembantu rumah Indonesia terutamanya – bukanlah satu kisah baru di Malaysia. Pada zaman A R Badul dulu – Jenab adalah pembantu rumah warga Malaysia. Sekarang situasinya berbeza dengan warga asing lebih ramai menjadi pembantu rumah.
Pembantu2 rumah ini hanya kuli. Ya. Kuli batak.
Inilah keadaannya sekarang. Mereka hampir dikerahkan untuk melakukan segalanya. Malah tiada rehat untuk mereka. Ini berbeza dengan suatu ketika dulu apabila seorang tokoh negara kita telah meluahkan idea untuk menjadikan kerier pembantu rumah dijadikan satu kursus di IPT. Sekiranya ianya dilaksanakan, kerja sebagai pembantu rumah juga mempunyai waktu bekerja yang tetap. Hanya 8-10 jam sehari. Pembantu rumah bukan tinggal bersama keluarga majikan. Selepas jam 6 atau 7; dengan waktu maksimum ialah 8 pm – ibu bapa atau majikan harus berada di rumah untuk menyambung tanggungjawab wajib mereka sebagai ibu dan bapa.
Bagi aku – inilah yang harus dilaksanakan oleh kerajaan. Tahap seorang pembantu rumah tidaklah sehingga perlu mengemaskan bilik majikan. Tidak sehingga mencuci tandas. Tidak pula sehingga masak untuk keramaian. Kalau seorang pembantu rumah perlu memasak untuk 20 pek bagi satu2 kenduri atau keramaian – itu harus dikira sebagai bayaran tambahan serta perlu melaporkan kepada syarikat yang membekalkan pembantu rumah ini.
Namun, kes Nirmala dan yang seangkatan dengannya adalah merujuk kepada betapa ramai majikan kepada pembantu2 rumah ini yang bangga menjadi bos dan betul2 menjadikan pembantu rumah hanya di tahap kuli batak.
Tamat.
Itulah beberapa kisah yang sempat aku coretkan untuk memberitahu betapa ramainya rakyat Malaysia yang bangga menjadi bos dan melupakan tanggungjawab sebagai manusia. Ada yang sehingga melihatkan kuli2 ini bagaikan anjing yang tidak perlu diberi makan.
Kata2 itu tidak perlu dirasa pedas bagi yang tidak menogak satu botol sos cili. Tapi bagi mereka yang pelahap sebegitu – haruslah menyedari kita tidak selamanya di atas. Ini kerana selepas alam dunia ini – kita akan ke alam barzakh. Alam duniawi ini hanya paling lama pun setakat paling lama pun hanya 120 tahun. Akan tetapi, alam barzakh adalah lebih lama sehingga beribu tahun lamanya. Mungkin juga sebentar – kerana ia hanyalah transit untuk kita ke alam yang lebih infiniti. Maka, bagi yang bangga menjadi bos di bumi Allah ini – ingatlah, jangan terpedaya dengan kuasa di bumi.
Sekali air bah … janganlah baru nak menggelabah …
Aku Baca Paper (Siri II)
June 3, 2009
Sebelum dimulakan – aku memberi pujian kepada 2 media mainstream yang setakat ini masih kelihatan NEUTRAL tanpa berpihak kepada mana2 pihak secara melulu.
Syabas MalaysiaKini dan Sinar Harian “Suara Cakna Komuniti Anda”.
Sinar Harian. Edisi Selangor & KL. Rabu 03 Jun 2009. 9 Jamadilakhir 1430. Bil: 997.
1. Stadium Out
Cakap je bumbung stadium runtuh – mesti ramai yang dah tergelak besar dan boleh kesan stadium mana yang runtuh ni. Nama stadium ni – STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Lokasi – Gong Badak. Tak jauh pun dari Kuala Terengganu. Nilai kos projek ni – RM 270 juta. Dirasmikan oleg Agong kita sendiri pada 10 Mei 2008. Dibina katanya sempena SUKMA. Pulak. Deskripsi serta latar belakang stadium ni semua gah. Tapi, setahun baru – dah runtuh. Lagi mau cari pakar selidik. Habes duit untuk dapatkan tenaga betul2 pakar. Jangan dicari yang boleh disogok untuk menutup mulut – sudah. Benda mudah. KLCC bukan main hebat lagi dijaga pembinaannya. Stadium sebesar ni takkan main cap ayam? Atau ada sesuatu yang menyebabkan ianya menjadi projek cap ayam. Itu dia … “Satu Lagi Projek oleh Barisan Nasional.”
2. Satu Laluan – Satu Bas.
Aku tak tahu lah di bandar tu bagaimana agaknya nak setel masalah bas menggunakan kaedah ini. Tapi, sekiranya di luar bandar. Makin kurang saingan perkhidmatan bas – setahu aku pemandu dan syarikat itu sedniri jadi makin pemalas. Sampai ada yang sanggup bercakap kasar dengan penumpang. Kenapa? Sebab laluan itu, di’conquer’ oleh kompeninya. Tak kiralah dia hanya pemandu atau mandur. Jadi, kalau nak dilakukan di luar kawasan bandaraya – kirim salam lah. Bukan menentang melulu. Kalau nak diberi masa – silakan. Tetapi, yang kita mahukan jumlah bas ditambah dan syarikat2 bas memantau sikap pekerja2 mereka serta perhentian bas yang tidak ditukar2. Sekejap bas boleh berhenti. Sekejap kata tak boleh. Haru.
3. Dr Mashitah Berbunyi Semula.
Makcik yang satu ni berbunyi lagi. Katanya, jangan khutbah isu politik dalam khutbah Jumaat. Dia pernah ke turun masjid dengan khutbah Jumaat ni? Dia betul ke tau etika khutbah ni? Betul ke Al Azhar ni? Ish ish ish … rasuah tu isu apa? Makin mental betul laa Senator sorang ni. Betul ke dia Senator? Heh. Betul?
4. Apa di Kampung Pandan?
Rasuah pulak? Ketua UMNO? Ada tak apa2 kes rasuah ADUN ataupun ahli parti politik Pakatan Rakyat untuk aku war2kan ni? Ada ke? Osman Jailu dah keluar Pakatan. Dia tak fit dalam Pakatan sebab dia kena sokong geng rasuah. Siapa lagi yang ada? Tapi, alhamdulillah. Nasib Ketua UMNO yang sorang tu agak baik sebab hanya digantung jawatan. Nasib baik dia bukan ADUN. Kalau tidak – botak lagi licin si abang PM kita tu.
5. Kisah Ah Long
Apa punya pelik? Pelekat la, kalendar poket la … semuanya sudah dicetak nombor2 Ah Long ni. Apa yang lagi nak nasihat masyarakat supaya jangan menggunakan pinjaman Ah Long? Sudah bank pun banyak soal. Bukannya bank ada duit pun. Entah duit siap2 yang digunakan untuk dipinjamkan – siap kenakan bunga lagi. Itu pun nak pelajar berterima kasih dengan pinjaman PTPTN. Heh. Malang nasib rakyat Malaysia sebab sering tertekan oleh hutang. Jerung pulak dibiarkan berkeliaran. Macam ni ke bijak?
Satu Malaysia pening la dengan geng abang2 romeo kita ni …
Puisi Mesra Untuk Kaki2 Kantoi.
June 3, 2009
Nak sebut sepotong ayat Al Quran – tergagap. Balik2 ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’.
Kaki2 Rasuah dulu dikutuk – dah jadi geng, lupa pulak dia ada kes.
Kata nak jaga Melayu – sekali cakap bahasa Inggeris dalam kelas Sains.
Serang amoi nak nama jalan dalam tulisan Cina – sekali buku teks pun nak kena tukar bahasa penjajah.
Suruh bangga dengan KLCC – sebelah sapa punya tu?
Bagitau suratkhabar, ekonomi tak kacau bilau – sekali nah ko … berpuluh ribu kena buang gheja.
Rukun Islam diorang pun tau – tapi buat loan, kena riba besar bapak.
Adil demokrasi habis dijaja – sekali ada ISA daa …
Kemain lagi nak dengar suara rakyat – bubar laa DUN Perak, baru boleh dengar.
Bab undang2 – sekor2 tak paham … tu pasal peguam pun kena rembat tak pasal2.
Kejap kata jangan asyik guna politik ‘jasa2′ ni – penyokong tegar pulak pekak badak.
Hebat cerita CCTV keliling Cyber – stadium ciput pun boleh rebah.
Mat Rempit kena attack – filem Hollywood ajak racing, diorang angkut masuk pulak.
Kata polis terer – last2 jaga perhimpunan aman pun dah jadi kalut.
Tukar BPR jadi SPRM – kes lembu jalan dulu. Bab Scorpene ngan C4 seludup – sonyap yoo …
Cakap mcm orang bijak – jawab international press pun tak ikut soalan.
Amerika sokong kes Anwar Ibrahim – kena hentam. Amerika sokong Israel – senyap jugak?
Kata tak racist – tapi … hahaha …
ni la puisi untuk geng2 Kaki Kantoi ni. Bila depa nak sedaq pun tatau laa … mengkala dah mampuih esok lusa … baghu depa tau besaq tak besaq padang Mahsyar …
Haghuu …..
Tajuk Utama Berita : Mat Rempit.
June 2, 2009
Samseng ke Mat Rempit ni? Budaya baru ke merempit ni? Kaki kong sekolah ke bebudak ni? Modestos dulu tutup pasal diorang main rembat gadis jejaka2 wira VR4 ke? Aduh. Sejarah membuktikan segalanya tapi apa benda sejarah pun dah bikin minda kelas pertengahan semua blur.
Kenapa boleh jadi blur2 ni? Macam jejaka blur Simpang 4 Teluk Pulai ke? Itu gelaran. Tak mengapa – bak kata A Rahman Hasan.
Yang jadi blur ni sebenarnya adalah kerana pemikiran warga Malaysia yang tipikal. Kita seringkali jadi lebih teruja untuk mengetahui satu punca masalah dalam masyarakat. Kalau soal bab gaduh2 – nak dicari satu point yang mesti wajib menjadi punca utama dan yang satu2nya. Kalau dibentangkan pelbagai hujah – mestinya nak juga satu point yang menjurus kepada satu pihak semata2. Langsung tidak kritis. Itu sudah jadi satu hal – akan tetapi malangnya kita seringkali juga enggan menyelidik atau juga memikirkan faktor2 lain yang terlibat.
Sebelum apa2 – kita soal dulu – ape kebende nye Rempit ni? Macam Rabuan Pit ke? Rempit dalam konteks masyarakat yang sudah biasa dengan perkataan ni – adalah merujuk kepada mat motor yang berlumba motor secara merbahaya di jalan2 awam dan melulu; yang kebanyakannya juga motor curi dan terlibat dalam kumpulan gengster. Itulah yang tidak dapat tidak didefinisikan oleh kebanyakan warga masyarakat kita.
Begitulah halnya dalam soal Mat Rempit. Yang paling mudah untuk diperkatakan adalah ini soal rohani mereka yang lemah. Mereka ini budak2 jahat yang tiada hala tuju dalam kehidupan.
Itu pendapat tipikal. Yang ramai tidak tahu – anak2 yang bijak dan terpelajar sehingga masuk IPT terbaik Malaysia juga ada yang merempit. Bukan yang hanya bermotor kapcai 70cc bertukar menjadi 120cc saja yang merempit. Mat skuter, geng motor besar … ini semua juga merempit di jalan raya. Geng kereta yang kurang2 pun bawak Kancil 650 pun merempit juga.
Seorang penghantar pizza atau burger delivery – juga berlumba … berlumba dengan masa untuk menyelesaikan tugasan penghantaran. Begitu juga dengan despatch2 di Port Klang.
Maka, kenapa hanya dirujuk kepada budak2 yang berlumba motor di tengah malam saja sebagai mat2 rempit?
Kemudian, masuk point kedua – salah mak ayah yang tidak menjaga anak2 mereka dengan baik. Betul. Aku setuju. Jadi, apa masalah yang mak2 dan ayah2 ini hadapi sehingga mereka tidak dapat mengawal anak2 mereka? Masalah rohani juga? Kalau masalah rohani – apa yang masyarakat serta pentadbir negara kita boleh lakukan untuk memperkasakan perkara itu? Adakah dengan menyiarkan rancangan drama Indonesia, Filipina atau tempatan berbentuk famili pada waktu Maghrib dapat menyelesaikannya?
Maka, salah siapa lagi? Takkanlah kes sebesar ini hanya 2 pihak saja yang menjadi faktor? Individu yang berlumba itu sendiri dan mak ayah mereka saja? Nampaknya, ini adalah kaedah tipikal masyarakat untuk lepas tangan dalam isu sebegini.
Bagaimana dengan aktiviti belia yang harus diperkasakan oleh Ketua2 Kampung? Di kebanyakan kampung – jangankan belia, orang2 tua pun belum tentu lagi tahu dan sedar siapa Ketua Kampung pada ketika itu.
Bagaimana dengan kerajaan yang sepatutnya menyedari bakat serta keinginan anak2 muda ini berlumba motor – lalu menyediakan gelanggang yang mampu mereka sewa untuk berlumba? Pengisian rohani? Jangan pula kawasan gelanggang hanya diwujudkan tandas untuk mereka beristinjak tetapi tiada surau untuk mereka bersolat. Jangan pula tiada badan pengurusan yang baik untuk menguruskan gelanggang. Sepatutnya projek sebegini lah yang akan menguntungkan masyarakat.
Bagaimana pula dengan filem2 yang ditayangkan di kaca TV atau pawagam? Macam mana dengan nostalgia kisah Roy dan kawan2nya? Adakah dengan menonjolkan watak seorang pelumba nakal yang merempit di jalan raya akan menjadikan anak2 muda sedar bahawa merempit di jalan2 awam itu membahayakan nyawa? Bagaimana dengan kisah The Fast & The Furious? Pasti ramai yang bangga dan seronok setelah menonton kisah ‘cool’ anak2 muda berlumba ni. Apa kata survey? Banyak lagi tajuk filem yang berkait hal2 begini.
Yang agak kurang diperkatakan – ialah tentang dari mana datangnya budaya merempit ni? Budaya merempit di Malaysia ni hampir sama usianya dengan budaya buli di sekolah. Ianya dilihat sebagai perkara biasa bagi orang lama yang sudah tua sekarang ini. Semuanya mula membuka cerita bagaimana di usia muda mereka melakukan semua itu – dan kemudian kelihatan ‘cool’ di mata anak2 dan cucu2.
Adakah mereka2 itu tak bersalah? Kita tanya mereka apa yang menyebabkan mereka berlumba dahulu? Tanya puncanya dan sekat faktor yang sama untuk sekurang2nya pun mengurangkan kewujudan perlumbaan haram di jalanan. Tetapi, berapa ramai orang tua yang memanggil pula anak2 muda sekarang sebagai Mat Rempit tanpa mengenangkan usia muda mereka? Bagi yang tidak melakukannya – tidak perlu tersinggung. tetapi, bagi yang memulakannya di suatu ketika dahulu – please take the responsibility. Tidak ada ’sekurang2nya’ ataupun ‘cuma’ …
Then, bagaimana pula dengan fakta bahawa kebanyakan mat2 rempit ni – bak kata masyarakat – ianya bermula dengan anak2 muda yang gagal di bangku sekolah? Maka, apa yang masyarakat lakukan untuk membantu mereka? Emm … aku rasa tak payahlah kita guna perkataan ‘masyarakat’ – besar sangat perkataan tu. Kita guna perkataan ‘org2 kampung’. So, apa yang org2 kampung sudah lakukan untuk membantu mereka?
Dot.Dot.Dot.
Untuk semua – artikel aku yang ini hanya untuk mengajak kita semua berfikir – apa lagi faktor selain dari sekatan2 jalan raya yang akan mengeluarkan berbagai saman serta cemuhan masyarakat sehingga ada yang menggelar mereka samseng jalanan. Anak2 muda jangan dicabar begitu. Mereka salah – ya … mereka salah. Tapi mereka bukan komuniti yang akan memikirkan punca mengapa mereka jadi begitu walaupun kita sedang menerangkan di hadapan mata mereka sendiri.
Maka, kita lah yang harus peka dan terus menyelidik faktor mengapa mereka jadi begitu dan seboleh2nya sekat atau betulkan kesilapan yang selama ini kita sudah lakukan.
Bagi ibu2 dan bapa2 moden yang membiarkan anak2 mereka bersama kawan2 di dalam bilik mereka bermain Playstation – jangan sekadar pantau. Tetapkan prinsip dalam diri mereka dengan mengajar mereka memilih permainan video yang tidak mengajar mereka menjadi ‘cool’ dan ‘american. Susahlah anak2 kita di masa depan sekiranya itu yang diajar ibu bapa moden …
2 Jenis ORANG.
May 15, 2009
Beberapa hari lepas, ketika aku sampai di salah sebuah perhentian bas di celah2 kawasan Mutiara Damansara – aku terlihat seorang lelaki berpakaian uniform Tesco berwarna putih.
Aku pun tak kenal budak muda tersebut. Aku hanya ingin bertanyakan sama ada bas ke Kepong melalui kawasan itu. Dia pun tak tahu menahu tentang laluan bas yang aku tunggu. Tapi aku tetap yakin itu adalah lokasi yang betul dan terus aku duduk menunggu berbekalkan informasi yang aku dapat 3-4 hari sebelum itu.
Pada mulanya aku sangkakan dia bukanlah rakyat Malaysia. Most probably adalah warga Indonesia yang bekerja di Tesco. Kalau Bangladeshi pun ada – kenapa tidak warga Indonesia?
Sekali dia bercakap – baru aku tahu bahawa budak muda ini adalah orang utara Malaysia. Berasal dari Kedah. Umurnya baru 21 tahun. Baru setahun berada di Lembah Klang dan tempat pertamanya adalah Damansara. Kalau tidak silap – dia berpindah cawangan dari Tesco Ipoh ke Tesco Mutiara Damansara.
Apa yang menariknya dengan budak muda ini?
Dia tidak berkelulusan SPM. Tetapi, semangat yang ditunjukkan untuk terus bekerja dan sentiasa meletakkan azam untuk terus berjaya – menjadikan aku impressed. Budak muda ini kelihatan seperti anak muda Melayu yang tipikal. Dia tidak tahu cara membeli sebuah kereta apatah lagi pinjaman2 ni – semua dia tanyakan kepada aku. Soalannya adalah – boleh kah saya … ?
Dia juga bertanya bolehkah dia mencapai gaji RM 2K? Dia baru bekerja setahun di Tesco dan sudah dipindahkan ke Lembah Klang – itu tandanya dia ada prospek. Aku terpegun dengan keinginannya untuk berjaya.Maka, aku nasihatkan dia supaya menggunakan wang yang ada untuk menambah ilmu. Jika ingin makan2 angin sekali pun – biarlah yang memberi ilmu dan faedah. Kalau ingin melakukan sesuatu yang banyak mengeluarkan wang – jangan diajak kawan2. Aku harap dia dapat mengekang sifat ‘ingin berbelanja’ yang telah banyak meresapi manusia di kota.
Mungkin dia sedang berkira2 untuk mengambil kelas malam atau sijil MLVK dengan menggunakan wang yang dia ada. Insya Allah. Insya Allah dia akan berjaya …
Seorang jejaka hebat sehingga menjadi Presiden mahasiswa di salah sebuah universiti di Kelana Jaya – juga adalah rakan aku. Yang aku kenal sejak 3-4 tahun yang lalu.
Tapi dia hanya bekas Presiden setelah menamatkan pengajiannya. Di sepanjang perkhidmatannya di universiti tersebut – dia memiliki watak yang warak, toleransi serta boleh diajak berbincang. Inilah rakan aku yang seorang ini.
Setelah tamat pengajian – kemudiannya dia berkahwin dan tinggal di Damansara. Masih lagi berhubung dengan rakan2 lama. Kemudiannya bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang berkait dengan Tun PM kita yang ke-4.
Apa yang terjadi baru2 ini? Dia telah melarikan seorang gadis yang juga rakannya sendiri sehingga ke negara jiran. Dan seterusnya mengahwini gadis itu di sana. Kemudiannya tidak mahu bertanggungjawab terhadap perkahwinan itu.
Seorang rakan yang rapat dengan kedua dua individu tersebut – terpaksa masuk campur dan menyelesaikan masalah yang timbul. Ini kerana wujudnya masalah sijil nikah negara jiran yang tiada di tangan individu terlibat. Malah gadis itu ditinggalkan tanpa arah di salah sebuah lokasi di Lembah Klang.
Antara isu yang menjadi hal bagi rakan aku yang seorang ni ialah – dia bernikah di dan berpoligami tanpa izin isteri pertama (seperti yang termaktub dalam undang2 negara). Denda boleh dikenakan sekiranya dilaporkan kepada pihak berkuasa di Malaysia.
Akhirnya, masalah diselesaikan dengan perceraian yang dilafazkan mengikut undang2 negara jiran itu sendiri.
Ini bukan soal undang2 perkahwinan yang mungkin berbeza di 2 negara. Tapi ini adalah isu akhlak dan mentaliti 2 orang yang berbeza taraf pendidikan dan hidup.
Aku melihat kedua duanya. Aku juga tidak rapat dengan kedua duanya. Malah aku juga baru saja mengenali budak muda Tesco itu. Tetapi, penghijrahan kedua dua individu ini amat berbeza. Satunya berhijrah untuk mencari kemampuan hidup dalam dunia kapitalis dan satu lagi berhijrah membentuk diri menjadi seorang yang rendah akhlak.
Buat rakan2 yang terlibat dalam kes tersebut – kita sama2 jadikannya iktibar supaya kita lebih bertakwa.
Ini suara anak muda – jangan pula ada anak muda yang menjahanamkannya …
Kucing Hitam. DEMO TAK KASI?
May 13, 2009
“Kucing hitam kau berlari ke arahku
Ku tak risau ke manakah tujuanmu
Hati hitam sehitam ibu hempedu
Jiwa kacau bagai sialan yang terganggu
Ada segalanya yang kau mahu
Adalah raja di mata temanmu
Tapi kau bersuara yang engkaulah perwira
Sambil mengibar bendera-bendera megahmu
Kucing hitam hanya satu yang ku tahu
Rambut hitam hati di dalam tak tentu
Cara hitam itulah ideologimu
Ku tak risau ku tetap dengan caraku”
Hahaha … ini lagu kucing hitam ke pak hitam ni? Kes kes kes (kaedah ketawa sampai ke tulang belulang).
Itu adalah lagunya si band Bittersweet dengan tajuknya ‘Kucing Hitam’. Kisah kucing hitam, pak hitam, MB hitam dan kambing hitam ni dah banyak dah di Malaysia ni. Kucing hitam berkait ngan ilmu hitam. Pak hitam terbabit ngan wang hitam (black money). MB hitam berkait ngan kisah Satu Hitam Malaysia (1Black Malaysia). Kambing hit am ni Sirul ngan Azilah laa … sapa lagi dol?
Menteri2 kita pun dah pandai buat lawak hitam (‘hei se you mo’ – tajuk lagu mandarin si Jay Chou). Musa dok kata tak harapkan Uthaya ucapkan terima kasih pun. Puak2 UMNO yang rasa diorang tu kaya menganggap pembebasan 13 tahanan ISA tu sebagai tanda kerajaan prihatin. Huh? Ni nak kata dungu ke cetek pemikiran ni? Yang ditentang hanyalah penahanan 13 tahanan ISA tu ataupun akta tu sendiri? Itu yang PEWARIS sibuk nak sahut debat GMI kononnya tapi tak berani debat – then, nak tukar kepada perbincangan pula. Siapa nak berbincang soal ISA tu? Semasa perbincangan sedang dijalankan – dengan air kopinya, keropoknya – apa yang jadi kepada keluarga tahanan ISA di rumah? Bagaimana seorang anak dipisahkan dari seorang ayahnya? Dipisahkan tanpa sebab. Try bagi mana2 Menteri yang ada anak kecik – kita pisahkan diorang selama 3 bulan tengok. Tak bleh berhubung secara kerap. Tapi, Menteri kita nampaknya mungkin tiada perasaan ke atas perkara sebegini.
Kalau betul adil – akta ISA tu dihapuskan saja. Kalau betul adil – permit teksi diberikan terus kepada pemandu2 teksi dan bukan dipegang oleh naga2 besar dan bagak. Kalau betul adil – jangan adakan riba. Kalau betul adil – hapuskan PTPTN. Kalau betul adil – minyak diturunkan di Kelantan dan bukan ditarik ke Siam. Kalau betul adil … banyak lagi.
Najib pun dah bagitau pada kuncu2nya – jangan masih nak memikirkan jasa2 UMNO. Ini kerana zaman untuk menceritakan segala-mak-neka jasa2 UMNO sudah berlalu. Tapi, arahan tu tak sampai kepada setiap ahli termasuk YB2 BN laa dol. Ini di chatroom2 serta forum2 politik – penyokong2 tegar UMNO ni sibuk mengatakan perlu kita ingat UMNO sudah banyak berjasa kepada negara. Haha … bos besar ni pun dah kata jangan macam gitu. Anak2 ikan pulak berbunyi macam tu.
Kalaupun berjasa besar memerdekakan negara – tetap bukan UMNO yang ada hari ini tetapi UMNO ataupun seawalnya di sebut Pekembar di bawah payung Perikatan yang menjadi BN hari ini. Ini semua cerita sejarah politik negara. Tetapi, bagaimanapun – UMNO yang diwujudkan untuk kemerdekaan dahulu telah diharamkan akibat insan yang tiada minda cerdas sebagai pemimpin. Wujudlah S46 dan kemudiannya wujud pulak UMNO (B). Takkan tak perasan nombor keahlian Tun tu ialah nombor pemula. Takkan Tunku nombor 16 pulak kot.
Ini berbalik isu di Perak – tiada apa kes yang besar pun sebenarnya. Kalau mengikut perlembagaan (… yang mana mpandai2 menyebut ni hanya orang2 politik agaknya…) kan mudah BN sudah ada majoriti, kemudian masuk sidang DUN, kemudian usulkan undi tidak percaya dan beralih kerajaan. Sudahnya, kenapa takut sangat sehingga terlupa soal perlembagaan? Sampai hari ini – Mahkamah Tinggi pun sudah membuat keputusannya Haji Nizar sebagai MB. Masih juga ada rayuan untuk penangguhan keputusan yang sudah dibuat itu. Maka, yang memeningkan masyarakat bukan kes itu. Tetapi, perjalanan kes yang dirumitkan dengan rayuan pulak. Mana lagi kukuh? Keputusan siapa MB atau keputusan boleh merayu menangguhkan keputusan siapa MB itu? Ini pun susah sangat bagaikan sedang bercakap soal defisit fiskal ataupun bursa saham.
Kini, soal politik yang sukar difahami di Malaysia ni – aku rasa dah semakin jelas. Masyarakat mula faham apa itu politik. Perlu dirujuk definisinya dengan dekan2 ataupun profesor2 di mana2 IPT … ataupun boleh menggunakan logik akal … ataupun juga boleh dirujuk dengan ulama’ (yang tidak menjauhkan politik dan Islam)?
Maka, krisis di Perak bukan lagi rumit di mata rakyat. Tiada yang kelam kabut dengan mana2 keputusan mahkamah ataupun mana2 MB. Yang penting – rakyat mahukan krisis itu dihentikan dan keputusan siapa MB kalau boleh diputuskan di mahkamah – tak perlulah dicabar lagi. Kalau benar Zambry itu MB – ambil lah … kalau tidak fikir betul2. Mana negeri kita sudah duduk dalam? Incik suda ingat ini negeri incik satu orang ka?
Kes kes kes …
DUN Perak : Aku Sudah Tonton.
May 8, 2009
Siapa lelaki2 bertali leher yang agak ramai jumlahnya berhimpun di hadapan tempat duduk Speaker? Siapa?
Bagaimana polis boleh memasuki ruang dewan tanpa arahan Speaker?
Bagaimana seorang yang bukan ADUN boleh dilantik menjadi Speaker?
Siapa yang mula2 tidak mematuhi arahan Speaker untuk keluar dari dewan?
Dalam surat khabar hari ini – aku ada membaca petikan dari beberapa komen dari penyokong2 serta warga2 BN. Adakah mereka sudah menonton sidang itu? Adakah rakyat akan dihalang pula dari menonton rakaman sidang itu? Adakah rakyat akan dihalang dari memberi komen terhadap tindakan polis serta Zambry dan kuncu2nya?
Ada yang bercakap berkenaan demokrasi. Demokrasi apa kalau penduduk tempatan hendak ke tempat kerja ataupun berhimpun di padang2 atau di bawah pokok sekitar rumah pun dihalang?
Demokrasi apa kalau kuasa Speaker yang sah tidak dipatuhi oleh Zambry dan kuncu2nya? Encik Siva masih Speaker yang sah – kalau tidak takkanlah Zambry masuk dan duduk di tempatnya dengan keadaan Encik Siva masih ke tempat Speaker?
Kalau persidangan di bawah pokok dahulunya dikatakan tidak sah – kenapa usul membatalkan kesahihan persidangan tersebut dibuat? Bolayan lah saja … itu tandanya persidangan itu sah dan diiktiraf.
Ini bukan demokrasi. Ada dua yang berada di dalam dewan itu. Dua pemahaman. Sama ada nak bercakap soal demokrasi atau akhlak sebagai Muslim.
Kalau demokrasi yang diungkapkan – aku tidak tahu nak menilai demokrasi yang bagaimana. Satu Malaysia sudah nampak siapa yang memberontak dahulu. Kalau kata nak saluran yang betul – contohi kepintaran ahli2 Parlimen di Dewan Rakyat dengan mengemukakan usul.
Betul lah. Memang apa yang terjadi di Perak hari ini – bagi aku perlu ditonton oleh Satu Malaysia. Biar semua nampak sebenarnya apa maksudnya politik kotor dan gila kuasa. Yang ada kuasa tidak diendahkan – yang mahu merampas kuasa, mendakwa dirinya berkuasa dan mempergunakan entiti lain untuk menyokong kuasa ciptaannya.
Kalau ada yang bertanya – yang berebut nak jadik Speaker dan MB tu apa pasal? Termasuk lah bos besar tempat kerja aku sendiri – jawapannya, kuasa mentadbir negeri jika berada di tangan individu yang tidak baik, jahanam Perak di masa hadapan. Kuasa mentadbir negeri jika berada di pihak yang baik, makmur dan berjayalah Perak di masa hadapan.
Untuk itu – aku juga adalah di antara warga Malaysia dan Perak khususnya yang mahukan DUN dibubarkan serta diadakan pilihanraya yang baru. Tidak timbul pembaziran wang demi pilihanraya sedangkan wang itu disalurkan kepada semua tenaga anak tempatan. Wang digunakan untuk membayar polis bertugas – untung kepada pegawai polis juga. Kalau dibayar kepada SPR sekalipun – SPR bukan terpaksa membayar kepada Obama wang2 itu. SPR boleh menggunakan wang tersebut untuk memperbaiki sistem pilihanraya dengan dana yang diperolehi. Entah dari mana datangnya cerita pembaziran. Wang untuk bertanding – wang individu yang bertanding sendiri. Takkan duit cukai rakyat dibayar sebagai deposit?
Ini Satu Perak nak tau siapa MB. Isnin ni akan keluar result kalaupun tiada pembubaran DUN. Result siapa MB. Tunggu dan lihat.
Bagi yang menunggu tu – boleh cuba dapatkan akhbar Sinar Harian Edisi 6 May ataupun 7 May untuk mengetahui apa yg Tun Mahathir kita komen tentang bagaimana kuasa memecat dan melantik MB. Ini bukan dongeng …
Wah … Ramainya Datang!
May 2, 2009
Suatu masa dulu – di zaman 70an, Malaysia tidak ramai warga ‘hitam’ yang berwarganegarakan Afrika. Tidak kira Utara atau Selatan. Seingat aku juga di zaman 90an – yang paling ramai di negara ini pun datangnya dari seberang iaitu Singapura ataupun Indonesia. Tiada isu pendatang yang terlalu ramai sehinggakan mencemar kedudukan warga tempatan.
Tapi, apa sudah jadi hari ini?
Pak Arab ada. Pak Hitam ada (Org Lumut apa kabar?). Bangla ada. Pakistan ada.
Keadaan ‘mcm2 ada’ ni sebenarnya mengancam warga tempatan atau tidak?
Terbaru – diberitakan oleh kementerian sendiri bahawasanya jumlah pekerja asing di Malaysia mencecah 1 juta lebih. Betapa ramainya warga asing di negara ini. Begitu juga dengan yang datang belajar. Bagaimana dengan PATI? Siapa yang kita nak pertanggungjawabkan dalam hal ini? Rakyat sudah tentu tiada kuasa menghalau mana2 warga asing pulang ke negara asal mereka. Kita juga bukan kaki halau. Lantas, sebenarnya apa dilema warga tempatan dalam isu warga asing ini?
Isunya, warga asing tidak mengetahui sebenarnya budaya tempatan. Ini sudah tentu kerana tiada kursus yang diwajibkan ke atas mereka sebelum memasuki negara ini yang memberitahu mereka apa itu Malaysia. Kenapa tidak ada? Bagaimana yang berpakaian seperti gengster dan bersikap pengotor boleh berada di negara ini? Adakah pak2 hulubalang serta memanda menteri kita tidak terlihat situasi ini?
Bagaimana pak hitam boleh hampir menguasai kawasan2 rumah pangsa di sekitar Lembah Klang? Apa kuasa yang membuatkan mereka boleh berpeleseran dan tidak merekodkan kegiatan mereka di dalam negara ini?
Biar yang jahat itu adalah rakyat sendiri. Nak dibicarakan sebagaimana pun boleh. Selagi dia warga tempatan dan mengikut akta2 tertentu. Janganlah dibiarkan warga luar yang ada dutanya sendiri di negara ini – yang melakukan jenayah ataupun kekasaran sehinggakan menimbulkan amarah warga tempatan.
Isunya ada budaya luar yang tidak sesuai untuk dipraktikkan di sini. Mereka boleh mempraktikkan cara sial mereka itu di pub2, bar2 atau mana2 club di ibu kota. Nah. Di situlah tempatnya dunia tanpa sempadan secara praktikal. Tetapi bukan di kawasan perumahan awam di dalam negara.
Sifat pengotor warga luar perlu dititiberatkan. Mereka datang ke sini untuk mencari bekal hidup. Sepatutnya mereka dibekalkan cukup dana untuk membantu kehidupan. Sekiranya majikan memperuntukkan gaji kecil dengan waktu kerja yang tidak sepadan sehingga menyebabkan warga asing ini memilih untuk membiarkan badan berbau sepanjang masa – aku rasa elok kerajaan kaji semula kedudukan bos2 drakula ini.
Apa isunya? Isunya adalah ketidakfahaman warga asing tentang budaya serta konsep pergaulan warga tempatan.
Dan bagi yang tidak bekerja – aku rasa sepatutnya … diulangi SEPATUTNYA kerajaan sudah ada satu bentuk tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Bagaimana boleh tidak bekerja tetapi berada di negara ini sehingga 5-6 bulan lamanya.
Isunya adalah budaya …
SKT:SEMESTA:SMTT
May 2, 2009
Sekolah Kebangsaan Taiping aka SKT terletak di persimpangan pelik berhampiran Masjid Jamek di Bandar Taiping. Lebih tepat lagi – ianya terletak di Jalan Taming Sari.
Kedudukannya di pangkal bandar Taiping merupakan sebuah kedudukan yang strategik bagi kebanyakan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah.
Aku berkesempatan belajar di bangku rendah selama 6 tahun di sekolah ini. Antara kes atau kisah yang menarik termasuklah peristiwa pelajar histeria yang ditempatkan di kawasan tapak perhimpunan. Juga termasuklah kes seorang guru muda yang sanggup menelusup ke dalam salah sebuah tangki najis yang terbuka akibat diberitahu ada pelajar yang terperosok masuk ke dalam lubang tersebut. Ini adalah antara memori lama bagi bekas pelajar sekolah ini.
Begitu juga dengan pelajar 6 Mawar di salah satu tahun pengajian di sekolah ini – yang memiliki taman tasik kecilnya sendiri. Mungkin ianya boleh dilihat sebagai sebuah ideologi birokrasi ataupun pengasingan diri dari pelajar lain; yang telah dinamkan oleh tenaga pengajarnya. Apa pun, itulah beberapa memori di SKT yang kalau boleh diungkapkan sebagai mainan zaman kanak2 – sebagai ‘Sekolah Kambing Tua’.
Betapa zaman kanak2 yang indah. *seNyuM*
SEMESTA adalah singkatan bagi Sekolah Menengah Sri Kota. Ianya terletak di antara kawasan Kampong Boyan dan Kota West. Berdekatan dengan jalan masuk utama ke Bandar Taiping di mana terletaknya sebuah pintu gerbang ke bandar Taiping. Juga berdekatan sebatang sungai utama di Taiping (ini satu nama yang aku sudah lupa).
Sebuah sekolah terletak bersebelahan sekolah ini yang dinamakan bersempena tokoh politik serta akademik Tanah Melayu iaitu Dr Burhanuddin Al-Helmi. Kedua2 sekolah ini mempunyai reputasi tersendiri, namun SEMESTA lebih dilihat kurang prestijnya berbanding Sekolah Menengah Dr Burhanuddin. Apa pun, sekali lagi aku berkesempatan belajar selama 3 tahun di sekolah ini.
Hampir majoriti rakan yang sama semasa di SKT masuk sambung belajar di SEMESTA. Kawan2 lama bertemu kembali. 3 tahun aku habiskan dengan berbagai kisah yang juga menarik untuk dikenang kembali rakan2 lama sekolah ini.
Antara kisah menarik ialah pertukaran waktu persekolahan dari petang bertukar ke pagi; bagi pelajar tingkatan 2 bagi sesi 1996/97. Begitu juga kisah ‘toilet bombing’ di Blok C bersebelahan gelanggang bola keranjang. Tak lupa juga kisah kipas siling yang terlucut dan jatuh menimpa pelajar – juga di blok yang sama. Kisah itu mendapat liputan akhbar.
Dan; yang terakhir sekali – susuri pengalaman zaman sekolah aku dulu – sudah tentulah 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik Taiping aka SMTT. Namanya kemudian ditukar menjadi SMKTT ataupun Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Taiping. Nama ‘kebangsaan’ diberikan setelah penukaran nama sekolah oleh kerajaan pada masa itu.
Di Taiping juga terdapat sebuah sekolah lagi yang menggunakan akronim yang sama iaitu Sekolah Menengah Taman Tasik. Juga SMTT.
SM Teknik ini terletak juga bersebelahan sebatang sungai utama di Taiping. Kedudukan sekolah ini juga lebih tepat dikategorikan sebagai berada di kawasan Kamunting menghala ke Batu Kurau. Ia juga terletak berhadapan dengan sebuah ‘golf course’ yang agak terkenal di Semenanjung Malaysia iaitu Bukit Jana Golf Course.

Nah. Di Bukit Jana lah tempatnya untuk pelajar2 ponteng dan tak kurang juga aktiviti sihat seperti merentas desa bagi jadual tahunan SM Teknik. Antara nama tokoh yang mungkin paling diingati bagi pelajar2 SM Teknik sepanjang 23 tahun aku di sana – kemungkinannya adalah seorang guru lelaki yang digelar ‘Blanka’ serta seorang ustaz bernama Mansouruddin.
Begitulah sepintas kisah 3 buah sekolah yang mana aku berkesempatan mengabdikan diri untuk menerima ilmu rendah dan menengah.
Buat rakan2 lama – tak lupa juga yang terbaru ini ada menghubungi aku – diucapkan semoga terus menjadi insan yang tidak lupa agama dan tanggungjawab sebagai khalifah yang bergaris panduankan ajaran Rasul junjungan kita semua yang mana menurut seperti kehendakNya yang Maha Kuasa.
Manusia berubah tetapi memori adalah satu set DVD or whatever that u want to name it … yang tak akan hilang bila difikirkan kembali.
Kenangan. (…)
Hikayat Anak2 Sedih.
April 4, 2009
Ajis sudah tiada ayah. Ayahnya ke mana? Ayahnya bercerai dengan ibunya dan meninggalkan keluarga untuk berkahwin lain. Ajis tinggal bersama ibunya.
Ajis mempunyai adik beradik yang ramai. Ibunya ibu tunggal – tetapi kehilangan nafkah dari bekas suami yang tidak bertanggungjawab. kalau dilawan – pernah diilmuhitamkan. Bila dilawan – cerita sedih yang keluar.
Akhinya ibu Ajis bersendiri melawan kesusahan hidup. Hiduplah ibu tunggal bersama Ajis sementara adik beradiknya yang lain sudah belajar sambil bekerja di bandar.
Kini Ajis tidak lagi membawa banyak buku teks atau buku tulis ke sekolah. Sebaliknya membawa nasi lemak dalam jumlah yang besar untuk dijual kepada rakan2 yang lain. Demi sesuap nasi untuk keluarga serta dirinya di sekolah.
Guru mengetahui keadaan itu lalu dipanggil Ajis untuk diberi kaunseling serta nasihat supaya tidak diulangi perbuatan itu. Seorang pelajar tidak boleh disuruh berniaga seperti itu.
Ajis melangkah keluar dalam keadaan sedih tetapi Guru masih tidak membeli nasi lemak yang dijualnya hatta memberikan bantuan RM 5 kepadanya.
Dalam hampa, Ajis pulang ke rumah dan memberitahu ibunya bahawa dia sudah dihalang berniaga di sekolah kerana ia melanggar peraturan.
Maka, apa yang tinggal hanyalah kerja sambilan memasang lampu lip lap di rumah bersama ibunya yang membawa pendapatan 2 angka bagi sebulan mereka bekerja bersama.
Ajis menjadi malas ke sekolah kerana kesempitan hidup mengatasi minatnya belajar tetapi akibat bakatnya dalam bidang akademik – dia masih mencipta kejutan dalam keputusan SPMnya.
Namun, Ajis masih tidak dapat memasuki mana2 pusat pengajian tinggi awam. Dia terlalu jujur mengisi kolum ‘pendapatan keluarga’ seperti tertera di dalam borang UPU.
Akhirnya, Ajis hanya bekerja sehinggalah ke gerbang perkahwinan setelah mengumpul hasil dari pekerjaannya.
Tinggallah Ajis sebagai seorang yang risau dibuang kerja dan dalam masa yang sama berdoa agar anaknya tidak menerima nasib seumpamanya.
Kisah Ajis ini bukan hanya satu di dalam dunia. Malah juga bukan satu2nya cerita di dalam Malaysia.
Di manakah peranan Guru untuk mengenalpasti anak murid yang berpotensi bertindak di luar batasan seorang pelajar? Di manakah peranan Guru untuk mengenalpasti anak muridnya yang susah untuk hidup tetapi malu untuk memberitahunya. Perlukah kita letakkan mereka di kelas 3E semata2 untuk kita kelaskan mereka sebagai susah. Tapi yang banyak dibantu adalah kelas yang A kerana mereka pandai2 belaka.
Aku harap pengkelasan sebegini di peringkat sekolah tidak akan bersambung sehingga generasi ke generasi yang lain. Jangan jadikan kelas Sastera dan Seni itu sebagai kelas bodoh!
Bantulah anak2 muda yang tidak berkemahiran belajar sesuatu yang kritis – tetapi kreatif. Bantulah mereka dengan tidak meletakkan kelas2 mereka di sebelah tandas hanya kerana mereka kelas Sastera. Pakaian compang camping dan seluar ala2 jeans bukan tandanya mereka jahat. Tapi itulah mungkin seluar yang mereka gunakan untuk ke sekolah dan keluar bersama kawan atau bekerja sambilan.
Pandanglah anak2 muda sebelum mereka memandang ke luar batasan yang sepatutnya!
Taiping : Simpang : KL
April 4, 2009
Semalam dah mula dah. Najib Tun Razak sudah naik ke pentas dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Taiping kini semakin popular. Dulu kalau aku sebut Taiping – semua tanya apa ada di Taiping selain Taman Tasik dan Bukit Maxwell. Kalau aku sebut Bukit Larut – hagham diorang nak gheti. Semenjak dua menjak ni pun ghamai dah mula nak main huruf ghain. Ketegaq laa, ayaq laa … dan yg paling penting sekarang Taiping sudah menjadi pusat kebanggan negara. Iaitu pusat pengundian bagi PRK Bukit Gantang – bagi mencari ahli Parlimen baru.
Ada yang masih tak henti henti bertanya kepada aku – apasal kita nak kena mengundi dan amik tahu hal politik ni? Tak kurang jugak yang kata – asalkan aku solat semua cukup – sapa pun yang jadi wakil rakyat, aku tak kisah.
Hmm … kalau di Indonesia nu – orang sana bilang PEMILU. Pemilu ni maksudnya Pemilihan Umum. Pilihanraya la tu. Kita di Malaysia ni benda yg besar2 semuanya raya. Jalan besar pun jalan raya. Balai besar pun balai raya. Nak kena pilih orang besar sesuatu kawasan pun pilihanraya. Takpa laa …
Anyway, ni yg bertanya kenapa nak amik tau hal politik ni – aku tanya apa depa paham pasai pilihanraya dan politik ni? Susah sangat ke nak paham ni? Besar sangat ke hujah untukj menerangkan apa itu politik dan pilihanraya? Kena guna istilah2 seperti fiskal dan downturn ke untuk bagi org ramai paham?
Aku ulangi pandangan aku yang aku rasakan betul. Kalau ada yang nak kata salah – buat pandangan sendiri. Aku tak kisah asalkan anda paham apa itu politik atau pilihanraya.
Politik kalau ikut Merriam-Webster Online punya dictionary katanya pemikiran taktikal dalam mentadbirurus, pemuslihatan atau memimpin. Itu definisi politik mereka. Politik bagi org melayu pulak – adalah PAS vs UMNO, DAP vs UMNO etc.
Inilah masalahnya bila politik hanya dilihat bab parti politik semata. Dalam satu keluarga pun ada politiknya. Selagi kita perlu mentadbir sesuatu – kita berpolitik sebenarnya. Apa masalah kita untuk pandang jijik terhadap politik? Yang mengotorkan politik negara adalah mereka yang kotor dan jijik diangkat menjadi pemimpin. Maka riba juga dikatakan baik.
Politik lebih merujuk kepada ‘bagaimana kita dipimpin’. Hubungan ahli politik dan rakyat adalah hubungan pemimpin dan rakyat. Bagaimana mereka memimpin kita adalah sesuatu yg politikal. Tetapi … mereka yg bernama Muslim ini tidak dapat lari dari memimpin menggunakan kaedah yang dianjurkan Islam.
Hidup kita tidak lama. Jauh lebih sekejap berbanding manusia di zaman Rasullullah. Dan Allah SWT juga telah mewartakan bagaimana kita harus menjalani hidup kita yang singkat. Seorang pemimpin harus menyedarkan semua ini kepada pimpinannya. Beritahu mereka bagaimana kita harus bersama sama menjalani hidup yang singkat ini. Selesaikan semuanya. Dengan ibadahnya; tak kiralah rukun Islam yang lima ataupun belajar di institusi pengajian atau berkahwin. Semua ini sepatutnya diajar oleh pemimpin kita mengikut jalan yang benar. Jangan diputar belit dan menyusahkan. Gunalah Al Quran dan Hadith Rasul sebagai panduan. Bukan buku demokrasi semata. Dalam Islam juga sudah ada demokrasi. Gunakanlah ia sebagai rujukan.
Sesudahnya, bagaimana pula dengan pilihanraya. Di Malaysia – inilah caranya kita memilih pemimpin. Setiap seorang rakyat yang sudah cukup umur katanya wajib untuk mengundi. Siapa ahli di peringkat negeri dan parlimen. Kita pilih kerana kita mahukan mereka mewakili suara kita. Tapi kebanyakan kita lebih suka menabung 50 sen kepada AF dengan mengundi bakal artis pilihan mereka yang tidak akan membawa negara ke mana2. Alih2 paling kuat pun jadi model atau DJ radio.
Jadinya, kalau kita tidak mengundi kerana kita tidak mahu – manakan kita ada hak untuk mengomel tentang kenaikan harga barang atau jalan raya tidak diperbaiki. Sebab kita pun tak mahu memilih siapa pemimpin kita. Maka, siapa pun yang jadi wakil rakyat – kita kena terima lah saja. Melainkan yang mengundi org lain tetapi yang naiknya org lain.
Apa pun – sekurang kurangnya kita mahu seseorang memimpin kita. Dan sudah tentulah kita mahukan yang memimpin pula – memimpinlah cara baik. Kalau dianya Muslim – lagi mudah untuk kita beritahu supaya beliau memimpin bagaimana.
Taiping memang indah. Indahnya Taiping sehinggakan kebanjiran warga asing juga sudah jauh berbeza berbanding tahun2 90an. Bukit Gantang atau Trong atau Larut Tin … semuanya kawasan kampung yang rata penduduknya masih di taraf miskin sekalipun mereka mepunyai kereta Waja Campro.
Untuk P059 – aku harap mereka yang layak mengundi, keluarlah mengundi. Kalau benar Ismail Saffian itu bagus – undilah dia. Kalau benar Haji Nizar itu bagus – undilah beliau. Kalau kata yg wakil Bebas itu lebih benar – pilihlah beliau juga. Tetapi, yang penting – mengundilah.
Kini, negara mempunyai PM yang baru – yang nampaknya gagah memimpin. Semua kes2 yang kalau disebut nanti dikata subjudis … mungkin tertinggal di belakang. Apa pun – jangan pula Pak2 Menteri yang baru terlupa – kami rakyat mahukan kehidupan yang sepatutnya senang dan bukannya terbeza antara si Mewah dan si Melarat.
Saat Penipuan Yang Tidak Terjaga.
March 23, 2009
Apa tajuk aku ni? Bersimpang siur.
Ini adalah luahan pelanggan KTMB. Pelanggan KTMB yang merasakan KTMB banyak menipu pelanggan mereka. Apakah tidak baik sistem keretapi antarabandar mereka? Bagus. Aku katakan agak bagus. Dikendali dengan baik walaupun terpaksa bersusah payah selepas Tanjung Malim kerana laluan satu lorong. Tidak mengapa.
Namun – yang dititikberatkan di sini ialah keuntungan yang KTMB perolehi dari pelanggan2 Komuter. Perkataan Komuter ini pun tidak ada dalam Kamus Dewan tapi tidak mengapalah. Moga2 ada lah selepas ini seperti perkataan Bajet.
Setiap hari kalau Pak Lah kita tinjau betul2 – beliau akan nampak rata2 pelanggan atau penumpang akan berpusu pusu memasuki tren terutamanya pada waktu puncak. Tidak hanya itu – kita boleh lihat lautan pendatang asing terutamanya yang tidak menitikberatkan kebersihan serta bau badan memasuki tren. Kadangkala terasa seperti di Bombay ataupun Bangalore. Hebat susasana di pagi dan petang hari.
Kualiti penumpang yang ada juga kadang2 pelik. Dengan keadaan Komuter yang ada pemandu yang memerhatikan pergerakan keluar masuk penumpang melalui cermin sisinya – masih lagi penumpang2 yang asalnya beratur tetap akan berasak asakan bagaikan mereka sedang menaiki LRT Putra Line. Pelik.
Kalau sudah beratur ikut barisan – biarkan penumpang keluar terlebih dahulu – nak masuk pun senang. Itu satu hal lah.
Satu hal lagi – kualiti penumpang yang suka bersandar di tiang2 dalam tren bagaikan pole dancing. Menyusahkan orang lain untuk berpaut pada sesuatu setiap kali tren membrek tanpa hati perut. Yang ini biasanya elok saja ditolak badan mereka. Dan juga kebanyakannya adalah ‘foreigners’. Kisah benar ni!
Begitu juga bab bau bauan dari ‘foreigners’ ini yang mana mereka sesuka hati mengangkat ketiak yang kusam,masam dan lebam itu hingga menyesakkan kondisi hidung orang lain. Ini semua isu2 dari hal penumpang2 tren Komuter.
Sekarang kalau kita lihat semula – apa masalahnya yang datang dari Komuter pula? Uish … banyak laa.
Isu utama bagi Komuter – sudah tentulah ketepatan waktu ketibaannya. Disebut selalu waktu ketibaan mereka adalah setiap 20 minit. dalam satu jam akan ada 3 tren. Tapi apa yang berlaku? Selalunya tren pertama akan terlewat sehingga memasuki waktu ketibaan tren yang kedua. Kalau begitu bertambah ramai lah penumpang yang akan berpusu pusu memasuki tren. Takut pula kalau ditunggu – tren kedua pula yang tidak muncul. Kalau ditunggu juga – mungkin tren kedua tidak akan datang. Suruh pak pak menteri kita naik seminggu bagi memahami situasi ini.
Apa isu kedua? Oh … sudah tentulah kehebatan pemandunya yang tidak berhenti dengan betul di garis barisan penumpang yang menanti penuh sabar. Dikatakan sekarang menggunakan kaedah seperti Putra Line. Beratur di garisan tertentu dan tren akan berhentikan trennya dengan keadaan pintu2nya betul2 di hadapan garisan2 tersebut. Ini mana garisna hijau biru dan merah pun aku tak nampak. Main berhenti saja. Aku kira – pemandu2 tren Komuter ini perlu belajar dengan robot Putra Line rasanya.
Lagi? Ini masalah kelewatan perjalanan. Kita sudah berada di dalam tren. Agaknya kalau apa2 berlaku … apa agaknya pilihan penumpang? Bolehkah turun secara tiba2 di tengah2 jalan? Masalahnya – tren Komuter ini suka berhenti tiba2 di antara stesen. Apa yang para penumpang boleh fikirkan hanyalah kemungkinan memberi laluan kepada tren dari hala bertentangan untuk jalan terlebih dahulu. Tapi bukankah laluan tren adalah dua hala? Kenapa mesti memberi laluan terlebih dahulu? Kalau hanya beberapa saat saja – tidak mengapa. Ini selalunya ambil 3-4 minit. Inilah penipuan yang tak terjaga ni. sepatutnya perjalanan yang setengah jam terus menjadi 40 minit. Pemandu tren juga tak pandai berbahasa untuk membuat pengumuman tentang kenapa tren berhenti di tengah jalan secara tiba2. Penumpang tren tidak membayar harga tiket untuk tren tiba2 berhenti di tengah jalan. Para penumpang juga mempunyai hak untuk tahu kenapa tren tiba2 berhenti. Jangan menipu tak tentu hala.
Itu kalau cerita berhenti di tengah2 jalan. Ada juga yang berhenti lama di satu2 stesen. Cukup lama. Kadangkala bagaikan menunggu penumpang lain tiba (sudah seperti bas lah pulak) – tetapi yang kelihatan adalah tiada sesiapa yang tiba untuk masuk ke dalam tren. Nak saja aku ke bahagian hadapan koc pemandu dan bertanya sinis,”Tengah pa chu ching ke yang tak bergerak gerak ni?”
Begitu juga dengan tren yang selalunya rosak. Di waktu bila? Kalau di tengah hari atau jam 4 petang – aku tidak hairan sangat. Tapi di pagi2 hari. Yang itu persoalan bergelumang di minda penumpang. Apakah pemandu2 atau otai2 sistem Komuter ini tidak memeriksa tren terlebih dahulu sebelum bergerak? Main boh saja? Katanya tren banyak. Dari Korea laa, Jerman laa, Belanda laa … entah betul ke entah tidak.
Masalah otai2 ini juga termasuklah bab penyaman udara dalam tren. Kadangkala tidak berfungsi dan ia bagaikan membunuh ratusan penumpang. Ini tidak disedari oleh pemandu kah? Langsung tiada kata maaf ataupun pengumuman dari pemandu dalam perihal tersebut.
Kalau kita berbalik pada masalah pertama – itulah antara sebab para penumpang berpusu pusu memasuki tren pada setiap waktu. Sebab dalam bab perjalanan – Komuter sudah banyak menipu penumpang mereka. Aku kirakan kalau KTMB masih ingin mengekalkan sistem Komuter mereka – tolonglah perbaiki secara drastik dan bukan perlahan lahan lagi kerana hal ini sudah lama dan tiada perkembangan. Kalau tidak serahkan saja pada RapidKL untuk menguruskan sistem tren Komuter. KTMB? Boleh pergi pengsan!
Selagi waktu perjalanan yang sangat2 tidak terjaga dan tidak terajar oleh pengurusan KTMB – sifat dan sikap Polis Bantuan yang menjaga laluan keluar masuk penumpang di stesen juga agak memilukan. Mereka ada ketegasan dan kuasa tetapi mereka lebih memandang kepada ruang kosong di tengah. Tidakkah mereka perasan ada makcik tua yang tersepit di pintu masuk tren akibat diasak oleh penumpang lain yang berpusu pusu masuk. Tidakkah mereka memikirkan keadaan wanita mengandung yang memerlukan ruang sedikit untuknya bernafas di dalam tren? Yang mana lebih penting? Semua orang ingin balik ke rumah atau semua orang inginkan tiada kes kematian atau penumpang pengsan di dalam tren?
Selain itu – ada juga kes khusus sebagai contoh – masalah anjing liar di Stesen Komuter Kepong Sentral. Anjing liar ini juga sebenarnya adalah seekor anjing kurap yang berkeliaran dan menyalak serta mengejar di kala dirinya sangat aktif. Dalam hal ini aku bukan ingin menyalahkan anjing tersebut. Tetapi pengurusan stesen itu sendiri. Kita khalifah di bumi Allah. Sudahlah pengurus stesen itu bertugas menguruskan stesen. Perkara keselamatan seperti itu pun tidak dititikberatkan. Agaknya dalam hati beliau menyebut,”Alaa … lantak laa. Bukan ada yang mati kena kejar dengan anjing tu pun.”
Inilah dunia penipuan Komuter yang langsung tidak terjaga oleh pengurusan KTMB. Kalaupun RapidKL atau mana2 syarikat lain yang menguruskan sistem ini juga tidak begitu baik – sekurang2nya rekod sistem PUTRA Line atau Star LRT atau monorel – jauh lebih baik berbanding KTMB. Inilah masalah pulak bila gomen jaga negara ni. Tiada dana mungkin akan dijadikan alasan untuk mereka meneruskan sistem yang teruk.
Hanya yang boleh diberikan syabas – hanyalah kepada kerani2 kaunter Komuter. Mereka2 ini boleh diberi pujian di atas tugas mereka yang tahu untuk meminta maaf, senyum dan sabar dengan kerenah pelanggan.
Bagi pengurusan KTMB? Heh … pengurusan?
Masih Tak Nampak? Rabun Ayam?
March 4, 2009
Soal tubuh kerajaan Perak ni dah banyak diperkatakan …
Bab akhir ni bila penerangan kenapa pelantikan Pak Tam tak sah diceritakan betul2. Sultan tiada kuasa memecat MB. Apa masalahnya dengan pernyataan tu? Bukan ke kerajaan BN yang lama memerintah Perak – sudahnya undang2 siapa yang gubal sebelum ni? Saman la PR kalau kata tetiba gubal undang2 baru. Tak boleh kan? Kalau tak boleh – sila senyapkan diri anda.
MB hanya boleh turun takhtanya dengan 3 cara – (i) pembubaran DUN; (ii) usul tidak percaya di DUN; (iii) perletakan jawatan secara sukarela. Haji Nizar tak letak jawatan. Satu bab dah setel. Haji Nizar dah mintak perkenan untuk bubarkan DUN – tak diperkenankan, maka Haji Nizar masih lagi MB. Kemudiannya, usul tidak percaya di DUN – tiada usul. Tiada sidang untuk membawa usul itu. Maka, bila masa Haji Nizar dibawa turun dari takhta MB? Kan pelik tu … BN yg buat undang2 bahawa Sultan tidak boleh memecat MB – kemudiannya mereka yang kata Haji Nizar telah dipecat. Flip flop?
Sudahnya, nak buat sidang dewan pun tak boleh. Dihalang juga … Sudahnya, kalau kata Sivakumar tiada kuasa – lantik lah sendiri speaker sendiri. Kenapa? Sebab tiada kuasa berbuat demikian? Sudahnya tu … kuasa macam mana yg ada pada individu2 tertentu ni? Kejap ada kuasa – kejap tiada kuasa. Flip flop? Pak Tam … Pak Tam … aduh laa … Najib … Najib …
Ok … itu cerita yag dah lama sebenarnya. Yang baru ni – ialah berkisar doktor gigi dan SPRM yang ada video yg jelas tentang kes tawaran rasuah kepada ADUN di Kedah … rakaman sendiri … tetapi kata tak cukup bukti. Adakah mereka perlukan Steven Spielberg atau sekurang kurangnya Yasmin Ahmad?
… Mamat Khalid pun boleh …
Aku bertanya pada org sekeliling – sekali lagi – untuk mengetahui apa tanggapan masyarakat atas pagar ni tentang politik negara. Ada yang kata buang masa, tak tahu siapa yang betul, tak penting asalkan boleh hidup, tak sebagus Amerika pun ada … emph emph emph … macam mana kerajaan sudah buat ini country hidup ah?
Bila dikata tentang politik saja – mula memikirkan tiada siapa yang betul. Mereka tidak mahu tahu bagaimana mereka ditadbir. Aku selalu sebut bab ni. kenapa tidak mahu tahu? Setiap bulan caruman KWSP dibuat … sampai umur pencen, tidak dpt mengeluarkan apa yang ada. Bagaimana?
Carum carum KWSP kemudiannya wang pencarum digunakan untuk bail out sebuah kompeni ataupun erti kata lain menyelamatkan sebuah syarikat yang hampir2 bangkrap. Tak teruk lagi?
Tol bertambah naik harganya – marah. Tapi bila ditanya siapa yang dia pangkah – alah … lantak la sapa pun. Inilah culturenya sekarang. Budaya tidak kisah siapa yang memerintah. Bila melenting sikit mula mengatakan mereka juga tahu bab politik. Bermulalah edisi klausa2 yang entah dari mana datangnya. Bila ditanya bagaimana hebatnya informasi itu didapati – “aku taulah sebab abang aku kerja dengan berita …”.
Inilah budaya pelik. Kes tiada keyakinan. Abang aku ini laa … makcik aku kerja kat sini laa … atok aku orang politik laa … bukan nak ambil tahu sendiri. Bukan nak mengatakan sebab diri sendiri yang tahu. Baik aku sembang ngan abang atau makcik atau atok ko … lagi baik.
Budaya ini bukan kecil … agak besar di saat masyarakat hampir seluruhnya mula membuka mata untuk mempelajari apa itu politik. Dan di dunia Islam di Malaysia – pesan tok guru kita sudah mula meresapi penilaian akal Muslim dan Muslimah. Pesan tok guru – politik itu tidak boleh dipisahkan dari Islam. Ini kerana dalam Islam – semua panduan hidup sudah tersedia lengkap. Soal politik juga ada di dalamnya. Maka jangan ditolak Islam dan mendakwa politik itu perihal yang berbeza.
Apa yang perlu – kita smeua harus berfikiran investigatif. Sedar lah media kita bukan BBC. Malah tidak seprofesional CNN pun. Bukan juga Al Jazeera. Kualiti penyampaian yang adil tu tidak ada. Di Malaysia ini orang amat takut bila mendengar Harakah dan Suara Keadilan. Tapi bila Utusan dan The Star – bukan main dikata adil. Inilah tadi yang mengatakan abangnya orang bilik berita laa .. makciknya ini laa. Sudahnya, taktik politik busuk pun tak dpt dihidu. Tidak mahu mengkaji kalau suratkhabar mengatakan sesuatu itu benar – di mana kita boleh dptkan pengesahan kebenaran itu. Inilah masalah pemikiran Malaysian dlm isu politik.
Yang paling menarik bila mana – disebut saja beli suratkhabar, sekiranya tiada cerita promosi produk2 IT ataupun ruangan kerja kosong – maka suratkhabar itu useless. Walaupun, dalam suratkhabar itu menceritakan harga sayur sawi meningkat 100%. Inilah hebatnya influence konsep BN dalam berpolitik.
Inilah padahnya bila agama ditolak … tetapi ideologi sendiri digunapakai … sedangkan lidah mengaku Islam!
Bikin Malu Ini Negara!
February 22, 2009
Di Malaysia ni – kita ada Barisan, kita ada Pakatan. Kita ada Barisan yang memerintah negara dan kita ada Pakatan yang memerintah 5 negeri. Kalau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iru merupakan satu negeri – KL pun negeri di bawah pentadbiran Pakatan.
Tapi tak lupa juga kita ada beberapa lagi parti2 kecil yang banyak di Sabah dan Sarawak. Tak lupa juga BEBAS iaitu yang merupakan orang perseorangan yang bertanding.
Ibrahim Ali adalah di antara wakil Bebas, begitu juga dengan ADUN Bukit Selambau di Kedah.
Bila bertanyakan tentang sejarah – kita diingatkan untuk mengagumi perjuangan pemimpin2 terdahulu. Tetapi kita juga banyaknya diingatkan untuk melupakan apa saja yang bertentangan dengan kerajaan. Kerajaan ini adalah yang dibentuk oleh Barisan dari dulu lagi. Memegang tampuk pemerintahan negara. Tetapi, pemimpin yang ada hari ini bukan pemimpin yang asal menentang penjajahan.
Apa isu yang kita ada selepas kita Merdeka? Sudah tentulah isu membentuk sebuah negara merdeka. Dengan katanya ada sebuah kontrak sosialnya secara verbal. Dengan adanya perlembagaan itu dan ini. Perlembagaan2 ini adalah ciptaan manusia. Aku tidak kisah sangat sekiranya yang bertanyakan perlembagaan apa lagi yang harus kita ikut – adalah bukan Muslim. Tetapi, yang bernama ahli UMNO itu semuanya dikatakan Muslim sebab mereka Melayu. Jadi, perlembagaan apa yang lebih lengkap melainkan berteraskan Islam? Berpandukan Al Quran dan Sunnah. Apakah tidak ada kaedah untuk berurusan dengan insan2 yang bukan beragama Islam di dalam Al Quran?
Maka, bila terjadinya krisis perlembagaan – keluarlah bermacam kisah derhaka. Yang mana lebih besar? Derhaka kepada Raja atau derhaka kepada Allah SWT? Kita di Malaysia – yang Muslim ni hari2 berdepan dengan riba. Hari2 berdepan dengan kisah perceraian yang disensasikan kerana yang bercerai itu artis kononnya. Hari2 berdepan dengan bermacam program TV dan radio yang salah dari segi akidah. Apa yang kita lakukan?
Aku tidak menyuruh semua rakyat Malaysia bergaduh atau derhaka bak kata UMNO – derhaka kepada Sultan. Bukan ini – tetapi sebagai Islam – kita sudah diberitahu ada dalilnya pada siapa harus kita taat dan kenapa kita perlu taat. Seseorang itu bukan dimuliakan kerana darjatnya tetapi dimuliakan kerana akidah dan ilmunya. Ilmu2 yang kita ada bukan milik kita. Ini semua hanya pinjaman untuk kita gunakan sebaiknya. Tak kira individu itu adalah seorang Raja atau hanya rakyat marhaen. Kenapa perlu berlagak dengan pangkat, darjat, kekayaan ataupun ilmunya?
Perlembagaan ciptaan manusia jugalah yang menyaksikan dalam negara kita pada tahun 1993 – kuasa Sultan2 telah dikurangkan. Sultan juga pernah disanggah pendirian mereka. Maka, apa besarnya derhaka itu? Tidak ada yang semulia sehingga bagaikan boleh disumpah menjadi batu dalam dunia ini. Para Nabi dan Rasul pun tidak memuliakan diri mereka sehingga jauh dari masyarakat. Mereka memikul amanah untuk mentamadunkan dan membawa Islam ke dalam masyarakat.
Hari ini Malaysia penuh pandangan. Ada yang kata demonstrasi jalanan itu tidak bertamadun, bukan budaya kita, dan mengganggu orang ramai … ini adalah pandangan cetek yang tidak memahami hak sebagai khalifah di bumi Allah. Orang2 ini juga mungkin tidak pernah merasai derita dan selalu di atas.
Bagaimana kalau video mereka berbogel yang ditayangkan kepada umum? Bagaimana? Apa perasaan mereka? Bagaimana kalau perbelanjaan mereka dipersoalkan rakan sekerja? Sedangkan itu semua hak persendirian.
Aku lihat di Malaysia ini dengan Pak Lahnya yang bersifat tidak tegas dan bagaikan bukan seorang Perdana Menteri … dengan Najibnya yang penuh kes jenayah … dengan UMNOnya yang bersifat perkauman sekalipun aku juga seorang Melayu … malu sungguh negara ini. Rakyat di bawah semuanya mahukan keamanan. Keamanan yang dicari ini bukan hasil dari tindakan atau usaha satu kaum. Ia haruslah dan sesungguhnya atas semua kaum … atas berbagai individu yang bersatu dengan masyarakat dari pelbagai kaum dan membentuk sebuah negara. Dalam negara ini – rakyat marhaen tidak ada masalah dalam bab ini.
Apa pun – krisis perlembagaan ataupun yang sudah memalukan negara adalah pemimpin2 dan pentadbir2 negara yang sering melakukan kesilapan dan tidak mahu mengaku dan membalikkan kemarahan rakyat kepada rakyat sendiri dengan mengatakan kami menyokong pembangkang. Kalau pembangkang kerajaan yang bersuara sama seperti rakyat maka kerajaan hasil perpaduan suara parti2 pembangkang lah yang kami mahukan sebagai pemimpin negara! Bukanlah lagi UMNO dan BNnya yang hanya bersuara mengikut tekak mereka sendiri.
Tidak lupa juga bagi wakil BEBAS seperti Ibrahim Ali. Dengan berada di atas pagar – kamu belum cukup berjuang. Tidak pernah aku dengar sebagai Muslim – kita naik marah dengan cepat sehingga memanggil individu lain dengan nama yang sangat biadab. Itulah Ibrahim Ali – yang berada di kalangan Melayu yang derhaka kepada kuasa dan nikmat Allah. Mereka hanya memalukan Melayu dan negara ini!
Dah Banyak Kali Dah.
February 15, 2009
Setiap kali ada pilihanraya kecil yakni PRK (yang amat ditakuti oleh BN) – yang jadi terkenal pastilah Ketua Polis daerah tersebut.
Masa di Kuala Terengganu – Ketua Polis Ketua Terengganu jadi terkenal. Kali ini Ketua Polis Taiping pula kot. Apa pun – suara rakyat dikawal oleh polis supaya disalurkan secara aman melalui peti undi. Tapi – tanpa polis keluar TV dan buat PC yang sebegitu rupa – apa pilihanraya boleh jadi amat2 kucar kacir dengan pergaduhan kah? Mungkin ya … di mata mereka.
Kem Guantanamo akan ditutup oleh Barrack Obama. Dia kemudiannya berjumpa Hamid Kharzai di Afghanistan. Tol NPE di PJS juga telah ditutup. Tetapi – jalan tetap jadi ‘jam’ di hari penutupan tersebut sebab … adanya program majlis penutupan oleh Menterinya. Aduh … sudah nak ditutup – orang ramai tetap sesak di jalan raya. Kemudiannya keluar di media2 mengatakan rakyat harus berterima kasih kepada BN kerana telah menutup plaza tol tersebut. Allo kawan – bukan kau kah dulu yang memeterai perjanjian dengan NPE untuk mengadakan tol di situ? Macam ini kah Menteri?
Gapena katanya ingin menyaman (kerajaan) kerana diadakan PPSMI. Mampukah disaman entiti tersebut? Bukankah mereka mempunyai kekebalan? Bak Haji Nizar yang menyaman kerajaan Encik Zambry (Pak Tam) – mampukah memenanginya? Begitu juga dengan Osman Jailu yang dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir ke mahkamah – bolehkah dia memenangi ‘trial’nya? Atau tindakan menyokong Bn sebenarnya telah memakan diri?
Dalam satu wawancara di TV1 – Encik Zambry telah berulangkali mengutarakan dalil2 yang bagus didengar. Dalil kenapa kerajaan Haji Nizar ‘tumbang’ di mata mereka. Tetapi – nampaknya kelebihan Encik ini hanya dalam sebutannya yang bunyi lunak tetapi belum tentu tepat dari segi sebutan Arabnya. Lidahnya mungkin terlalu Ketuanan Melayu. Tak mengapalah … tetapi – sayang kerana pemahaman ayat2 Kitab Suci Al-Quran itu terlalu cetek untuk mengatakan Encik ini seorang pemimpin. Maaflah … kamu terlalu ketara lemahnya sebagai pemimpin.
Aku sedih melihat betapa TV3 memainkan peranan sebagai sebuah media yang cukup penuh khianat dan kemunafikannya itu. Hinggakan RTM sendiri menghentam laporan oleh TV3 dalam bab LtdL. Sanggup TV3 mengatakan isu jurukamera Perancis sebagai sebuah isu yang menganaktirikan jurukamera tempatan? Kasihan media milik kementerian itu yang menjadi penyiar rasmi. Tapi … lantak korang lah. Kalau dua2 bergaduh hinggakan tidak sehaluan pun sama saja. Satunya milik kerajaan – tetapi cukup lemah. Satu lagi milik kuasa politik – cukup handal menipu. Ditipunya rakyat dengan JomHebohnya. Katanya kekeluargaan – akhirnya menjadi kemaksiatan. Macam setan …
Aku juga melihat bahawa kekeruhan antara kaum yang ditonjolkan dan diperbincangkan di media2 adalah tidak tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku. Ini kerana hasil bancian dan RnD aku dan kawan2 – rakyat marhaen tidak ada persengketaan di antara kaum. Ini semua tidak ada kena mengena dengan Pak Ali yang jual kuih, Ravendran yang membawa teksi ataupun Ah Chong kedai membaiki kereta. Yang sebenarnya bergaduhan adalah para2 sakura yang mempunyai kepentingan di dalam perniagaan berhad. Perniagaan yang sangat besar yang berkaitan dengan tender2, projek2 dan segala mala makrifat yang ada di muka bumi ini yang membawa 5 angka matawang negara. Ini tiada kaitan dengan kami yang bermain bola sepak di padang besar bersama-sama. Tidak perlu dikatakan mengeruhkan keadaan – makanya, pemimpin yang suka berdolak dalik serta mempermainkan agama mengikut hati masing2 tanpa menolak riba – harus fikir berjenak jenak untuk memastikan kamu bukan pencetus kekeruhan yang kamu dakwa! Makanya – keluarlah barisan pembohong yang menerima riba dan judi nombor 4 angka …
Takbir! Allah hu akbar!!!
Pulang ke Taiping – indahnya!
February 7, 2009
Sebulan aku tak melawat paksi kata2 aku ni.
Satu minggu yang lepas – aku pulang ke Taiping. Indah – sungguh indah bak kata lirik kumpulan Padi. Dengan menaiki keretapi Tanah Melayu yang agak sizen badannya – dalam 5 jam akhirnya aku sampai juga ke ‘railway’.
Ketika dalam tren – sekumpulan orang2 tua bersama 2 lagi kenalan yang lebih kurang sebaya aku mula bersembang berkenaan situasi terkini negara. Bercakap soal tanah. Soal Barisan dan Pakatan. Soal Altantuya [siapa yang berkaitan - sila jawab ... ]. Soal kilang membuang pekerja. Soal betapa jalan keretapi selepas Ipoh menuju ke utara tidak dinaiktaraf. Tren kami juga berhenti agak lama di stesen Sungai Siput untuk memberi laluan kepada tren ke Selatan bergerak ke destinasinya.
Soal tanah ini bunyinya agak mudah seperti yang dijelaskan oleh seorang pakcik yang nampaknya multilingual dan berpengalaman jauh dalam politik kepartian. Bak katanya – dari mana pulak datangnya geran tanah ni? Sedangkan zaman British dulu pun tiada geran2 ni. Sebab tu lah bila UMNO memerintah dan membuat semacam akta yang memerlukan geran ni – tiada yang meminta pun. Sudah diteroka dan diamati pula seharusnya kerajaan tahu siapa yang bergelar peneroka. Tanah2 yang dahulunya hutan tu – siapa yang teroka? Takkanlah bila sudah terang dan sudah dimajukan sebagai kawasan petempatan kemudiannya kerajaan wartakan sebagai ’seting-garden’? Siapa yang bangun dahulu? Rumah2 papan di Berembang atau bangunan pencakar langir dan pencabar jiwa dahulu? Inilah namanya – kerajaan menipu rakyat dalam isu geran tanah tanpa disedari rakyat yang lainnya. Kenapa? Sebab majoriti rakyat Malaysia suka mengatakan – “bukan aku yang kena pun, buat apa aku nak sibuk …”
Bercakap pula dengan pemandu teksi di Taiping. Katanya, dari Taiping ke Batu Kurau sudah tiada bas merah. Dulunya adalah Red Omnibus yang transitkan penduduk setempat. Kini, kalau mahu ke Batu Kurau – harus menjadi kaya atau kayap dengan kenderaan sendiri. Kalau tidak – kena lah ambil teksi dengan kos RM 20-25 untuk satu hala. Seingat aku – tren kelas pertama Ekspress Sinaran Dari Sungai Buloh ke Taiping juga baru RM 23. Kata Najib – ekonomi kita kukuh. Banyak bloggers yang menyokong kata begitu. Kukuh sungguh pendapatan pemandu teksi sekiranya ramai pelancong ingin ke Sempenih nanti.
Kes Altantuya juga menyeramkan. Tidakkah ianya isu antara 2 buah negara? Sekiranya rakyat negara ni masih memangkah Najib untuk menjadi PM – bukankah kita dikatakan bersubahat dengan satu manusia yang terjebak dengan kes pembunuhan itu? Tak pasal2 satu negara kena jual. Amacam? Aku tak mahu tanya banyak2. Cuma, macam mana bom tu boleh dikeluarkan dan apa cerita pula kalau Razak Baginda tidak bersalah dalam pembunuhan tu – apa pula yang timbul di kepala koperal2 dan pegawai2 yang terbabit itu untuk membunuh Altantuya? Hobi?
Terbaru – masih lagi perihal negeri aku tu. Zambry mana pulak yang tiba2 angkat sumpah jadi MB ni. Semua tahu jumlah ADUN yang sama bagi BN dan PR. Di mana ada 3 BEBAS yang sudah dilucutkan jawatan mereka? Apa? Belum lucut jawatan? Tiada kuasa? Owh … begitu ya? Tapi, 3 itu menyokong BN ya? Makanya, BN lebih terima sokongan dari penerima rasuah yang dihina dulunya berbanding mempertahankan maruah mereka. Kemudiannya, bila rakyat marah dan mengamuk – dikatanya pengikut PAS? Otak taruk kat lutut. Serangan kepada mereka yang pergi solat Jumaat di masjid Ubudiah. Pakaian macam mana yang menarik untuk pergi solat Jumaat ni? Kalau berjubah tu dah kira pengikut PAS ke? Susah laa orang Saudi macam ni. Mereka kan ada raja. Kenapa nak sokong PAS? Baik selepas ni – kita hantar petisyen kepada Saudi supaya memperbanyakkan memakai tali leher bersama seluar katok.
Nak tengok tv3 ke? Ada saudara2 terdekat aku cukup suka dengan JomHeboh yang mana dulunya SureHeboh. Cukup suka hinggakan sangat berbangga bila ada warga Singapura meminta diadakan JomHeboh di negara pulau itu.Kenapa tidak minta diadakan sekurang-kurangnya Karnival Hadhari yang dibanggakan Pak Lah tu? Konsert dibenarkan dan membenarkan mereka yang bertindik di keseluruhan wajah untuk bersuka ria bersama menyanyi dan melihat paha penyanyi wanita dari kawasan padang. Wah … tingginya pentas tersebut! Brengset … kok ngapain ada jejaka yang menghalang pandanganku?
Aku masih tertanya – bagaimana kisah Zohan masih dibenarkan diedarkan di negara ini? Hummus itu diperkotak katikkan sedangkan kita membuat satu konsert amal sempena pengumpulan dana untuk membantu Palestin? Musykil betul aku. Ada filem2 Hollywood yang mempermainkan Islam hinggakan aku merasakan rugi masa aku menonton kisah2 itu. Aku ingatkan betullah katanya kekeluargaan. Walla … filem sebegitu yang ditonjolkan. Tapi, apa kata orang kita – tanya Rosyam Nor – “…alah … satu dua part je yang melampau – apa nak kisah sangat. Yang penting ceritanya berbentuk kekeluargaan …”
Buli tentera? Biau betui? Fizikal atau mental yang penting? Emm … tentera perlu dikasari agar mereka tahan bila dihentam teruk oleh musuh. Adakah teruknya mentaliti askar kita terutamanya yang komando hinggakan tidak dapat menahan diri dari memberi maklumat kepada musuh bila diseksa? Setakat mana iman dan keteguhannya dalam diri mereka? Pernahkah diuji mereka yang komando Islam ini dengan solat malam? Semuanya kita isi dengan ujian ketahanan ala2 mat saleh ke? Owh … sekali lagi aku owh … begitu. Makanya, kalau ada kepala kor atau ketua yang boring2 dan berhasrat sengaja membuli orang mereka – itu juga boleh dikatakan latihan fizikal. Emm … sudah tidak boleh ditukar ya? Inilah kata2 pro-kerajaan yang tegar dan membuta tuli. Kesian betul …
Apa pun – aku rasa semua di Malaysia ni sudah membuka mata – di mana semua sudah faham apa itu RAKYAT … rakyat perlu ditadbir atau diperintah? Ini semua sudah masuk dalam kepala otak rakyat. Maka, sebenarnya perang saraf antara pemerintah dengan rakyat bawahan sudah berlanjutan dan akan berlanjutan sehinggalah mereka2 ini faham konsep pentadbiran dan bukan pemerintahan. Nak perintah tu boleh – tapi biar ada “walk the talk” dan “lead by example”. Kemudiannya, perintahlah rakyat solat dan berpuasa serta jauhi judi dan riba. Amacam? Ada berani ka Encik PM dan Encik TPM [PM-wannabe]?
Aku Baca Paper.
January 5, 2009
Suratkhabar Sinar Harian “suara cakna komuniti anda” bertarikh 5 Januari 2009 bersamaan 8 Muharram 1430H.
Muka hadapan surat khabar ini memaparkan tajuk “Komponen PR semakin retak”. Dari mana datangnya petikan sebegini? Hanya berasaskan tindakan Lim Guan Eng meminta DSAI menasihati pemimpin PKR di bawah jagaan beliau sebagai Ketua Umum.
Ini cerita budak2 yang melihat orang lain yang berintegriti – tidak dapat matanya menahan dari kesengsaraan akibat kesakitan mata memandang itu. Apa kena mengena dengan MB lapuk itu? It’s okay to be populist but ini bukan satu kaedah yang menarik. Ini kerana sepatutnya lebih ramai pemimpin MCA menyuruh Pak Lah menasihati anak2 buahnya. Termasuk menantunya sendiri. Apa cerita pulak dengan PR atau PKR?
Suara yang lebih ganas ditimbulkan media walaupun ayatnya tidak sebegitu rupa. Maka, di mana kita nak mempercayai media tempatan ni? Apa pun, aku masih merasakan Sinar Harian agak boleh seimbang juga untuk dikatakan melaporkan bab PR atau BN. Kalau Utusan? Heh … nak kirim salam pun tak maunya.
Kemudiannya, nampak kelibat Hamid Albar di satu forum bertajuk “Masih Relevankah ISA?”. Bagus tajuk itu. Yang mana kebanyakan anak2 muda di Kuala Langat serta ibu2 di Lorong Tepi Sungai serta pakcik2 di Sabak Bernam dan Meru belum cukup faham kenapa agaknya ISA ni wujud dan kenapa pula ia ditentang. Siapa pula yang merana sebenarnya.
Tapi, agaknya … kalau bil air rumah mereka tiba2 berjumlah RM 3K bagi Januari 2009 mungkin mereka akan menuju ke pusat pembayaran dan mengamuk atau sekurang kurangnya dengan muka marah. Kena pula pegawai kaunter itu mengatakan – bil itu tiada masalah dan mereka harus membayarnya. Agaknya, melenting tak? Pasti kalau pulang pun – akan meminta simpati rakan2 ataupun jiran2 dengan mengatakan betapa mengarutnya jumlah tersebut. Tapi, bagaimana pula kalau pegawau itu juga mengatakan bil tersebut betul kerana mereka menggunakan banyak bekalan air termasuk menyiram tanaman di taman mereka, mandi, pembaziran … dapatkah mereka terima? Ini semua kes tak mampu terima punya … berani?
Kalau begitu – kenapa kita katakan ok untuk mereka yang ditahan tak pasal2 dan dikatakan membawa disharmony dalam masyarakat atau berkemungkinan? Kemudiannya ditahan – tidak pula dibawa berdebat. Kenapa? Takut kalah? Kerajaan ini takut kalah berdebat ke? Ghani Patail tu tahu berdebat di mahkamah ke?
Jadi … masih relevankah ISA?
Berbalik kepada MB lapuk tu – katanya,”Hal2 dalaman perlu diselesaikan di kalangan mereka sendiri dan tidak perlu penglibatan orang luar.” Maka, betul lah tu … janganlah encik MB lapuk ni nak ambil bahagian. Takde acara untuk tuan ni … pergilah perkasakan English sepertimana PPSMI yang dikatakan hebat itu.
Oleh kerana betapa baiknya UMNO ini – maka, adanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang dibawa ke mahkamah atas kes jenayah. Wah wah wah … kes jenayah. Macam mana ni?
Bagaimana pula dengan sebuah kawasan yang dibangunkan dengan nilai RM 1.3 billion – tiada jalan alternatif. Ini juga bermaksud – tiada penelitian dalam kelulusan projek tersebut. Hebat! 50 tahun memrintah negara – inilah konsep yang masih cuba dipelajari oleh kerajaan sama ada boleh digunakan atau tidak.
Apa pula kata panjang si wakil BN di Kuala Terengganu?
“Sebenarnya tiada isu nasional yang boleh disensasikan pihak pembangkang, malah sebarang isu yang dibangkitkan tidak akan menjejaskan pemikiran serta pemilihan pengundi. Dulu, kalau ada pun kerana kenaikan minyak, tetapi kerajaan telah menurunkan harga minyak untuk membantu rakyat. Bahkan kalau kita tanya seorang rakyat yang mempunyai kenderaan sendiri berapa kali kerajaan telah menurunkan harga minyak, dia sendiri sudah tentu lupa kekerapan itu.”
Ini kata2 Wan Ahmad Farid ni.
Dulu – kalau ada pun? Hahahaha … apa yang tak kena dengan orang tua ni? Hal minyak belum settle lagi bro. Bak kata orang ramai – harga minyak turun – harga barang tetap melambung tinggi. Tak pernah ke pasar ikan ke, wahai Encik Wan? Kalau pergi pun takkanlah sekadar melihat longkang tersumbat atau tidak. Lihat kocek pembeli … ada cukup wang atau tidak?
Apa pun … selepas membaca Sinar Harian hari ini – aku merasakan sekurang2nya ada sikitlah Sinar Harapan untuk satu kenis media ini menjadi sedikit telus. Dan aku juga salute Encik Wan yang terpaksa melepaskan jawatab Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri semata mata untuk bertanding di KT.
Aku harap insan ini akan bertanding dengan sokongan penyokongnya secara rasional dan kurang hasadnya. Aku harap tiada lagi hantu di KT kali ini. Jangan dibawa rombongan Cik Kiah lagi.
Jumpa lagi di edisi “Aku Baca Paper” yang seterusnya …
Kenapa Kita Yang Muda2?
January 3, 2009
Untuk permulaan 1430H dan 2009M ini – aku ingin membawa lagi persoalan kenapa kita yang muda2 sihat walafiat ni perlu berminat dengan politik. Biarpun sama ada dengan menyertai parti politik, NGO mahupun sekadar mengundi di PRU atau mana2 PRK.
Pertama tamanya – kenapa anak2 muda hari ini lebih cenderung untuk mengetahui episod seterusnya Naruto ataupun Prison Break? Kenapa tak nak kita tahu – bagaimanakah peluang kita untuk membantu ibu bapa kita pergi ke Makkah Al Mukarramah untuk melaksanakan haji? Kenapa kita tak nak tahu mengapa kita masih tidak dapat kerja walaupun kita sudah melakukan semua yang sepatutnya seorang pemohon kerja lakukan?
Adakalanya yang muda2 juga suka mempertahankan diri untuk tidak mahu mengambil tahu pasal politik – hanya kerana katanya bapanya seorang ahli politik – maka dia tahu bagaimana dunia politik itu. Lantas dia tidak mahu menyertai. Ada yang mengatakan dia pernah menyertai mana2 parti politik – tapi apa pun tak dapat. Tiada hasil.
Banyak alasannya.
Tapi, yang aku nak tekankan di sini ialah – fikirkan masa depan. Fikirkan bagaimana corak anak2 kita nanti. Lainlah sekiranya yang muda2 sudah berhajat untuk menamatkan riwayatnya seawal umur 20an supaya tidak sempat berkahwin dan berkeluarga.
Bagi yang tahu keperluan serta kewajipan itu – maka fikirkan apa yang akan jadi kepada anak2 kita sekiranya kepincangan akidah serta pimpinan yang ada sekarang akan terus kekal sehingga kita memiliki cucu nanti. Masih kita menyokong aktiviti mereka ke konsert? Masihkah kita akan menyokong mereka berambut sebelah kuning dan sebelah lagi merah? Akankah kita selesa melihat anak lelaki kita yang Islam – bersubang dan bertindik sana sini?
Kalau yang membaca ini sukakan sebegitu di masa depan – abaikan wacana aku.
Tapi, kalau yang membaca di sini mahukan anak2 dan bakal2 cucunya menjadi orang berguna dan terjaga akidahnya – ambil tahulah soal politik. Bacalah Harian Metro dan Kosmo atau media alternatif untuk mendapatkan berita terkini apa yang berlaku kepada kepimpinan negara. Di mana ada bencana alam – apa kesinambungan tindakan kerajaan.
Adakah menteri berkata kata seperti pelajar sekolah menengah dengan mengatakan “kami sentiasa tegas dalam tindakan kami” tanpa memperjelaskan apakah tindakan mereka? Nak dibiarkan manusia sebegini memerintah negara walaupun mereka solat semata mata?
Gunakan kuasa yang ada sebagai pengundi berdaftar untuk menghilangkan kuasa mereka…walaupun proses undi juga penuh dengan hantu dan peti pos.
Ambil tahu melalui media2 dan kongsikan pendapat serta kisah politik negara supaya masing2 tahu kedudukan sebenar rakyat Malaysia ini bagaimana. Jangan hanya kerana bukan kita yang kehilangan anak, bukan kita yg kena tuntut VSS, bukan kita yang terkesan oleh KWSP, bukan kita yang dimaki pihak berkuasa tanpa sebab – malah bukan anak2 kita yang tidak dapat biasiswa selayaknya … maka kita katakan tidak mengapa untuk kita tidak mengambil tahu hal politik negara.
Aku pohon anak2 muda negara ini – janganlah bosan untuk mengambil tahu hal kepimpinan negara ini dan berselindung di sebalik “konon2 tahu”. Jadilah yang ingin mengetahui dan semakin mengetahui – bukannya semakin dangkal seperti yang “pejuang ketuanan” mahukan anak2 muda ini jadi!